30/06/2026
PROGRAM KACAU BUBUR AS SYURA PERINGKAT IPD S*K 1448H/2026M
S*K, 30 JUN 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah S*k telah berlangsung Program Kacau Bubur As Syura bertempat di Dataran IPD S*k.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran YDH Supt. Shamzury Bin Saman , Ketua Polis Daerah S*k ,YDH DSP Safuan Bin Md Noor, Timbalan Ketua Polis Daerah S*k, YDH Puan Nurul Izah Binti Che Hamat, Naib Pengerusi Perkep S*k, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan Ahli-Ahli PERKEP IPD S*k.
Program ini diadakan bagi memperingati sirah Rasulullah S.A.W dan Nabi-Nabi terdahulu bersempena peristiwa agung di Bulan Muharram. Selain memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan silaturahim sesama warga IPD S*k.
Aktiviti utama adalah memasak bubur Asyura secara beramai-ramai dan sebanyak 4 kawah Bubur As Syura yang dimasak telah diedarkan kepada semua bahagian dan Ahli PERKEP S*k.
Selain mengeratkan hubungan, program ini juga dapat menyemarakkan semangat kebersamaan dan memelihara tradisi yang diwarisi.