20/06/2026
๐ก๐๐ช ๐๐๐ก๐-๐จ๐ฃ ๐๐ก๐ก๐ข๐จ๐ก๐๐๐ ๐๐ก๐ง ๐ฅ
Dalam usaha memperkukuhkan lagi Divisi PUBG Mobile, Top Secret FAM Esports memperkenalkan empat line-up baharu yang akan menjadi sebahagian daripada perkembangan organisasi pada masa akan datang.
โ๏ธ TSF Black Wings โ Secondary Team
๐ TSF Vanguard โ Academy Team
๐ฅ TSF Phantom โ Community Team
๐ TSF Legacy โ Veterans Team
TSF Ready 2 Kill (R2K) masih kekal sebagai salah satu line-up aktif di bawah TSF Esports, namun disebabkan kekangan jumlah pemain, pihak organisasi mengambil langkah proaktif untuk tidak bergantung kepada satu line-up sahaja.
Penubuhan beberapa line-up baharu ini merupakan usaha untuk memperkukuh struktur pasukan serta memastikan kesinambungan prestasi dalam jangka masa panjang. Ia juga membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pemain untuk berkembang dalam ekosistem TSF Esports. ๐ค๐ค
TUJUAN & MAKSUD SETIAP LINE-UP TSF ESPORTS ๐ฅ
Setiap line-up diwujudkan dengan peranan dan fokus tersendiri bagi membina laluan pembangunan pemain yang lebih tersusun dan profesional.
โ๏ธ TSF Black Wings (Secondary Team)
Pasukan sokongan utama yang menghimpunkan pemain hampir ke tahap kompetitif tertinggi serta menjadi backup pool untuk kejohanan rasmi.
๐ TSF Vanguard (Academy Team)
Platform pembangunan pemain baharu yang memberi fokus kepada asas permainan, disiplin, komunikasi dan pengalaman scrim.
๐ฅ TSF Phantom (Community Team)
Line-up untuk bakat komuniti, memberi peluang kepada pemain casual/semi-competitive merasai pengalaman dalam organisasi esports sebenar.
๐ TSF Legacy (Veterans Team)
Diketuai pemain berpengalaman yang berperanan sebagai mentor dalam aspek strategi, pengalaman dan mental game.
Dengan struktur ini, TSF Esports berharap dapat membina laluan jelas dari komuniti hingga ke peringkat kompetitif tertinggi. ๐ฅ๐ค๐ค