Liga Bola Sepak Shah Alam

Liga Bola Sepak Shah Alam Liga Bola Sepak Untuk Pasukan & Pemain Akar Umbi Bagi Kategori Umur Bawah 8-17 Tahun

LIGA BOLA SEPAK SHAH ALAM 2026 | Pemain Akar UmbiPENGENALANLiga Bola Sepak Shah Alam atau lebih dikenali dengan nama Lig...
23/10/2025

LIGA BOLA SEPAK SHAH ALAM 2026 | Pemain Akar Umbi

PENGENALAN

Liga Bola Sepak Shah Alam atau lebih dikenali dengan nama Liga BSA ini telah bermula sejak tahun 2018 lagi menerusi Kategori Bawah 11 tahun & seterusnya pada tahun 2019 p**a Bawah 14 & 16 tahun & sehingga ke hari ini tahun 2025.

Peningkatan Kategori adalah sejajar dgn permintaan Kelab/Akademi yang dahagakan satu pertandingan secara Liga yg berpatutan serta banyak hadiah. Liga BSA ini merupakan Anj@@@ bersama MBSAKIDZ dan KRMBSA.

LIGA BSA 2026 dijangka bermula 17 Jan 2026 dan berakhir sebelum Ramadhan. Liga ini mengambil masa 2 bulan.

KONSEP DAN PENGISIAN PROGRAM

Program ini terbuka kepada seluruh Kelab/Akademi Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Selaras dengan Dasar Sukan Negara, program ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan Perpaduan dan Silaturahim serta menggalakkan budaya bersukan di kalangan kanak-kanak/remaja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan tapak kepada pemain Akademi/Kelab yang tidak berpeluang ke Akademi Tunas (AT) atau Pusat Latihan Daerah (PLD) menonjolkan bakat masing-masing kerana di dalam Liga ini penyertaan pemain AT atau PLD adalah terhad. Liga BSA lebih memfokuskan kepada pemain akar umbi Kelab/Akademi tersebut.

Sehubungan itu, diharapkan permainan ini yang memerlukan kepantasan dan kerjasama di kalangan pemain mampu menjadikan kanak-kanak serta remaja di Selangor berdaya saing dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Terhad kepada 8 pasukan sahaja.Dibahagikan kepada 2 kump**an (A & B).Ranking 1 & 2 akan bermain WINNERS CUP manakala Ranking 3 & 4 bermain CHALLENGE CUP.

HADIAH

1.Trofi WINNERS CUP
2.Trofi CHALLENGE CUP
3.Medal kepada semua pemain
4.Top Scorer
5.Best Players Final
6.Best Gol Keeper Final
7.Most Valuable Players (setiap pasukan)

TUJUAN PROGRAM

1. Menjalinkan silaturahim dan mengeratkan hubungan antara Kelab/Akademi di Selangor

2. Memupuk nilai-nilai murni dan budaya bersukan di kalangan kanak-kanak dan remaja di Selangor

3. Satu platform untuk kanak-kanak dan remaja di Selangor mempamerkan bakat dan potensi masing-masing dalam sukan bola sepak

4. Membudayakan bersukan di dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Selangor

FORMAT PERTANDINGAN

U8/5s: YURAN RM500
10-1-10-1-10(3 Half)
5 Bermain/5 simpanan
Rolling substitute
No offside
Setiap Sabtu (10pg-12thr)

U10/7s: YURAN RM500
10-1-10-1-10
7 Bermain/7 simpanan
Rolling substitute
No offside
Setiap Sabtu (10pg-12thr)

U12/9s: YURAN RM700
15-5-15
9 Bermain/ 9 simpanan
Rolling substitute
Offside
Setiap Sabtu (10pg-12thr)

U14/11s:YURAN RM900
20-5-20
11 Bermain/8 simpanan
No Rolling substitute
Offside
Setiap Ahad(2ptg-6ptg)

PENUTUP

Diharapkan Liga BSA mampu menjadi pencetus kepada bakat-bakat muda Kelab/Akademi yang berpotensi untuk ditonjolkan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Peluang dan ruang yang diberi di dalam Liga BSA ini diharapkan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain Akademi/Kelab yang terlepas peluang ke AT atau PLD.

Mohd. Tarmizi Md. Ismail (Coach Mizi)
| Koordinator Liga Bola Sepak Shah Alam

SHAH ALAM SOCCERKIDS 2024 (9THN) SEMAKIN HAMPIRSHAH ALAM - Program pembangunan bola sepak akar umbi di Shah Alam diterus...
16/05/2024

SHAH ALAM SOCCERKIDS 2024 (9THN) SEMAKIN HAMPIR
SHAH ALAM - Program pembangunan bola sepak akar umbi di Shah Alam diteruskan dengan penganjuran Shah Alam Soccerkidz 2024 bawah 9 tahun oleh Mbsakidz pada 22 Mei 2024 di padang Wisma Mbsa Shah Alam.

Sebanyak 20 pasukan bakal menyertainya termasuk satu kelab dari Pahang dan Melaka. Sejumlah empat Piala dipertandingkan iaitu CHAMPION CUP, WINNERS CUP, CHALLENGE CUP dan PROUD CUP. Terdapat hadiah tambahan ditawarkan iaitu
Penjaring Terbanyak Kejohanan
Champion CUP : Pemain terbaik dan Penjaga gol Terbaik
Winners CUP : Pemain terbaik dan Penjaga gol Terbaik
Challenge CUP : Pemain terbaik dan Penjaga gol Terbaik
Proud CUP : Pemain terbaik dan Penjaga gol Terbaik

Sebanyak 4 padang akan dibuka. Perlawanan peringkat Liga akan bermula jam 08.30pg - 11.30pg dan seterusnya diikuti peringkat merebut CUP bermula 11.30pg - 01.30ptg.

Diharapkan semua pasukan dapat bermain dengan semangat kesukaan yang tinggi demi memertabatkan Bolasepak di peringkat yg tinggi. "RESPECT".

14/04/2024

*SHAH ALAM SOCCERKIDS 7S (2024)*
- *BAWAH 9 THN*
🗓️ 22 MEI 2024 /CUTI HARI WESAK
⏰ 8am - 2.00pm
🏟️ PDG WISMA MBSA SHAH ALAM

----------------------------------------
*FORMAT*
⚽ 7 Sebelah
⚽ 7-1-7 minit
⚽ 12 Pemain Daftar. *Seorang pemain AT Dibenarkan berada di atas padang*
⚽ Rolling Subs
⚽ Group Stage (A,B,C)
⚽ CUP Stage
Rank 1 Group (CHAMPIONS CUP)
Rank 2 Group (CHALENGES CUP)
Rank 3 Group (PROUD CUP)
-----------------------------------------
*HADIAH*
🏆 CHAMPIONS CUP
*Trofi + Medal*
🏆 RUNNER-UP
*Medal*
🏅 THIRD PLACE
*Medal*

🏆 CHALENGES CUP
*Trofi + Medal*
🏆 RUNNER-UP
*Medal*
🏅 THIRD PLACE
*Medal*

🏆 PROUD CUP
*Trofi + Medal*
🏆 RUNNER-UP
*Medal*
🏅 THIRD PLACE
*Medal*

----------------------------------------

*PENDAFTARAN*
YURAN: RM280 💰
DEPOSIT: RM100

*TARIKH TUTUP : 10 MEI 2024*

Bayaran boleh dibuat di Akaun:

*MAYBANK*
*162107254741*
(MOHD TARMIZI BIN MD ISMAIL)

Wassup slip bank ke
011 62686276(Coach MIZI)

TERHAD 15 PASUKAN SAHAJA :

1.MBSAKIDZ A
2.MBSAKIDZ B
3.MBSAKIDZ C
4.KBK KKB
5. ABTL PUTRAJAYA
6. ABTL DESA PINGGIRAN
7.RHINO YELLOW
8.RHINO BLUE
9. SRI PERMATA EAGLE
10. SRI PERMATA HAWK
11.SRI PERMATA DRAGON
12.
13.
14.
15.

SHAH ALAM SOCCERKIDS BWH 8 THN MEMBUKA TIRAI TAHUN 2024 Shah Alam - Produk ke 2 program Mbsakidz iaitu Shah Alam Soccerk...
15/03/2024

SHAH ALAM SOCCERKIDS BWH 8 THN MEMBUKA TIRAI TAHUN 2024
Shah Alam - Produk ke 2 program Mbsakidz iaitu Shah Alam Soccerkidz telah membuka tirainya pada 09 Mac 2024 dengan kategori 8 tahun.

Sebanyak 12 pasukan telah menyertainya dan telah dibahagikan kepada 3 kump**an. Format kejohanan ini adalah liga satu pusingan dan diikuti top 3 akan layak ke piala kejuaraan iaitu Champion CUP, Challenge CUP dan Proud CUP.

Juara Champion CUP telah dimenangi oleh Soccer Star diikuti WP JR dan Prestige FC. Pemain terbaik jatuh kepada pemain berjersi no 10 WP JR. Penjaga gol terbaik kejohanan diberikan kepada penjaga gol Soccer Star. Penjaring terbanyak p**a dimiliki oleh pemain no 9 Prestige FC.

Bagi kejuaraan 'Challenge Cup' p**a, juara dimenangi oleh HMK U8 manakala Naib Juara jatuh kepada Mbsakidz dan diikuti Sri Nilai FC. Pemain terbaik akhir dimenangi oleh pemain berjersi no 7 Mbsakidz.

Juara Proud Cup p**a telah dimenangi oleh Real Puchong FC dan naib juara p**a oleh DMYS FC dan tempat ketiga oleh Prince VILLE. Pemain terbaik akhir dimenangi oleh pemain berjersi no 89 Real Puchong FC.

Program Mbsakidz akan berehat seketika bagi menghormati Bulan Ramadan pada bulan Mac dan April dan akan bersambung semula pada bulan Mei.

KBK KKB JUARA PIALA SUPER LIGA BSA 2024 (BWH 12THN)Shah Alam - Perlawanan akhir di antara KBK KKB dan WP JR menyaksikan ...
08/03/2024

KBK KKB JUARA PIALA SUPER LIGA BSA 2024 (BWH 12THN)
Shah Alam - Perlawanan akhir di antara KBK KKB dan WP JR menyaksikan kemenangan berpihak kepada KBK KKB dengan penentuan kemenangan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 2-2 dalam permainan sepenuh masa.

Keputusan luar dugaan oleh WP JR menyaksikan mereka berjaya menundukkan Juara Liga Soccer Star dengan penentuan sepakan penalti di peringkat separuh akhir manakala KBK KKB berjaya mengalahkan KBRSA 3-0.Pemain terbaik perlawanan akhir diberikan kepada penjaga gol KBK KKB yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir WP JR seterusnya memberi kemenangan kpd KBK KKB.

Dalam Piala Primier p**a menyaksikan Mbsakidz B berjaya menundukkan Mbsakidz A dengan jaringan 5-0 di perlawanan akhir setelah menundukkan Prince VILLE 3-0 di peringkat separuh akhir. Mbsakidz A yang berjaya menundukkan New VETS 2-1 di separuh akhir gagal mengulangi kejayaan di peringkat kump**an menundukkan Mbsakidz A. Pemain terbaik perlawanan akhir diberikan kepada Zuhairi pemain Mbsakidz B.

Pihak penganjur Mbsakidz merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat sepanjang liga BSA berlangsung. Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan memuaskan hati.

PERLAWANAN AKHIR MEREBUT PIALA KEJUARAAN LIGA BSA 2024SHAH ALAM - Pertembungan merebut kejuaraan Piala SUPER dan PRIMIER...
01/03/2024

PERLAWANAN AKHIR MEREBUT PIALA KEJUARAAN LIGA BSA 2024

SHAH ALAM - Pertembungan merebut kejuaraan Piala SUPER dan PRIMIER bakal menyaksikan persaingan sengit pada Ahad ini. Pada tahun lepas, MBPJ berjaya menyapu bersih dua Piala yang dipertandingkan iaitu Piala Liga dan Piala SUPER dan apakah tahun ini Soccer Star bakal mengikut jejak mereka.

Menurut pengendali Soccer Star, En Rudy, beliau yakin semua pemainnya sudah bersedia untuk membawa p**ang Piala SUPER berdasarkan pencapaian dalam peringkat liga. "Tidak mustahil untuk Soccer Star melakukan 'Double Champions' kerana prestasi pemain saya berada dalam keadaan yang cukup baik" katanya. Manakala KKB KKB selaku Naib Juara Liga BSA 2024 beranggapan perlawanan merebut kejuaraan Piala ini amat berbeza dengan perlawanan liga kerana di peringkat ini hanya yang terbaik sahaja boleh memenangi perlawanan tersebut.

Bagi pengurus KBRSA En Kumar p**a, beliau berpendapat pasukannya sudah memiliki ramuan yang terbaik bagi menjulang piala SUPER walaupun di peringkat awal liga pemainnya belum mendapat rentak permainan tetapi 3 perlawanan terakhir mereka menyaksikan KBRSA sudah menunjukkan taring lebih-lebih lagi berjaya mengikat Soccer Star 2-2.

Bagi pasukan WP JR p**a, kejayaan memintas Mbsakidz A di saat akhir menggambarkan kekuatan sebenar mereka di peringkat Piala Kejuaraan ini. Mbsakidz A dan B yang mengalami kemerosotan di saat akhir perlawanan liga bersedia menebus kehampaan mereka di Piala kejuaraan ini. Peluang takkan datang ke 2 kali dan mereka semestinya tak mahu mempersiakan peluang tersebut. Begitu juga dengan Prince VILLE dan New VETS yang masih berusaha mempamerkan permainan mereka bagi mematikan tanggapan bahawa mereka pasukan yang lemah.

Hadiah sampingan telah ditawarkan dalam program ini iaitu Pemain Terbaik AKHIR PIALA SUPER dan PRIMIER serta Pemain Paling Bernilai untuk setiap pasukan. Bagi anugerah PENJARING TERBANYAK liga BSA 2024 jatuh kepada Muhammad Faris Naim Suhaimi dengan 14 gol daripada SOCCER STAR.

Ayuh bagi sokongan kepada pasukan masing-masing

SOCCER STAR UNGGULI LIGA BOLASEPAK SHAH ALAM 2024 BAWAH 12 TAHUNSHAH ALAM - Kemenangan Soccer Star ke atas Prince VILLE ...
26/02/2024

SOCCER STAR UNGGULI LIGA BOLASEPAK SHAH ALAM 2024 BAWAH 12 TAHUN

SHAH ALAM - Kemenangan Soccer Star ke atas Prince VILLE 8-0 dalam perlawanan terakhir Liga BSA 2024 petang semalam menobatkan mereka sebagai Juara Liga BSA 2024 bawah 12 tahun bagi tahun 2024. Soccer Star yang hanya memerlukan Seri sahaja memandangkan pencabar terdekat mereka KBK KKB perlukan kemenangan bagi memintas mereka bermula garang dengan ledakan demi ledakan oleh penyerang berjersi no 10 mereka. Kekalahan mengejut KBK KKB di tangan WP JR 0-1 memudahkan lagi Soccer Star dalam perebutan kejuaraan Piala Liga.

Keputusan perlawanan semalam juga menyaksikan empat pasukan yang berada di tangga teratas liga layak bertanding Piala SUPER iaitu SOCCER STAR, KBK KKB, KBRSA dan WP JR manakala pasukan yang berada di tangga ke 5-8 layak bertanding untuk Piala PRIMIER iaitu MBSAKIDZ A & B, PRINCE VILLE dan NEW VETS. Semua perlawanan akan diadakan pada 3 Mac 2024(Ahad) di padang Wisma MBSA Shah Alam jam 3 petang.

Menurut Urusetia Liga BSA 2024 (Bwh 12 thn) En Jamal Mohammed, beliau menjangkakan perlawanan merebut Piala SUPER dan PRIMIER dijangka lebih menarik memandangkan semua pasukan sudah berpeluang bertemu sesama mereka di peringkat liga dan ini akan memberi peluang kepada semua pasukan menganalisis perlawanan pihak lawan masing - masing.

PIALA SUPER
SOCCER STAR VS WP JR
KBK KKB VS KBRSA

PIALA PRIMIER
MBSAKIDZ A VS NEW VETS
MBSAKIDZ B VS PRINCE VILLE

Ayuh bagi sokongan kepada pasukan masing - masing

LIGA BSA 2024 (BWH 12THN) SEMAKIN MENUJU KE KEMUNCAKNYAShah Alam - Perlawanan terakhir Liga BSA 2024 yang melibatkan sem...
23/02/2024

LIGA BSA 2024 (BWH 12THN) SEMAKIN MENUJU KE KEMUNCAKNYA

Shah Alam - Perlawanan terakhir Liga BSA 2024 yang melibatkan semua pasukan pada 25 Feb 2024 Ahad ini bakal menoktahkan Juara Piala Liga BSA 2024 (Bwh 12 thn). Soccer Star begitu bergaya masih berada di tangga teratas liga setelah memperolehi 4 mata hasil kemenangan dengan Mbsakidz A (5-1) dan Seri dengan KBRSA (2-2). KBK KKB masih mengikuti rapat di tangga ke 2 setelah berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Mbsakidz B manakala KBRSA berjaya melonjakkan diri di tangga ke 3 setelah menang ke atas New Vets 2-0 dan Mbsakidz B 3-1 serta Seri 1-1 dengan Soccer Star.

Mbsakidz A dan B masing2x menduduki tangga ke 4 & 5 setelah gagal memperolehi sebarang mata Sabtu lepas apabila Mbsakidz A tewas 1-5 dengan Soccer Star manakala Mbsakidz B tewas dengan KBK KKB (1-2) dan KBRSA (1-3).Situasi ini memberi peluang kepada WP JR dan Prince Ville yang masing2x masih mengikuti rapat di tangga ke 6 dan 7 setelah Prince VILLE berjaya menundukkan WP JR (1-0).New Vets tetap mengekori rapat di tangga ke 8 dan mengintai memintas untuk baki 2 perlawanan terakhir.

Ayuh, bagi sokongan kepada pasukan masing2x...

SOCCER STAR MASIH MENGUNGGULI CARTA LIGA BSA 2024 (B12 THN)Shah Alam - Liga BSA 2024 telah masuk minggu ke 2 menyaksikan...
06/02/2024

SOCCER STAR MASIH MENGUNGGULI CARTA LIGA BSA 2024 (B12 THN)
Shah Alam - Liga BSA 2024 telah masuk minggu ke 2 menyaksikan SOCCER STAR berjaya mengekalkan kedudukan mereka teratas setelah memenangi 2 perlawanan iaitu menewaskan MBSAKIDZ B 6-3 dan KBK KKB 2-0 pada Ahad lepas.

Ini sekaligus mencerahkan harapan mereka menjuarai Piala Liga BSA 2024. Hanya baki 3 perlawanan sahaja sebelum mengesahkan kejuaraan mereka kali ini. Mbsakidz B mengalami 2 kekalahan berturut-turut iaitu dengan SOCCER STAR 3-6 dan Mbsakidz A 2-4 manakala Mbsakidz A p**a walaupun kalah dengan KBK KKB 0-1 tetapi berjaya menundukkan Mbsakidz B 4-2.

Kemenangan KBK KKB ke atas Mbsakidz A 1-0 walaupun tewas 0-2 dengan SOCCER STAR meletakkan diri mereka di tangga ke 2 di belakang SOCCER STAR sambil diikuti rapat oleh Mbsakidz A dan B.

Kemenangan WP JR ke atas NEW VETS 3-0 dan terikat dengan KBRSA 0-0 meletakkan mereka di tangga ke 5 sambil diikuti rapat oleh KBRSA yang berjaya menundukkan Prince VILLE 2-1 walaupun Seri dengan WP JR 0-0.Kemengan pertama New VETS ke atas Prince VILLE 2-1 meletakkan mereka di tangga ke 7 sekaligus Prince VILLE berada di tangga ke 8.

Perlawanan liga akan berhenti rehat sekejap minggu ni kerana memberi laluan kepada Chinese New Year dan akan bersambung semula pada 17.02.2024.

Address

Shah Alam

Telephone

+601162686276

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liga Bola Sepak Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share