Abi Cuba

Abi Cuba Selamat datang tn pn ke page Abi Cuba. Pagi ni untuk share info berguna untuk ibubapa. (page la telah dibubarkan, harap maklum)

Share bukan sebab pandai tapi masih belajar supaya mudah cari dan rujuk semula dari page ni.

09/08/2026

Jadikan kita insan contoh untuk anak kita.

Anak ada dengan kita tak lama.Dalam sehari pon berapa jam ja masa kita yg boleh tumpu sepenuhnya pada depa.Tambahan ada ...
30/07/2026

Anak ada dengan kita tak lama.

Dalam sehari pon berapa jam ja masa kita yg boleh tumpu sepenuhnya pada depa.

Tambahan ada banyak gangguan lain yg semua sedia maklum iaitu hanphone.

Aku orang teknologi dah tentu aku tak salahkan teknologi.

Teringat satu quote ni, `jangan biar teknologi kawal kita, malah kita yang kawal teknologi` tersebut.

Ya bukan salah kemudahan yg ada sebab benda baik pon klw leka dan salah guna akan jadi buruk.

Berbalik pada masa, pagi² ada beberapa jam ja utk bertarung sambil layan depa sebelum kita hantar anak ke pusat asuhan/sekolah. - katakan 1 jam masa kita sembang masa persiapan & hantar ke sekolah.

Hari kerja anak ada dengan cikgu²/pusat asuhan hampir 9 jam. Waktu balik klw kita dapat ambil anak memang bonus besar.

Sebab masa ambil anak tu la masa emas yg sangat singkat untuk anak luahkan banyak benda sebelum sampai rumah.

Bila sampai rumah mood dah lain, ada yg mak² pon bertujar jadi singa 🤣

Malam p**a ada dalam 3 jam ja untuk tenan depa buat kerja sekolah/sembang² sat sebelum tidoq.

Masa esoknya mula hari yg baru.

Jadi berapa jam agaknya betul² ada dengan anak? mungkin kurang 5 jam ja sehari.

Jadi sentiasa hargai masa kita dengan anak².

Selain tu letakkan kepercayaan sepenuhnya pada cikgu²/pengasuh. Jangan lupa ucap terima kasih dekat depa. Ada rezki lebih lanja la depa tambah² cikgu bujang🤭😝 lawak jer hehe

Sama² doa agar Allah pelihara anak² kita.

aminnn

Hai makayah tinggal sekitar   baru ni bawak anak pi ke sini lukis² di Pick n Paint Art Class. Murah jugak dan tak perlu ...
25/07/2026

Hai makayah tinggal sekitar

baru ni bawak anak pi ke sini lukis² di Pick n Paint Art Class. Murah jugak dan tak perlu booking.

Anak saya 2Y6M, saja bagi belajar pegang berus.

Tak pandai pegang lagi saja cuba bagi dia belajaq.

Mudah kat sini, boleh jer tinggal anak kejap bg dia biasa dgn teacher, kami turun tunggu mamak bawah tu ja.

Lepas kelas teacher akan bagitau la apa progress anak kita. Teacher pon bagus ja layan anak².

Detail boleh tengok dekat gambar ya. gambar last tu hasil anak saya buat.

24/07/2026

SALAM JUMAAT

Pernah tak kita terfikir... apa yang paling berat untuk seorang anak apabila ibu bapanya berpisah?

Bukan memilih untuk tinggal dengan siapa.

Tetapi menerima hakikat bahawa rumah yang dulu penuh dengan gelak tawa, kini hanya tinggal kenangan.

Kalau kamu sedang melalui saat itu, ingatlah...

Perpisahan ibu dan ayah bukan salah kamu.

Kasih sayang mereka terhadap kamu tidak pernah berkurang, walaupun cara mereka menyayang sudah berbeza.

Jangan biarkan kesedihan mematahkan semangatmu.

Teruskan belajar, teruskan bermimpi, dan terus menjadi anak yang baik.

Suatu hari nanti, kamu akan sedar...

Luka hari ini sedang membentuk kamu menjadi seorang yang lebih kuat, lebih matang, dan lebih tabah.

Percayalah...

Kamu mungkin datang daripada keluarga yang berpisah, tetapi masa depan kamu tidak pernah ditentukan oleh perpisahan itu.

Kerana seorang anak yang hebat bukan lahir daripada keluarga yang sempurna, tetapi daripada hati yang tidak pernah berhenti berharap.

Semoga Allah sentiasa menjaga setiap anak yang sedang diuji, menguatkan hati mereka, dan mengurniakan mereka masa depan yang penuh dengan kebahagiaan.

Kamu tidak sendiri. Kamu disayangi. Dan kamu tetap berhak untuk bahagia.

Salam jumaat acik semua,dah potong kuku ke?Kumis misai rapikan juga ok.bulu² pon jangan lupa trim tau 🤣
24/07/2026

Salam jumaat acik semua,

dah potong kuku ke?
Kumis misai rapikan juga ok.
bulu² pon jangan lupa trim tau 🤣

13/09/2022

Tempat kita pon best jugak..

Address

Pengkalan Bot Tasik Gubir, Jalan Ampangan Muda
S*k
08210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abi Cuba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abi Cuba:

Shortcuts

Share