27/01/2026
KEJOHANAN PING PONG TERBUKA NEGERI SEMBILAN 2026
BEREGU VETERAN 40 TAHUN KE ATAS
PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH
PEREMPUAN 12 TAHUN KE BAWAH
1. UNDANG – UNDANG RASMI KEJOHANAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ITTF yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia ( TTAM ) dan peraturan peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Penganjur.
2. SYARAT – SYARAT PENYERTAAN
2.1 Semua peserta daripada pelbagai bangsa yang tinggal di Malaysia, dibenarkan menyertai kejohanan ini.
2.2 Penyertaan oleh Kelab Sukan Jabatan, Daerah, Syarikat, Persatuan Belia,Kelab Sukan Persendirian dan Kelab Sukan IPTA/IPTS dan sebagainya boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang tidak dihadkan.
2.3 Pemain yang pernah mewakili Malaysia sama ada lelaki atau wanita tidak dibenarkan bermain.
2.4 Pemain yang berumur 55 tahun ke atas tidak dikira state.
2.5 Penyertaan tanpa menjelaskan yuran masuk tidak akan dibenarkan bermain. Sila bawa Slip “Bank In” asal tersebut pada hari pertandingan sebagai pengesahan pembayaran.
2.6 Pemain TIDAK DIBENARKAN menggunakan GETAH PIMPLE ( Getah Berbintik / Berbiji) yang telah DIUBAHSUAI. HARAP PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG PIHAK PENGANJUR. Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ yang terkini sahaja yang dibenarkan iaitu dari 1 Januari 2026-30.6.2026.
3. ACARA DAN PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Acara Beregu Veteran 40 Tahun ke atas
3.2 Acara Perseorangan Lelaki bawah 12 tahun
3.3 Acara Perseorangan Perempuan bawah 12 tahun
4. TARIKH/MASA/TEMPAT KEJOHANAN
Tarikh : 15 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Rakan Muda Jempol
5. BORANG PENYERTAAN PEMAIN
5.1 Borang penyertaan hendaklah dihantarkan kepada:
Jalaludin : 010- 6080663
Ilham : 016- 2081135
Mastura : 016-2381135
6. BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN.
6.1 Acara Beregu Veteran 40 tahun ke atas: RM 60.00
6.2 Acara Perseorangan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun : RM 30.00
* Yuran hendaklah dijelaskan sebelum 11 Februari 2026. Bayaran terus boleh di buat ke akaun bank tersebut:
NAMA BANK : MAYBANK 105037418934 (MASTURA)
No. Handphone : 0162381135
* Hantarkan resit pembayaran serta nyatakan nama perseorangan atau
pasukan kepada 016- 2381135 ( Mastura binti Zainal Abidin )
*Hantarkan nama pemain / pasukan kepada 010-6080663 (Jalaludin Abu
Bakar)
7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan pada 11 Februari 2026 jam 5.00 petang. Pengundian akan dijalankan di Majlis Perbendaharaan Jempol pada hari yang sama pada pukul 8.30 petang. Yang berminat dijemput hadir. Hanya borang penyertaan yang lengkap diisi beserta yuran penyertaan diterima selewat-lewatnya 11 Februari 2026 jam 5.00 petang akan disahkan penyertaannya.
7.1 Acara Perseorangan Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan
7.1.1 Sistem Liga dalam kumpulan akan digunakan. Johan dan Naib Johan kumpulan akan memasuki pusingan kedua. Undian ke pusingan kedua akan dijalankan selepas tamat semua perlawanan peringkat liga. Di pusingan kedua dan seterusnya, perlawanan dijalankan secara kalah mati.
7.1.2 Kemenangan berdasarkan 5 permainan terbaik (Best Of Five Games) dari awal hingga perlawanan Akhir.
7.1.3 Pemain yang pernah mewakili Malaysia TIDAK DIBENARKAN bermain.
7.2 Acara Beregu Veteran 40 tahun ke atas
Acara dijalankan secara liga dalam kumpulan.
7.2.1 Definisi State bermaksud pemain pernah mewakili :
- Negeri (State Open)
- Kadet Remaja
- SUKMA
7.2.2 Pemain yang mewakili Negeri (open), sukma, remaja, kadet dan setaranya tidak dibenarkan bermain.
7.2.3 Pemain yang berumur 55 tahun ke atas tidak dikira state.
7.2.4 Pemain State perpaduan, dikira Novis tetapi tidak dibenarkan berpasangan.
7.2.5 Pemain Perempuan State open, sukma, remaja, kadet dikira Novis.
7.2.6 Sekiranya nama anda berada dalam senarai TTTAM, anda dikira sebagai pemain State.
7.2.7 Segala keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
7.2.8 Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan sahaja layak ke pusingan kedua.
7.2.9 Semua pertandingan dikira dengan kiraan 11 mata ( kemenangan berdasarkan keputusan 5 permainan terbaik (Best Of Five Games)
8. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN
8.1 Bagi acara Perseorangan dan Beregu setiap keputusan akan diberi mata berdasarkan format berikut:-
i) MENANG 2 Mata ii) KALAH 0 Mata
8.2 Sekiranya setelah semua perlawanan diperingkat Liga selesai, 2 pemain atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambil kira bagi menentukan pemenang diantara pemain yang memperolehi mata yang sama sahaja:-
i) Bilangan Perlawanan - Nisbah Menang/kalah
ii) Bilangan Permainan - Nisbah Menang/kalah
iii) Bilangan Mata Permainan - Nisbah Menang/kalah
9. BOLA
Bola DHS 40+ 3 bintang berwarna putih akan dibekalkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. (Tertakluk kepada pindaan).
10. WALKOVER
10.1 Semua PEMAIN diwajibkan melapurkan diri 15 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan dalam jadual rasmi kejohanan.
10.2 Tangguhan masa 15 minit dari masa yang ditetapkan akan diberikan jika berlaku KELEWATAN, selepas masa tangguhan, maka pengadil berkuasa memberi kemenangan PERCUMA kepada pemain yang hadir mengikut jadual.
10.3 Bagi acara Perseorangan dan Beregu masa menunggu hanya diberikan selama 15 minit sahaja, gagal menghadirkan diri dalam tempuh tersebut dianggap WALKOVER.
11. PENGADIL PERTANDINGAN
Semua pengadil bagi kejohanan ini akan ditauliahkan oleh pihak Penganjur sebagai Pengadil Rasmi Kejohanan ini. Pusingan Kedua baru penganjur sediakan pengadil.
12. BANTAHAN
12.1 Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pemain secara lisan kepada Ketua Pengadil, jika masih tidak berpuas hati, bantahan secara bersurat dalam tempuh 30 minit selepas tamat perlawanan/insiden berkenaan. Surat bantahan hendaklah disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.
12.2 Pemain yang ingin membuat bantahan terhadap pihak lawan yang menggunakan getah berbiji/berbintik yang telah diubahsuai hendaklah mengemukakan bantahan sebelum perlawanan. Selepas habis perlawanan bantahan tidak akan diterima. Harap maklum.
13. JURI
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Ahli Tim.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pengerusi Jawatankuasa Pengadil
Ahli Jawatankuasa Pengadil.
14. HAK DAN KUASA JAWATANKUASA PENGANJUR
14.1 Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah mana-mana peraturan yang perlu dan membuat sebarang keputusan yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini demi untuk melicinkan perjalanan kejohanan ini.
14.2 Keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah MUKTAMAD.
15. PAKAIAN
15.1 Semua pemain adalah dilarang sama sekali memakai T/Shirt berwarna putih (warna bola).
15.2 Bagi acara beregu adalah digalakkan memakai baju seragam.
16. HADIAH/ CENDERAHATI
Disediakan oleh pihak penganjur untuk pemenang:-
Hadiah Perseorangan Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perseorangan Bawah 12 Perempuan :
Johan RM 300.00
Naib Johan RM 200.00
Ketiga RM 100.00
Ketiga RM 100.00
Hadiah acara Beregu Veteran 40 tahun ke atas
Johan RM 800.00
Naib Johan RM 600.00
Ketiga RM 200.00
Ketiga RM 200.00
5 ke 8 Saguhati
17. KESELAMATAN
17.1 Penganjur tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kemalangan,kecederaan,kerugian dan kehilangan harta benda perserta sebelum,semasa atau selepas kejohanan ini.
17.2 Semua peserta yang tiba dikehendaki melaporkan diri atau menghubungi serta memaklumkan kepada urusetia dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
17.3 Sekiranya berlaku sebarang insiden di luar kawasan kompleks kejohanan,pihak penganjur tidak akan sama sekali bertanggung jawab.
17.4 Semua pemain diminta mematuhi arahan pihak penganjur dari masa kesemasa, juga dikehendaki menjaga kebersihan dewan dan persekitaran kompleks sukan.
17.5 Pihak penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke atas peraturan- peraturan yang dianggap perlu untuk melancarkan perjalanan kejohanan ini .
17.6 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pemain yang melanggar peraturan dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
17.7 Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa penganjur akan memutuskan dan keputusan adalah muktamad.
KEJOHANAN PING PONG TERBUKA NEGERI SEMBILAN 2026
BEREGU VETERAN 40 TAHUN KE ATAS
PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN KE BAWAH
PEREMPUAN 12 TAHUN KE BAWAH
BORANG PENYERTAAN
ACARA BEREGU - RM 60.00:
NO NAMA NO. K/PENGENALAN NO TEL
1.
2.
3.
4.
ACARA PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN – RM 30.00
NO NAMA NO. KP NO TEL
1.
2.
3.
4.
ACARA PERSEORANGAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN – RM 30.00
NO NAMA NO. KP NO TEL
1.
2.
3.
4.
YURAN PENYERTAAN SEBANYAK :
BEREGU VETERAN
PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 THN
PERSEORANGAN PEREMPUAN BAWAH 12 THN
JUMLAH
RM _______
RM _______
RM _______
RM _______
T/TANGAN PENGURUS PASUKAN.....................................................
(NAMA)…………………………………
NO. TEL : ( R ) ……………………. ( P ) …………………………. ( H/P ) …………………..
*Yuran hendaklah dijelaskan sebelum 11 Februari 2026. Bayaran terus boleh di buat ke akaun bank tersebut:
NAMA BANK : MAYBANK 105037418934 (MASTURA)
* Hantarkan resit pembayaran serta nyatakan nama perseorangan atau pasukan kepada 016- 2381135 ( Mastura binti Zainal Abidin )
*Hantarkan nama pemain / pasukan kepada 010-6080663 (Jalaludin Abu Bakar)