07/10/2025
๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ & ๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐ข๐ฆ๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐๐ฅ๐๐ข๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan AA Liga Sosial Temerloh 2025.
Tempoh pelaksanaan selama tiga bulan bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Sejak dari hari pertama penyusunan jadual perlawanan hinggalah ke malam kemuncak, ia menuntut komitmen tinggi, kesabaran dan kerjasama yang utuh daripada semua pihak.
Kepada penaja-penaja kami - Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan Dato' Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Pengurus Dod Sportswear Encik Mohamad Fathi Zikri Bin Mohamad Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Encik Adam Bin Ahmad, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Sumbangan anda bukan sahaja dari segi kewangan dan logistik, malah memberi nafas dan semangat kepada pembangunan bola sepak komuniti.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan juga Persatuan Bola Sepak Daera Temerloh yang diketuai Dato' Khairur Rizal Bin Ramli kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada kami. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada Majlis Perbandaran Temerloh, Polis Diraja Malaysia Daerah Temerloh dan agensi-agensi lain yang terlibat.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pasukan, pemain, jurulatih dan pegawai, yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan. Tanpa anda semua, liga ini tidak akan bermakna.
Tidak dilupakan juga kepada media rasmi kami - Tok Gajah Forever dan Rasagraph, pengadil, sukarelawan, AJK pelaksana, pihak keselamatan, media, serta penyokong setia, yang sentiasa menjadi tulang belakang kejohanan ini dari awal hingga ke penghujung. Setiap peluh, tenaga dan masa yang dicurahkan amat kami hargai.
AA Liga Sosial Temerloh 2025 bukan sekadar kejohanan, tetapi platform yang menyatukan komuniti, mencungkil bakat dan membina hubungan yang erat antara semua lapisan masyarakat. Semoga kejayaan edisi ini menjadi pembakar semangat untuk edisi akan datang yang lebih mantap dan meriah.
Terima kasih semua. Jumpa lagi!โฝ๏ธโจ
"Liga Kami, Cara Kami"