Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Kuala Muda

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Kuala Muda Page ini bertujuan untuk memberi informasi mengenai aktiviti pertubuhan.

SELAMAT DATANG KE PAGE RASMI
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA KEBANGSAAN KUALA MUDA
Ini adalah page rasmi diiktiraf oleh Barisan Kepimpinan PSSGMK Kuala Muda.

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Kebangsaan Tahap 1 & 2 anjuran PESAKA Kedah dengan kerjasama PSSGMK Negeri Ked...
27/04/2026

Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Silat Kebangsaan Tahap 1 & 2 anjuran PESAKA Kedah dengan kerjasama PSSGMK Negeri Kedah, PESAKA Malaysia dan MSN Kedah.

18/02/2026
18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan 2026 🌙

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, dilimpahi rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Semoga setiap amalan kita diterima, hati kita disucikan, dan langkah kita sentiasa dalam keredhaan-Nya.

Mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk bertemu malam Lailatul Qadar yang penuh kemuliaan, serta menjadikan Ramadan ini lebih bermakna, penuh keinsafan, ketenangan, dan kasih sayang.

Mohon maaf segala kesilapan secara sedar atau tidak❤️

Semoga Ramadan 2026 ini menjadi titik perubahan ke arah kebaikan yang berpanjangan. Aamiin 🤲

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Gayong.Pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Kuala...
31/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Gayong.

Pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Gelanggang TPU yang telah berjaya menerima kenaikan bengkung.

Sesungguhnya, pencapaian ini bukan sekadar simbol di pinggang, tetapi melambangkan usaha, disiplin, kesabaran serta adab yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh latihan. Setiap bengkung yang dinaikkan hadir bersama amanah dan tanggungjawab untuk terus menjaga maruah diri, perguruan dan warisan Silat Gayong.

Pihak kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para guru, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, tunjuk ajar dan dorongan tanpa jemu.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua penerima kenaikan bengkung.
Teruskan berlatih, teruskan beradab,
dan jadilah anak Gayong yang berilmu, berdisiplin serta berakhlak mulia.

Sekian, terima kasih.
Salam Gayong!

Innalilahi wa inna ilaihirojiun.. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat ke atas rohnya..Salam Takziah daripada Ahli PSS...
18/01/2026

Innalilahi wa inna ilaihirojiun.. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat ke atas rohnya..

Salam Takziah daripada Ahli PSSGM Kebangsaan Kuala Muda buat seluruh ahli keluarga.

Innalilahi wa inna ilaihirojiun.. Semoga Allah rahmati dan cucuri rahmat ke atas rohnya..

Salam Takziah daripada Ahli PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah buat seluruh ahli keluarga.

13/01/2026
Perwakilan PSSGMK Negeri Kedah menghadiri Mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan pada 10/01/2026 bertempat di Wisma Gayong Keb...
11/01/2026

Perwakilan PSSGMK Negeri Kedah menghadiri Mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan pada 10/01/2026 bertempat di Wisma Gayong Kebangsaan…

Mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah. Pembubaran Jawatankuasa sesi 2023-2025 dan Pelantikan Semula bagi sesi 20...
04/01/2026

Mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan Negeri Kedah. Pembubaran Jawatankuasa sesi 2023-2025 dan Pelantikan Semula bagi sesi 2026-2028. Ucapan terima kasih buat barisan jawatankuasa yang telah khidmat dengan jayanya.

Tahniah buat jawatankuasa baru yang telah dilantik untuk menerajui PSSGMK Negeri Kedah bagi sesi 2026-2028. Semoga amanah digalas sebaiknya.

04/01/2026

Address

Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share