Tenom Mondow RC

Tenom Mondow RC Home of Tenom Rugby

09/10/2025

🔥TENOM SAGA RAGBI 2025🔥

09/10/2025
Sekiranya terdapat individu atau pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan sedikit kos perbelanj...
06/10/2025

Sekiranya terdapat individu atau pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan sedikit kos perbelanjaan pasukan sepanjang Kejohanan SAGA 2025 berlangsung pada 10 hingga 17 Oktober 2025, sumbangan boleh disalurkan melalui medium yang tertera. Pasukan Ragbi Lelaki SAGA Tenom 2025 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

05/10/2025

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Klinik Asas Sukan Teras Ragbi Rimau Peringkat Daerah Tenom 2025.

PROGRAM KLINIK ASAS SUKAN TERAS RAGBI RIMAU PERINGKAT DAERAH TENOM 2025Pada 2 Oktober 2025, Sekolah Kebangsaan Kemabong ...
05/10/2025

PROGRAM KLINIK ASAS SUKAN TERAS RAGBI RIMAU PERINGKAT DAERAH TENOM 2025

Pada 2 Oktober 2025, Sekolah Kebangsaan Kemabong telah menjadi tuan rumah dan pengelola Program Klinik Asas Sukan Teras Ragbi Rimau Peringkat Daerah Tenom 2025. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom.

Seramai 10 buah sekolah rendah sekitar daerah Tenom telah mengambil bahagian dalam program ini. Pelaksanaan klinik ini turut mendapat bantuan daripada pemain Kelab Ragbi Tenom Mondow, yang berperanan sebagai fasilitator dalam menyampaikan asas-asas permainan ragbi sentuh kepada para peserta.

Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada murid-murid, serta meningkatkan penyertaan sekolah-sekolah dalam acara ragbi sentuh sempena Kejohanan Sukan MSSD Tenom tahun 2026.

First tournament, first trophy! 🏆🔥Pasukan Tenom Mondow Junior telah menyertai Kejohanan Ragbi Takis 7’s 2025 yang berlan...
25/08/2025

First tournament, first trophy! 🏆🔥

Pasukan Tenom Mondow Junior telah menyertai Kejohanan Ragbi Takis 7’s 2025 yang berlangsung di Padang SMK Takis, Papar pada 23 dan 24 Ogos 2025. Dalam penyertaan sulung mereka ini, pasukan berjaya meraih Juara Kategori Spoon.

Kejohanan ini merupakan pengalaman berharga buat pemain kerana berpeluang bertanding dengan pasukan yang lebih berpengalaman, sekali gus menjadi medan pembelajaran untuk meningkatkan mutu permainan mereka pada masa akan datang.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada ibu bapa para pemain yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap perkembangan sukan ragbi di Tenom.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada penaja utama pasukan Tenom Mondow, YB Riduan Rubin , atas tajaan dan sokongan berterusan yang amat bermakna.

Turut kami hargai adalah penaja bersama, iaitu Sawit Kinabalu dan Setia Kawan Sublimation, yang telah memberi sumbangan dalam menyokong aktiviti dan keperluan pasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Address

Tenom

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tenom Mondow RC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category