Galaxy Taekwondo Club Sijangkang, Batu 9 & Telok Panglima Garang

Galaxy Taekwondo Club Sijangkang, Batu 9 & Telok Panglima Garang Kelas Latihan Taekwondo per minggu.

Alhamdulillah selesai game icity tahniah team one galaxy taekwondo club sijangkang dan batu 9 kebun baru...kita ke next ...
12/04/2026

Alhamdulillah selesai game icity tahniah team one galaxy taekwondo club sijangkang dan batu 9 kebun baru...kita ke next game may nantiπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

08/03/2026

Latihan dibulan puasa

01/01/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Grand Final Galaxy Taekwondo Club pada 7 Disember 2025 di KSL Shopping Mall Klang.Terima ka...
08/12/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Grand Final Galaxy Taekwondo Club pada 7 Disember 2025 di KSL Shopping Mall Klang.
Terima kasih kepada semua atlet, ibu bapa, jurulatih dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Komitmen serta sokongan anda semua amat dihargai.
Tahniah kepada semua peserta yang berani mencabar diri dan menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran, kami memohon jutaan kemaafan.
Jumpa lagi di kejohanan seterusnya, insha’Allah! πŸ₯‹

PENGAMBILAN AHLI BARU 2026 – GALAXY TAEKWONDO CLUBKami membuka pendaftaran untuk sesi 2026!Sertai latihan taekwondo bers...
04/12/2025

PENGAMBILAN AHLI BARU 2026 – GALAXY TAEKWONDO CLUB

Kami membuka pendaftaran untuk sesi 2026!
Sertai latihan taekwondo bersama jurulatih bertauliah dalam suasana yang selamat. Peluang untuk grading, pertandingan dan latihan asas hingga mahir.

β€œSetiap tendangan hari ini menjadikan anda lebih kuat esok. Disiplin bukan tentang siapa paling hebat, tetapi siapa paling konsisten. Jatuh itu biasa, bangkit itu juara. Peluh hari ini adalah kemenangan masa depan. Belajar perlahan tak apa, yang penting jangan berhenti. Keyakinan datang bila usaha tak pernah tinggal. Dalam taekwondo, kekuatan sebenar bukan pada kaki tetapi pada semangat. Terus melangkah, sikit-sikit jadi mahir. Bakat hanya permulaan, latihan yang menentukan. Juara dilahirkan melalui usaha, bukan alasan.”

πŸ“± PM/WhatsApp untuk pendaftaran & pertanyaan.

Galaxy Taekwondo Club Cemerlang di Interclub Taekwondo Championship 2025Nilai, 7–9 November 2025 β€” Galaxy Taekwondo Club...
10/11/2025

Galaxy Taekwondo Club Cemerlang di Interclub Taekwondo Championship 2025

Nilai, 7–9 November 2025 β€” Galaxy Taekwondo Club sekali lagi mencatat prestasi cemerlang apabila pasukan atlet berjaya membawa pulang empat pingat dalam Pertandingan Interclub Taekwondo Championship yang berlangsung di N9 Arena, Nilai.

Kejuaraan ini memperlihatkan persaingan sengit dalam setiap kategori, namun semangat juang, disiplin latihan dan fokus tinggi atlet-atlet Galaxy Taekwondo Club berjaya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Pencapaian rasmi pasukan:

πŸ₯‡ 1 Pingat Emas

πŸ₯ˆ 2 Pingat Perak

πŸ₯‰ 1 Pingat Gangsa

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama kelab, malah turut membuktikan potensi besar atlet muda yang dilatih di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Galaxy Taekwondo Club.

Pihak kelab merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet atas kerja keras dan komitmen mereka sepanjang persediaan dan pertandingan. Terima kasih juga kepada ibu bapa, penyokong dan pasukan teknikal yang sentiasa memberikan sokongan penuh.

Galaxy Taekwondo Club akan terus komited dalam melahirkan atlet berkualiti dan mengekalkan kecemerlangan di pentas tempatan mahupun antarabangsa.

Terus Maju, Terus Berjuang β€” Galaxy Taekwondo Club! πŸ₯‹βœ¨

Di bawah bumbung GALAXY Taekwondo, lahirlah wira dan srikandi yang berani menggapai bintang. Di sini bukan sekadar belaj...
05/09/2025

Di bawah bumbung GALAXY Taekwondo, lahirlah wira dan srikandi yang berani menggapai bintang. Di sini bukan sekadar belajar menendang dan menangkis, tetapi mendidik hati berdisiplin, membina sahsiah, dan menyalakan api semangat juara. Ayuh sertai kami, melangkah bersama menuju kejayaan di gelanggang dan kehidupan.
Berani. Disiplin. Juara




Di bawah bumbung GALAXY Taekwondo, lahirlah wira dan srikandi yang berani menggapai bintang. Di sini bukan sekadar belaj...
04/09/2025

Di bawah bumbung GALAXY Taekwondo, lahirlah wira dan srikandi yang berani menggapai bintang. Di sini bukan sekadar belajar menendang dan menangkis, tetapi mendidik hati berdisiplin, membina sahsiah, dan menyalakan api semangat juara. Ayuh sertai kami, melangkah bersama menuju kejayaan di gelanggang dan kehidupan.
Berani. Disiplin. Juara




MSSD Taekwondo 2025 | 27 Julai 2025Alhamdulillah, kejohanan berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada semua yang hadir,...
29/07/2025

MSSD Taekwondo 2025 | 27 Julai 2025

Alhamdulillah, kejohanan berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada semua yang hadir, bantu dan beri sokongan β€” dari awal pagi hingga tamat acara.

Tahniah kepada para atlet yang berjaya bawa pulang medal! πŸ…
Untuk yang belum berjaya, jangan putus asa. Anda semua dah tunjuk semangat juang yang hebat!

Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang kami menjadi tuan rumah.
Semoga semangat ni terus kekal sampai ke kejohanan seterusnya! πŸ’ͺπŸ₯‹

Prestasi Membanggakan Atlet Muda di Kejohanan 2nd Hana Taekwondo Championship, KepongKepong, 1 Jun 2025 – Kejohanan 2nd ...
03/06/2025

Prestasi Membanggakan Atlet Muda di Kejohanan 2nd Hana Taekwondo Championship, Kepong

Kepong, 1 Jun 2025 – Kejohanan 2nd Hana Taekwondo Championship yang berlangsung dari 31 Mei hingga 1 Jun 2025 di Kepong menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada barisan atlet muda yang berbakat. Seramai 16 orang atlet telah mewakili kelab Galaxy Taekwondo Club dalam acara Poomsae, Kyorugi, dan Kategori Terbuka (Open).

Kategori Poomsae
Tujuh atlet berjaya membawa pulang pingat, manakala beberapa atlet lain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun tidak memperoleh pingat:

Kategori poomsae:
πŸ₯‰ Pingat Gangsa:

Dalili Darwisyah binti Mohd Subhi

Adelia Batrisya binti Mohammad Hakim

Nur Aleeya Umairah binti Muhammad Jaswari

Nur Aleeya Qistina binti Muhd Jaswari

Kategori Kyorugi
Acara pertarungan menyaksikan keberanian luar biasa atlet yang bersaing hebat dalam setiap perlawanan:

πŸ₯ˆ Pingat Perak:
Iman Aisya Izzara binti Jefry

πŸ₯‰ Pingat Gangsa:
Mia Maisara binti Mohammad Faizal

Danish Darwisy bin Mohd Subhi

*Kategori kyorugi open*

πŸ₯ˆ Pingat Perak:
Pravin

Walaupun tidak semua membawa pulang pingat, setiap peserta telah menunjukkan semangat juang tinggi, disiplin, dan semangat kesukanan yang patut dicontohi. Kejohanan ini menjadi medan penting untuk menimba pengalaman dan memperbaiki prestasi di masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet atas penyertaan dan usaha gigih mereka!

Address

Dewan Belia Haji Iskandar, Jalan Kenanga
Kampong Sijangkang
42500

Telephone

+60173229089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galaxy Taekwondo Club Sijangkang, Batu 9 & Telok Panglima Garang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share