ScrumCore Rugby Club

ScrumCore Rugby Club ScrumCore Rugby Club est on 2024.

Scrumcore RC merupakan sebuah kelab pembangunan bakat yang memberikan fokus sepenuhnya kepada penguasaan kemahiran asas dan semangat kesukanan dalam kategori Ragbi Rimau bawah 12 tahun (12TKB) di Negeri Sarawak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perkongsian ini dibuat sebagai rekod rasmi dan rujukan buat semua pihak yang bersama...
16/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perkongsian ini dibuat sebagai rekod rasmi dan rujukan buat semua pihak yang bersama-sama mendokong Scrumcore Rugby Club.

Untuk makluman bersama, setiap sesi latihan yang dijalankan di kelab ini adalah berpandukan kelayakan yang sah. Sijil Introduction to Coaching with Activate (Level 1 15s) daripada Kesatuan Ragbi Malaysia (Malaysia Rugby) telah disempurnakan pada November 2025 yang lalu bertempat di Riverside Majestic Kuching.

Tujuan makluman ini dikongsikan adalah bagi memberikan kepastian dan keyakinan kepada semua pihak mengenai :

• Standard Latihan : Setiap modul yang diterapkan dijalankan mengikut garis panduan standard yang ditetapkan oleh badan induk ragbi negara.

• Aspek Keselamatan : Penekanan khusus diberikan melalui program Activate bagi memastikan keselamatan, teknik sentuhan, dan persediaan fizikal pemain sentiasa diutamakan.

Diharapkan dengan adanya landasan ilmu yang betul ini, program pembangunan ragbi yang kita usahakan bersama di Scrumcore RC dapat berjalan dengan lebih teratur dan selamat demi kebaikan pemain.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan kepada Scrumcore RC selama ini.

Sekian, terima kasih.
Mohammad Izat Amir bin Sadi
Jurulatih Scrumcore RC




15/05/2026
TAHNIAH & SYABAS kepada 2 orang pemain ScrumCore Rugby Club ; 1. Adryan Ignatius anak Raimy (winger / outside prop)2. Fa...
15/05/2026

TAHNIAH & SYABAS kepada 2 orang pemain ScrumCore Rugby Club ;

1. Adryan Ignatius anak Raimy (winger / outside prop)
2. Faris Muhammad bin Fairul (scrum half / stand off)

Kerana telah terpilih mewakili Negeri Sarawak dalam Kejohanan Ragbi Peringkat MSS Malaysia 2026 bertempat di Ipoh, Perak pada 6 hingga 13 Jun 2026.

Kesempatan dan peluang ini sangat berharga buat semua pemain dan jurulatih dalam Pembangunan Sukan Ragbi di SKBR khasnya.

Carry the spirit of Sarawak in every step and run with the pride of the Ngap Sayot! Play with the strength of a warrior and the heart of a team; make Sarawak proud on the rugby pitch! You’ve earned the jersey, now own the game. Give it your all for the state and the sport you love. Unleash the spirit of the Hornbill on the field play hard, play fair, and leave everything on the grass!!

3,,4!! SCRUMCORE !!!

Pelaporan Program Pembangunan Ragbi Rimau Sekolah Kebangsaan Balai Ringin 2025-2026 1. JOHAN - Kejohanan Pemilihan Ragbi...
12/05/2026

Pelaporan Program Pembangunan Ragbi Rimau Sekolah Kebangsaan Balai Ringin 2025-2026

1. JOHAN - Kejohanan Pemilihan Ragbi Rimau 12tkb Peringkat Zon Kedup Balai Ringin 2026

2. JOHAN - Kejohanan Pembangunan Ragbi Rimau 3.0 MSS Bahagian Serian 2026

3. JOHAN - Kejohanan Ragbi Rimau 12tkb Peringkat MSS Bahagian Serian 2026
+ Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan

4. NAIB JOHAN - Kejohanan Ragbi 12tkb Peringkat MSS Sarawak 2026

ScrumCore RC registered ✔️Kalah itu pasti, menang satu bonus. Yg penting kta beri saingan hebat utk rakan2 tanda respect...
09/05/2026

ScrumCore RC registered ✔️

Kalah itu pasti, menang satu bonus. Yg penting kta beri saingan hebat utk rakan2 tanda respect dan sportmanship 💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻

There is no time to waste. Come on boys! Ada 3 bulan utk prepare team.. 🏉

NAIB JOHAN CUP Kejohanan Ragbi 12tkb MSS Sarawak 2026 Bukan pingat emas yang menjadi ukuran mutlak, tetapi saiz "hati" d...
08/05/2026

NAIB JOHAN CUP

Kejohanan Ragbi 12tkb MSS Sarawak 2026

Bukan pingat emas yang menjadi ukuran mutlak, tetapi saiz "hati" dan keberanian yang anak-anak ini pamerkan di atas padang.

Tewas di perlawanan akhir hanyalah satu persinggahan. No. 2 di Sarawak tetap satu pencapaian luar biasa daripada ratusan pemain di luar sana. We'll never stop, akan teruss memberi saingan hebat kepada semua pasukan ragbi MSSB di Sarawak. 💪🏻🏉

Terima kasih kepada 3 org pemain ScrumCore RC yg mewakili pasukan MSSB Serian ke Peringkat Negeri kali ini ;

1. Faris Muhammad bin Fairul (Scrum half)
2. Adryan Ignatius anak Raimy (Wing)
3. Carlostine Aying anak Alastair Sandom (Outside prop)

3,,4!! ScrumCore !!

What a game ! Alhamdulillah mara ke final esok setelah berjaya menundukkan pasukan Miri 💪🏻💪🏻8 Mei 2026 - MSSB Serian vs ...
07/05/2026

What a game ! Alhamdulillah mara ke final esok setelah berjaya menundukkan pasukan Miri 💪🏻💪🏻

8 Mei 2026 - MSSB Serian vs MSSB Samarahan - Final Kejohanan Ragbi 12tkb MSS Sarawak 2026 - UPM, Bintulu.

Serian vs Samarahan

Kta jumpa esok!

Tamat peringkat kumpulan. Rezeki tidak memihak kepada kita ketika bertemu Samarahan tadi. Tapi misi utama tetap diterusk...
06/05/2026

Tamat peringkat kumpulan. Rezeki tidak memihak kepada kita ketika bertemu Samarahan tadi. Tapi misi utama tetap diteruskan! 👊

Jumpa di Semi Final esok lawan Miri. Masa untuk perbaiki apa yang kurang dan berikan 200% komitmen di atas padang. Pantang menyerah sebelum wisel penamat! 💯✨

Address

Serian
94700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ScrumCore Rugby Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share