21/04/2017
STANDING TOGETHER
Saya sekali lagi diberikan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat melalui JKM. Program dua hari kali ini lebih padat dan bertambah meriah dengan kehadiran Yang Bebahagia Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi, Ketua Setiausaha KPWKM dan Yang Berbahagia Datuk Zulkiply b. Ramli, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
program dua hari ni tentang 'CyberAttack' terutama di facebook JKM, teknik menguruskan aduan terutama fitnah yang bakal datang dimusim pilihanraya dan memfokuskan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, membantu masyarakat dan menolong insan-insan yang memerlukan.
Saya memohon kepada semua masyarakat untuk tidak jadikan JKM sebagai bahan umpatan atau terpengaruh dengan mainan politik hina segolongan individu yang mencari salah dan sebab sebagai bahan politik. Saya juga memang tak faham dengan sikap segelintar masyarakat yang MEMINTA TOLONG DENGAN CARA MAKI DAN CACI seolah-olah JKM ni 'punching bag' untuk mereka.
Nasihat saya, sekiranya kita perlukan bantuan MINTALAH DENGAN CARA BERADAB dan hubungi JKM di saluran yang betul. Media sosial bukan tempat kita melepaskan geram. Mencaci maki di media sosial tidak menaikkan darjat kita atau menjadikan kita lebih baik dan juga tidak akan mencepatkan bantuan kerana organisasi seperti JKM juga mempunyai proses yang procedur mengikut standard tertentu dan kita juga kena faham MEDIA SOSIAL BUKANLAH SALURAN RASMI untuk meminta dan memproses bantuan.
Bagi saya JKM tetap JUARA RAKYAT.
Your Coach: www.facebook.com/coachmegat
Contact: 019-275 0031