05/02/2026
Saya rasa ramai pomen modi faham benda ni.
Selalunya orang cerita pasal engine problem, motor rosak, barang pecah, setting tak jadi.
Tapi jarang orang cerita satu benda ni…
Customer yang terlalu tahan lama sampai bengkel rugi.
Dekat GRT, alhamdulillah kebanyakan engine modified kami pakai 2–3 tahun tanpa buka besar.
Datang balik pun setakat wear & tear, dan servis biasa je.
Secara jujur?
Bengkel sebenarnya lambat pusing modal.
Tapi takpe.
Kepuasan customer lagi penting.
Cuma kena faham satu benda…
Power ni bukan magic.
Nak horsepower tinggi, main area high RPM, selalu lenjan —
wear & tear memang cepat.
Valve putus, spring valve patah, piston crack —
itu bukan pelik. Itu normal dalam dunia performance.
Nak cruising / touring, nak tahan lama —
boleh. Tapi horsepower takkan tinggi sangat.
Bila kurang power, complaint p**a.
Masalahnya ramai nak dua-dua sekali.
Power macam race bike, tahan macam motor standard.
Secara teknikal… memang tak logik.
Setiap setup ada trade-off:
High power → laju & power, tapi cepat wear & tear
Durability → tahan, tapi kurang top end
Tak ada enjin yang dapat semua serentak.
Jadi sebelum modi, tanya diri dulu:
Nak laju?
Nak tahan?
Atau nak tengah-tengah?
Baru pomen boleh set betul.
Yang penting, setup ikut kegunaan.
Bukan ikut mimpi.
Rezeki kami usaha.
Selebihnya, cara pakai tangan kanan masing-masing.