SMAP Legends OB Rugby

SMAP Legends OB Rugby Kelab Ragbi Alumni SMAP, Labu, N9 Walaupun menghadapi kekurangan sumber, semangat tekad dan persaudaraan membantu pasukan ini berkembang.

*Sejarah Pasukan Ragbi SMAP Legends*
Pasukan Ragbi SMAP Legends, yang pada asalnya dikenali sebagai Al-Angkaboot pada awal 1990-an, mempunyai sejarah yang kaya dan penuh dengan semangat, persahabatan, dan kesukanan. Perjalanan pasukan ini bermula pada awal 1990-an di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, yang mana Cikgu Yusof B Yaakob berhasrat untuk mewujudkan pasukan ragbi persis ketik

a beliau bertugas di Sabah. Selanjutnya idea ini disambut oleh sekumpulan pelajar yang ketika itu penuh bersemangat telah membentuk pasukan ragbi yang diberi nama Al-Angkaboot, yang diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud "labah-labah." Nama ini melambangkan kesatuan dan hubungan erat antara ahli pasukan, seperti jalinan sarang labah-labah yang mencerminkan ikatan dan kerja berpasukan mereka. Menariknya, *SMAP Labu Al-Angkaboot menjadi Sekolah Menengah Agama pertama di Negeri Sembilanโ€”dan kemungkinan besar sekolah agama pertama di Malaysiaโ€”yang menubuhkan pasukan ragbi*, menjadi contoh perintis untuk sekolah-sekolah lain. Pencapaian ini menunjukkan keterbukaan sukan ragbi dan membantu memperkenalkan permainan ini kepada pelajar sekolah agama, mempromosikan kerjasama, disiplin, dan persahabatan dalam komuniti baharu.
*Era Al-Angkaboot (1990-an)*
Pada awal penubuhannya, Al-Angkaboot membina reputasi sebagai pasukan yang kompetitif, mendapat pengiktirafan dalam kejohanan sekolah . Asas pasukan Al-Angkaboot diperkuat dengan sokongan besar daripada jurulatih, Cikgu Yusof Yaakob yang memimpin pasukan dari tahun 1989 hingga 1992, menanamkan nilai disiplin dan kerjasama yang membentuk identiti pasukan. Nama "Al-Angkaboot" ketika itu diilhamkan oleh pemimpin pelajar dan beliau juga salah seorang ahli awal pasukan iaitu saudara Fuad Osman yang melambangkan kekuatan dan kesatuan yang terjalin dalam pasukan tersebut. Mereka dikenali kerana identiti unik mereka, menggabungkan kepantasan fizikal dengan sikap rendah hati dan semangat berpasukan. Komitmen pasukan terhadap kecemerlangan menjadikan mereka sebagai pasukan yang dikenali , terutamanya di peringkat remaja dan sekolah. Di bawah panji Al-Angkaboot, mereka mula mengembangkan gaya permainan tersendiri yang dicirikan oleh kepantasan, kelincahan, dan permainan strategik. Era ini juga menyaksikan pembentukan tradisi dan nilai yang kukuh seperti disiplin, hormat, dan dedikasiโ€”prinsip yang terus bertahan sehingga kini.
*Penjenamaan Semula kepada SMAP Legends (2000)*
Pada awal tahun 2000-an, kepimpinan baru pasukan memutuskan untuk menjenamakan semula nama bagi mencerminkan identiti dan pengalaman baharu masing-masing sebelum ini.Pasukan ini kemudian mengambil nama SMAP Legends pada tahun 2000, membuka lembaran baharu dalam sejarah mereka. Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan nama tetapi mencerminkan hasrat pasukan untuk menghormati legasi mereka sambil memperluaskan pengaruhnya. Jurulatih Cikgu Johari mengambil alih pasukan SMAP Legends dari tahun 2000 hingga 2014, suatu tempoh yang menyaksikan pasukan ini semakin kukuh dalam komuniti ragbi. Nama "Legends" melambangkan dedikasi alumni terhadap sukan ragbi dan aspirasi untuk mencipta legasi yang berkekalan. Penjenamaan semula ini juga menandakan peralihan pasukan daripada pasukan sekolah semata-mata kepada kelab yang dipacu alumni, membolehkan bekas pelajar dan pemain baharu menyertai pasukan.
*Era Baharu dan Pertumbuhan Berterusan (2007-Kini)*
Pada tahun 2007, Jurulatih Cikgu Sharif menyertai pasukan dan terus setia hingga hari ini. Kepimpinan dan dedikasinya memperkukuhkan asas pasukan serta membantu membina budaya disiplin dan kecemerlangan yang kuat. Jaringan alumni pasukan semakin berkembang, dengan ramai bekas pemain menyumbang kepada pembangunan ragbi di Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih. SMAP Legends menjadi lambang budaya ragbi yang kaya dalam komuniti SMAP, dengan pemain dari pelbagai generasi bersatu untuk mengekalkan tradisi pasukan. Pada tahun 2018, Jurulatih Raihan dan pembantu coach Rashid (sehingga Ogos 2018) menyertai pasukan sebagai jurulatih dengan tajaan daripada IKMAL (Persatuan Alumni SMAP Labu). Kehadiran mereka menandakan titik perubahan, membawa strategi baharu dan semangat yang diperbaharui. Kemudian di bawah bimbingan Jurulatih Raihan, pasukan mencapai pelbagai kejayaan dan terus berkembang dengan kekuatan dan reputasi yang meningkat. Sumbangan beliau telah menjadi faktor utama dalam membawa SMAP Legends ke tahap yang lebih tinggi hingga ke hari ini. Pada tahun 2024, SMAP Legends menyambut kehadiran ahli penting: Cikgu Azwan, kapten semasa pasukan ragbi 7 sebelah Malaysia. Penglibatannya membawa pengalaman dan kepimpinan yang hebat, memberi inspirasi kepada pemain muda dan memperkukuhkan komitmen pasukan terhadap kecemerlangan sukan dan pembangunan peribadi.
*Legasi dan Inspirasi*
SMAP Legends dihormati dalam komuniti ragbi kerana dedikasinya terhadap kejayaan sukan dan pembangunan karakter. Perjalanan pasukan dari Al-Angkaboot ke SMAP Legends adalah bukti kepada kekuatan sukan untuk mewujudkan ikatan yang berkekalan dan membentuk individu menjadi pemimpin, di dalam dan di luar padang. Hari ini, SMAP Legends kekal sebagai sebuah institusi yang membanggakan, dengan legasi yang terus memberi inspirasi kepada pemain ragbi muda dari SMAP dan luar. Sejarah pasukan ini adalah satu sambutan terhadap semangat, ketekunan, dan jiwa ragbi, membuka jalan bagi generasi akan datang untuk meneruskan tradisi kecemerlangan dan kesukanan.

**Nota Kaki**
Sumber maklumat ini disediakan berdasarkan temubual pengurusan pasukan alumni bersama Cikgu Yusof dan Cikgu Johari berkenaan sejarah penubuhan pasukan dan liku-liku cabaran sepanjang penubuhan.

25/02/2026

Jemputan Menyumbang Video Tazkirah Ramadan IKMAL x SKR 2026

Assalamualaikum wrt wbt,

Tuan puan para alumni yang dirahmati Allah SWT,

Mari sama-sama kita meriahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan menyumbangkan ilmu, nasihat dan pesan kebaikan melalui slot Tazkirah Ramadan IKMAL x SKR 2026.

Butiran penyertaan:

๐ŸŽฅ Rakaman Video
ยท Durasi: 1 minit sahaja
ยท Format: Landscape (mendatar)

๐Ÿ“ Topik
Berkaitan Ramadan (kelebihan, amalan, ibadah, atau refleksi Ramadan)

๐Ÿ“ค Penghantaran
Hantar video + gambar profil (untuk poster) kepada Saudara Fairuz melalui:
โ–ถ๏ธ Telegram: bit.ly/troifs
๐Ÿ“ฑ WhatsApp: wa.me/60126357220 (untuk pertanyaan)

๐Ÿ“† Tarikh akhir
Sabtu, 07hb Mac 2026 sebelum jam 12.00 tengah hari

๐Ÿ“ฑ Siaran
Video akan diedit dan disiarkan di platform media sosial rasmi IKMAL sepanjang Ramadan, insya-Allah.

Satu batch, satu sumbangan video tazkirah. Mari jadikan ini sebagai peluang kita berkongsi manfaat dan mengeratkan silaturahim sesama warga alumni dan masyarakat.

Jazakumullahu khairan atas sokongan dan sumbangan tuan puan. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dengan ukhuwah dan perkongsian kita bersama.

Sekretariat Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

25/02/2026
20/02/2026

Tazkirah dari Presiden Alumni SMAP Labu - Ikmal (Official)

19/02/2026

Jemputan Menjadi Rakan Kebaikan Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

Assalamualaikum wrt wbt.

Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,

Kami dengan penuh sukacita menjemput tuan puan untuk bersama menjadi Rakan Kebaikan bagi menjayakan Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026.

Sekiranya pihak tuan puan berminat untuk menaja mana-mana pakej tajaan atau terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami via WhatsApp di:

wa.me/60122491538 (Jannah)

wa.me/60123391105 (Haiyan)

Jazakumullahu khairan kami rakamkan.

Sekretariat Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

19/02/2026

100 Sukarelawan Diperlukan bagi Program SKR di SMAP, Labu

Assalamualaikum wrt wbt.

Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,

100 sukarelawan diperlukan bagi Program Semarak Kasih Ramadan di SMAP, Labu pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 14hb Mac 2026 (Sabtu)
๐Ÿซ Tempat: SMAP, Labu
๐Ÿ•˜ Waktu: 8.00 pagi hingga 10.30 malam

โœ… 60 sukarelawan Program Jom Shopping bersama Murid Asnaf & Anak Yatim (8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari)

โœ… 20 sukarelawan bagi Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Murid Tingkatan 5 (2.00 petang hingga 3.30 petang)

โœ… Sukarelawan Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu (4.00 petang hingga 7.00 malam)

Berminat untuk dapatkan maklumat lanjut dan daftar sebagai Sukarelawan SKR 2026?

Jemput berbuat demikian di bit.ly/volskr26

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

๐Ÿ“ฒ Amir di wa.me/60136502903
๐Ÿ“ฒ Balqis di wa.me/60136879418

Jazakumullahu khairan kami dahulukan.

Sekretariat Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

19/02/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Alhamdulillah. Selamat datang wahai Ramadan. Selamat berpuasa buat kita semua; hamba Allah SWT yang beriman. Bertemu dan berpisah kita dengan Ramadan; moga terjahit pakaian takwa, moga istiqamah dengan amal soleh, moga bertambah iman, beroleh keampunan-Nya.

Ramadan Kareem dan selamat berpuasa buat semua Muslimin dan Muslimat yang direzekikan Allah SWT bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Moga Ramadan ini kita hargai, syukuri dan semarakkan dengan memberi; kebaikan, pesanan nasihat, sedekah dan ukhuwah kerana-Nya.

Moga terhapus akhlak mazmumah dalam diri kita dan dihiasi keindahan akhlak Rasulullah SAW seperti indahnya kalamullah al-Quran pada amalan serta perwatakan kita sehari-hari. Amin.

P/s: Tetaplah antara yang paling indah; hiasan gugusan bintang di dataran SMAP, Labu waktu solat tarawih berjemaah, bukan? Mari leraikan rindu dengan mendaftarkan diri ke Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu pada hari Sabtu, 14/03/2026 di bit.ly/miaskr2026. ๐ŸŒ™โœจ

Ikhlas daripada:
Persatuan Alumni SMAP Labu (IKMAL)

12/02/2026

Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu bersempena Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

Assalamualaikum wrt wbt.

Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,

Mari kita bersama-sama menyemarakkan Ramadan dengan berkongsi kebaikan, ukhuwah dan sedekah. ๐Ÿ’

Tahun ini, Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu menjadi platform utama untuk kita mengeratkan ikatan silaturahim serta menyokong usaha kebaikan.

Sertai kami dalam Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Sabtu, 14hb Mac 2026
๐Ÿ•” 5.00 petang hingga 10.30 malam
โœ… Bayaran pendaftaran:
- RM 50/pax (bagi yang berumur 31 tahun dan ke atas)
- โ Percuma (bagi yang berumur 30 tahun dan ke bawah)
๐Ÿ“Œ Daftar segera sebelum tarikh akhi, Sabtu, 28/02/2026 di:

โ–ถ๏ธ bit.ly/miaskr2026

**Tajaan bagi bekas guru juga sangat kami alu-alukan dan boleh berbuat demikian dalam borang pendaftaran di atas.

***Kehadiran adalah berdasarkan pendaftaran sahaja dan tiada walk in dibenarkan agar dapat memudahkan pengurusan pihak sekretariat sepanjang majlis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ฑ Azreen wa.me/60192418111
๐Ÿ“ฑ Balqis wa.me/6013679418

Jazakumullahu khairan kami dahulukan.

Sekretariat Semarak Kasih Ramadan 2026

07/02/2026
Ayuh!
07/02/2026

Ayuh!

Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu bersempena Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) 2026

Assalamualaikum wrt wbt.

Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,

Mari kita bersama-sama menyemarakkan Ramadan dengan berkongsi kebaikan, ukhuwah dan sedekah. ๐Ÿ’

Tahun ini, Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu menjadi platform utama untuk kita mengeratkan ikatan silaturahim serta menyokong usaha kebaikan.

Sertai kami dalam Majlis Iftar Amal di SMAP, Labu pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Sabtu, 14hb Mac 2026
๐Ÿ•” 5.00 petang hingga 10.30 malam
โœ… Bayaran pendaftaran:
- RM 50/pax (bagi yang berumur 31 tahun dan ke atas)
- โ Percuma (bagi yang berumur 30 tahun dan ke bawah)
๐Ÿ“Œ Daftar segera sebelum tarikh akhi, Sabtu, 28/02/2026 di:

โ–ถ๏ธ bit.ly/miaskr2026

**Tajaan bagi bekas guru juga sangat kami alu-alukan dan boleh berbuat demikian dalam borang pendaftaran di atas.

***Kehadiran adalah berdasarkan pendaftaran sahaja dan tiada walk in dibenarkan agar dapat memudahkan pengurusan pihak sekretariat sepanjang majlis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿ“ฑ Azreen wa.me/60192418111
๐Ÿ“ฑ Balqis wa.me/6013679418

Jazakumullahu khairan kami dahulukan.

Sekretariat Semarak Kasih Ramadan 2026

ุงู•ู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆ ุงู•ู†ุง ู„ู„ู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†.ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡.
04/10/2025

ุงู•ู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆ ุงู•ู†ุง ู„ู„ู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡.

Address

KM 11, Jalan Labu
Seremban
71900

Telephone

+60129973159

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMAP Legends OB Rugby posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SMAP Legends OB Rugby:

Share