14/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN JERSI KONTINJEN MALAYSIA 2026 π²πΎ& SESI MOTIVASI
Satu detik yang cukup bermakna dan penuh apresiasi buat seluruh warga Kontinjen Malaysia 2026 ke World Nomad Game 2026.
Majlis penyerahan jersi ini bukan sekadar simbol penyerahan pakaian rasmi pasukan, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap keringat, masa, tenaga dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para atlet, jurulatih, pengurus serta semua yang berada di belakang perjuangan kontinjen Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MMU atas kesudian menerima, menyokong dan meraikan perjuangan kita. Kesudian mereka untuk memberikan ruang, penghargaan dan sokongan tanpa kita perlu meminta atau mengharapkan sesuatu sebagai balasan adalah satu nilai yang amat kami hargai.
Bagi kami, kita bukan mencari siapa yang mahu meraikan kita, tetapi kita amat menghargai mereka yang dengan ikhlas memilih untuk meraikan perjuangan kita.
Semoga majlis ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara MMU, atlet, kelab dan komuniti memanah tradisional, serta membuka jalan ke arah pembangunan MMU sebagai salah satu Centre of Excellence bagi memanah tradisional pada masa akan datang.
Terima kasih MMU kerana menghargai keringat yang kami curahkan dan masa yang kami korbankan. β€οΈ