Kelab Bola Jaring Merpati

Kelab Bola Jaring Merpati Kelab Bola Jaring Merpati Sri Aman Sarawak

PERTANDINGAN NETBALL CHALLENGE SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN๐Ÿ—“๏ธ 17 Oktober 2026๐Ÿ“ SMK Lingga,...
17/10/2026

PERTANDINGAN NETBALL CHALLENGE SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

๐Ÿ—“๏ธ 17 Oktober 2026
๐Ÿ“ SMK Lingga, Sri Aman

Pertandingan Netball Challenge sempena Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Kelab Bola Jaring Merpati ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain.

Pertandingan ini telah menyaksikan persaingan sengit antara pasukan yang mengambil bahagian. Setiap pasukan telah menunjukkan komitmen, kerjasama berpasukan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Berikut adalah keputusan akhir pertandingan:

๐Ÿฅ‡MUSLA
๐ŸฅˆNETBLAZE
๐Ÿฅ‰HSA DOVE HAVOC
๐Ÿ…BBNU

Kejayaan setiap pasukan ini mencerminkan usaha, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring, meningkatkan minat masyarakat terhadap aktiviti sukan serta menggalakkan penyertaan aktif dalam program Hari Sukan Negara.

Sebagai kesimpulan, pertandingan ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta dan menyumbang kepada usaha membudayakan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Semoga penganjuran sukan inj dapat menarik lebih ramai lagi pihak untuk menyertai sukan ini kelak. Sekian.

๐Ÿ”ฅ AYUH SERBU GELANGGANG! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ NETBALL CHALLENGE โ€“ HARI SUKAN NEGARA 2026 BAHAGIAN SRI AMAN ๐ŸBersedia untuk aksi bola jarin...
29/09/2026

๐Ÿ”ฅ AYUH SERBU GELANGGANG! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ NETBALL CHALLENGE โ€“ HARI SUKAN NEGARA 2026 BAHAGIAN SRI AMAN ๐Ÿ

Bersedia untuk aksi bola jaring yang penuh semangat, saingan dan debaran! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ SMK Lingga

๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada peserta 13 tahun ke atas
๐Ÿ† Terhad kepada 10 pasukan sahaja
๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan: RM50/pasukan

๐Ÿ’ฅ REBUT HADIAH MENARIK!
๐Ÿฅ‡ Juara โ€“ RM300
๐Ÿฅˆ Naib Juara โ€“ RM200
๐Ÿฅ‰ Ketiga โ€“ RM100
๐Ÿ… Keempat โ€“ RM80

โณ Tarikh tutup penyertaan: 14 Oktober 2026

๐Ÿ“ž Daftar sekarang
Nurul: 011-25025506
Masitah: 016-8782640

PROGRAM NETBALL FUN GAMES 2026Sri Aman, 16 September 2026 โ€“ Kelab Bola Jaring Merpati Sri Aman telah menganjurkan Progra...
16/09/2026

PROGRAM NETBALL FUN GAMES 2026

Sri Aman, 16 September 2026 โ€“ Kelab Bola Jaring Merpati Sri Aman telah menganjurkan Program Netball Fun Games yang berlangsung pada 16 September 2026 bertempat di Mini Stadium.

Program ini diadakan sebagai platform untuk menggalakkan aktiviti sukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan para peserta.

Pertandingan bola jaring tersebut telah disertai oleh beberapa kumpulan dan keputusan akhir adalah seperti berikut:

1. ๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama โ€“ Muss A
2. ๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€“ Netblaze
3. ๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ CPLA
4. Tempat Keempat โ€“ Tangs B

Selain pertandingan utama, turut diadakan perlawanan bola jaring kategori campuran lelaki dan wanita yang melibatkan kumpulan Mix A dan Mix B. Perlawanan tersebut berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan akhirnya dimenangi oleh kumpulan Mix A.

Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan meriah dan berjaya mencapai matlamat dalam menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping mengeratkan hubungan serta mewujudkan suasana yang sihat, aktif dan harmoni dalam kalangan peserta.

Penganjuran perlawanan kategori campuran lelaki dan wanita juga berjaya mewujudkan suasana yang lebih santai dan inklusif, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat tanpa mengira jantina. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan gaya hidup aktif serta memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti setempat.

Sri Aman, 5 Ogos 2026 โ€“ Perlawanan santai mingguan bola jaring terus menjadi platform terbaik dalam memperkukuh kemahira...
06/08/2026

Sri Aman, 5 Ogos 2026 โ€“ Perlawanan santai mingguan bola jaring terus menjadi platform terbaik dalam memperkukuh kemahiran, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain.

Aktiviti yang diadakan secara konsisten setiap minggu ini menghimpunkan pemain daripada pelbagai latar belakang untuk berlatih dan beraksi dalam suasana santai tetapi kompetitif. Selain memberi peluang mengasah teknik permainan, perlawanan ini turut memupuk nilai kerjasama, disiplin, komunikasi dan semangat kesukanan.

Penganjuran aktiviti seperti ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berdaya saing, di samping memperkukuhkan pembangunan sukan bola jaring di peringkat komuniti. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain membuktikan bahawa sukan bukan sahaja medan persaingan, malah medium terbaik untuk membina persahabatan dan gaya hidup sihat. ๐Ÿ๐Ÿ’œ

Sri Aman, 23 Julai 2026 โ€“ Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara pasukan dari Sri Aman dan Betong telah berlangsu...
06/08/2026

Sri Aman, 23 Julai 2026 โ€“ Perlawanan Persahabatan Bola Jaring di antara pasukan dari Sri Aman dan Betong telah berlangsung dengan jayanya di Penjara Pusat Sri Aman.

Perlawanan ini bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi pemain malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim serta semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan. Perlawanan ini juga menjadi medan perkongsian pengalaman dan persediaan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan serta memupuk budaya hidup sihat melalui sukan.

โ€œBersatu di Gelanggang, Erat Persahabatan. Sukan Menyatukan Kita, Persahabatan Kekal Selamanya.โ€ ๐Ÿ๐Ÿ’œ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Flyballerโ€™s Netball dan Sri Aman Netballers yang mewakili Bahagian Sri ...
06/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Flyballerโ€™s Netball dan Sri Aman Netballers yang mewakili Bahagian Sri Aman atas penyertaan dan komitmen dalam Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang telah berlangsung pada 17 hingga 18 Julai 2026 di Arena Sukan, Kuching.

Penyertaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam membawa nama Bahagian Sri Aman ke pentas negeri. Setiap usaha, pengorbanan dan semangat yang dipamerkan sepanjang kejohanan adalah satu kebanggaan buat seluruh warga Sri Aman.

Teruskan melangkah lebih jauh, jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

โ€œKemenangan bukan sekadar diukur dengan pingat, tetapi melalui keberanian untuk berjuang hingga wisel penamat.โ€

KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN SARAWAK๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)๐Ÿ“ Tempat...
14/06/2026

KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN SARAWAK

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat: Mini Stadium Sri Aman

Kelab Bola Jaring Merpati telah diberi kepercayaan untuk menyelaras Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman dan sebanyak 10 pasukan yang telah menyertai kejohanan ini. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian serta mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang cemerlang sepanjang perlawanan berlangsung.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Israk bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Sri Aman diiringi oleh Puan Sharifah Nurul Hasimah Binti Wan Hanapi, Presiden Kelab Bola Jaring Merpati.

Keputusan rasmi adalah seperti berikut:

๐Ÿฅ‡ Johan: INNONIAGA
๐Ÿฅˆ Naib Johan: CPLA
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga Bersama: FLYBALLERโ€™S BLAST & PERKEP

Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta, jawatankuasa pengelola serta penganjur dalam menjayakan pertandingan ini. Teruskan melakar kecemerlangan demi pembangunan sukan dan komuniti.

Pihak kami juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai pertandingan, pengadil, urusetia, APM serta semua pihak terlibat yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar, teratur dan berjaya mencapai objektif penganjurannya.

Semoga kejohanan seperti ini akan terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan melahirkan komuniti setempat yang berdaya saing pada masa hadapan. ๐Ÿ๐Ÿ†โœจ

-TAMAT-

Address

Sri Aman
95000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Bola Jaring Merpati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category