Kelab Ragbi Alumni Voksha-Xvoksha RC

  • Home
  • Kelab Ragbi Alumni Voksha-Xvoksha RC

Kelab Ragbi Alumni Voksha-Xvoksha RC Official Page Of Xvoksha Rugby Club. KELAB RAGBI ALUMNI VOKSHA(PPM-007-10-13122022)

Big thanks to all the boys who turned up this weekend! After a long break, we’ve brought the team spirit and mateship ba...
28/10/2025

Big thanks to all the boys who turned up this weekend! After a long break, we’ve brought the team spirit and mateship back — exactly what we set out to do. Stay tune ,lot more to come! 💪🏽🐯🏉

Wishing our rugby team the best of luck this weekend! 💪🔥 Your hard work, passion, and determination inspire us all — now...
20/10/2025

Wishing our rugby team the best of luck this weekend! 💪🔥 Your hard work, passion, and determination inspire us all — now go out there and give it everything you've got!

Let’s rally behind them — swing by, show your support, and be part of the energy that drives them forward! 🐯

8 months off, but the heart of the game never fades. 🏉💥 Great to be back on the field with the squad—first match of many...
20/08/2025

8 months off, but the heart of the game never fades. 🏉💥 Great to be back on the field with the squad—first match of many to come! Let’s build on this.

U23 XVOKSHA vs U23 BJRC || 16/8/25

📸 .skywalker

06/05/2025

Mencari pasukan 15s U18 lelaki sekitar Shah Alam yang berminat untuk join friendly pada Sabtu pagi @ 10/5/2025 . Setakat ni ada dua team. Target dapat lagi dua team pun cukup dah. Lain lain detail boleh PM ya. Thankyou 🙏🏻

19/04/2025

Ketua Jurulatih Malaysia, Mohd Saizul Hafifi Md Noor bakal berdepan dengan perlawanan rasmi pertama hari ini, iaitu menentang pasukan Sri Lanka untuk perlawnan 'playoff' Asia Rugby Emirates Championship 2025.

Berikut merupakan senarai 15 orang pemain pertama, dan 8 orang pemain simpanan yang sudah pun dimuktamadkan:

1) Mohammad Azri Mohd Kamal Rosnan
2) Amirul Mukminin Hamizan
3) Amierul Harith Mohd Heriezal
4) Mohd Shobrey Amok
5) Muhammad Sameer Muhammad Sani Surinder
6) Syarif Nurhidayat Muzhaimey (K
7) Ryan James Long
8) Etonia Vaqa Saukuru
9) Mohamad Nasharuddin Ismail
10) Mohamad Amirul Aqil Kamsol
11) Luqman Nur Hakim Ahmad Termizi
12) Samuela Tamanisau
13) Muhammad Afifuddin Misruji
14) Mohammad Daim Zainuddin
15) Luqman Hakim Abu Hassan

Simpanan
16) Mohamad Nabil Ikhwan Mohd Nazri
17) Muhammad Amir Zakwan Zunaidi
18) Muhd Danish Haikal Shahizam
19) Harith El Iskandar Shah Mohd Shukri
20) Suhaikal Suhaimi
21) Mohamad Khairul Abdillah Ramli
22) Muhammad Ameer Nasrun Zulkeffli
23) Mohammad Nazreen Fitri Nasrudin

Doa kami sentiasa buat semua pemain dan jurulatih, yang membawa harapan menggunung semua peminat ragbi Malaysia di tanah air, dan di seluruh dunia. Berikan segala darah, keringat dan air mata anda demi ragbi Malaysia, demi Bunga Raya! Selamat maju jaya kami ucapkan! 💪🌺🇲🇾

📷 Malaysia Rugby


16/02/2025

NZB Sports Malaysia ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat coach Mohd Saizul Hafifi Md Noor yang telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih baru skuad ragbi 15s Kebangsaan untuk perjalanan tahun 2025.

Tugasan pertama yang cukup mencabar buat beliau adalah untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan 'play-off' Asia Rugby Championship 2025 menentang pasukan Sri Lanka April ini.

Good luck and all the best coach! 🌺🇲🇾💪


16/02/2025
16/02/2025
10/02/2025

Kami difahamkan pemain ragbi Kebangsaan kelahiran Sarawak, Samuel Rentap Anak Meran mengalami kecederaan serius di bahagian tangan ketika perlawanan di antara Muamalat Bullets menentang RMAF Blackhawk dalam saingan Corporate Super Rugby semalam.

Sam yang telah pun menjalani pembedahan semalam bakal terlepas keseluruhan kempen Corporate Super Rugby 2025, dan berkemungkinan besar tidak dapat menyertai panggilan ke skuad ragbi Kebangsaan untuk perlawanan 'play-off' Asia Rugby Championship 2025 menentang pasukan Sri Lanka yang dijadualkan pada bulan April.

Selamat berehat dan semoga cepat sembuh kami ucapkan kepada Sam Rentap!

📷 Samuel Rentap

10/02/2025

Saingan Corporate Super Rugby 2025 membuka tirainya hujung minggu lalu menyaksikan 4 perlawanan telah diadakan di Padang Ragbi UiTM Shah Alam.

Pool 🅰️

PPTD PATRIOTS (52) - (3) SOUTHERN OILERS

Patriots tidak menghadapi sebarang masalah dalam perlawanan berdepan pendatang baru musim ini, Oilers. Kemenangan besar Patriots ini memberikan satu kenyataan awal lagi kuat kepada lawan lain bahawa mereka kembali musim ini dengan misi dan visi hebat, bagi menebus kekecewaan final musim 2024.

JLJ RUGBY (13) - (47) MBDK ROYAL TOWN WARRIORS

Royal Town Warriors, sebagai salah satu pasukan yang cukup berpengalaman juga tidak menghadapi masalah besar ketika bertemu sebuah lagi pasukan baru, JLJ Rugby. JLJ dilihat sedikit ampuh pada masa kedua, namun kombinasi pemain handalan serta berpengalaman anak buah Shahizam Tukiran dan Mohamad Nor Adol jelas tidak dapat ditandingi oleh pasukan ragbi Kor Jurutera Letrik & Jentera Diraja Tentera Darat Malaysia itu.

Pool 🅱️

MUAMALAT BULLETS (39) - (27) RMAF BLACKHAWK

Bullets mengekalkan reputasi sebagai juara bertahan, menyaksikan mereka masih kekal tanpa kalah dalam sejarah kejohanan (6/6 kemenangan). Blackhawk mahu menebus 2 kekalahan musim lalu (57-12 di peringkat kumpulan dan 38-12 di separuh akhir) kepada Bullets, namun Bullets berjaya membuktikan mereka berada di kelas yang cukup tersendiri.

MBJB RED PANTHERA (34) - (19) MBSJ KNIGHTS

Red Panthera berjaya meraih kemenangan ke atas Knights dalam perlawanan "derbi" Majlis Bandaraya ini dengan jurang yang cukup selesa. Musim lalu, kedua-kedua pasukan pernah bertemu di peringkat kumpulan, menyaksikan kemenangan 27-15 yang juga berpihak kepada Red Panthera. Walau kalah, Knights tidak perlu kecewa kerana mereka adalah satu-satunya pasukan yang berani membariskan ramai pemain muda dalam pasukan.

Saingan minggu kedua akan bersambung 15 dan 16 Februari ini, dengan 3 lagi perlawanan akan dilangsungkan di venue yang sama, sementara perlawanan yang melibatkan MBSJ Knights dan Muamalat Bullets akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

📷 Ahmad Shahzali

01/02/2025

Address

Kolej Vokasional Shah Alam,Jalan Batu Tiga Lama, Taman Pinggiran Usj, 40300 Shah Alam, Selangor

40300

Telephone

+60126696806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Ragbi Alumni Voksha-Xvoksha RC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Ragbi Alumni Voksha-Xvoksha RC:

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share