16/12/2025
Latihan bolasepak bukan sekadar main bola.
Latihan yang betul, dengan drill yang betul, akan membina pemain dari usia muda dengan asas yang kuat.
Di Soccer Ace Bandar Teknologi Kajang, setiap drill disusun mengikut peringkat umur dan tahap perkembangan pemain.
⚽️ Bawah 8 Tahun (U8)
Fasa awal untuk membina minat dan keseronokan terhadap bolasepak.
- Drill fokus kepada:
—Kawalan bola asas seperti sentuhan, dribble dan henti bola
—Koordinasi badan dan keseimbangan
—Keyakinan diri ketika bermain
Latihan dibuat secara santai dan menyeronokkan supaya pemain belajar tanpa tekanan.
Hasilnya, pemain lebih aktif, fokus dan mempunyai asas bolasepak yang betul.
⚽️ Bawah 10 Tahun (U10)
Fasa membina kemahiran dan kefahaman permainan.
-Drill fokus kepada:
—Passing dan receiving yang kemas
—Dribble dalam ruang sempit
—Positioning asas dan kerja berpas**an
Latihan lebih mencabar untuk meningkatkan teknik dan disiplin pemain.
Hasilnya, pemain lebih yakin membuat keputusan, tidak panik bila menguasai bola dan mula bermain sebagai satu pas**an.
⚽️Bawah 14 Tahun (U14)
Fasa persediaan ke arah permainan yang lebih kompetitif.
-Drill fokus kepada:
—Kawalan bola, kelajuan dan ketangkasan
—Kefahaman taktikal dan situasi permainan
—Pembentukan mentaliti disiplin dan fokus
Latihan disusun bagi menyediakan pemain untuk perlawanan dan kejohanan sebenar.
Hasilnya, pemain lebih matang, memahami permainan dan bersedia bersaing di peringkat lebih tinggi.
Drill yang konsisten akan membentuk pemain yang progresif. Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa asas yang betul.
-Soccer Ace Bandar Teknologi Kajang-
Membina pemain dari usia muda, bukan sekadar pandai bermain, tetapi memahami permainan.
Untuk maklumat kelas dan pendaftaran, sila PM atau hubungi:
+60 19-280 2817 (Nazrul)