24/08/2026
'Yang menang diraikan, yang kalah menjelaskan'.. DARIPADA 12 EMAS YANG DIPERTANDINGKAN, SATU EMAS BERJAYA DIBAWA PULANG KE NEGERI SEMBILAN.
Tahniah buat Abdul Muaz atas kejayaan meraih emas dalam kategori 48kg. Kemenangan ini bukan datang dengan mudah. Ia dibina daripada latihan yang panjang, pengorbanan, disiplin, keberanian dan semangat juang yang tidak mengenal penat.
'Yang menang meraikan, yang kalah menjelaskan.' Tetapi bagi kita, yang kalah tidak perlu menjelaskan apa-apa. Yang kalah kita kuatkan!!
Mereka sudah menjelaskan segalanya di atas ring. Melalui setiap tumbukan, setiap tendangan, setiap siku dan lutut, mereka telah memberikan apa yang mereka ada. Mereka telah berjuang untuk nama Negeri Sembilan dan mereka telah berdiri dengan berani apabila tiba waktunya untuk bertarung.
Menang kita raikan.
Kalah kita hormati.
Kerana pingat hanya mencatat keputusan, tetapi perjuangan mencatat maruah seorang atlet.
Buat atlet yang belum berjaya, jangan tundukkan kepala. Pulanglah dengan pengalaman, bukan dengan rasa kecewa. Ambil setiap kekurangan sebagai pelajaran dan jadikan kekalahan hari ini sebagai alasan untuk kembali lebih kuat.
Hari ini mungkin bukan hari kalian.
Dan, perjuangan kalian belum berakhir.
Kepada Abdul Muaz, raikanlah kemenangan ini dengan rendah hati. Emas ini adalah hasil perjuanganmu dan satu kebanggaan buat Negeri Sembilan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan seperjuangan untuk terus mengejar impian.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan seluruh penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan doa, sokongan dan kekuatan kepada para atlet.
Hari ini kita bukan hanya membawa pulang satu emas, tetapi kita pulang dengan sesuatu yang lebih besar.. Kita pulang dengan semangat untuk bangkit.
Seorang juara bukan hanya dinilai ketika dia menang, tetapi dikenali melalui cara dia bangkit setelah tewas.
Dan setiap pejuang Negeri Sembilan, kita banggakan. Kita akan berdiri bersama mereka yang belum berjaya.
Kerana dalam perjuangan ini, kita tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Terus semangat untuk athlete muaythai Negeri Sembilan!!