Kelab Generasi Muda Bukit Tunggal

Kelab Generasi Muda Bukit Tunggal "AMANAH DAH BERKUALITI"

11/01/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada salah seorang ahli KGMBT, En Hj Mohammed Bin Hj Abidin telah kembali ke rahmatullah . Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Rabu 10/01/2024, Warga KGMBT mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Terima kasih juga buat ahli KGMBT dan warga Kampung Bukit Tunggal, Johor dari awal hingga akhir menguruskan proses pengebumian jenazah.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dari Bukit Tunggal ke SSI  2023!Selamat Pagi Bangsa Juara hihi. Awal lagi masih tak ...
13/12/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari Bukit Tunggal ke SSI 2023!

Selamat Pagi Bangsa Juara hihi. Awal lagi masih tak boleh nak move on.

Untuk posting kali ini min sertakan sedikit gambar semasa Trip perlawanan ACL ke Stadium Sultan Ibrahim.

Ribuan Terima Kasih kami ucapkan kepada semua warga Bukit Tunggal yang ke perlawanan Acl semalam. Alhamdulilah segala kepenatan kita semua dari awal pagi dibalas dengan kemenangan inginkan.

Kami seluruh ahli jawatankuasa KGMBT ingin memohon maaf sekiranya terdapat segala kekurangan,tutur kata,perbuatan dan sebagainya yang tanpa kami sedari.🙏🏻❤️💙



30/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan Encik Mansur Bin Soyot telah kembali ke rahmatullah . Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini, 30 November 2023, Khamis, Warga KGMBT mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Terima kasih juga buat ahli KGMBT dan warga Kampung Bukit Tunggal, Johor dari awal hingga akhir menguruskan proses pengebumian jenazah.



Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hairina Abdullah (Bonda) Mantan Guru Besar ...
05/11/2023

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hairina Abdullah (Bonda) Mantan Guru Besar S.K Bukit Tunggal atas jasa berbakti dan sumbangan kepada anak-anak di kampung Bukit Tunggal Khususnya.

Sudah adat bertemu,
Tentu ada perpisahannya
Sudah adat berjumpa,
Tentu ada nokhtah perhentiannya

Kalau diturutkan hati
Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi
Tapi apakan daya…..
Sudah tersurat dari ilahi

Pertemuan kita hanya setakat ini…
Oleh itu janganlah ianya diratapi….
Apa yang lebih penting…
Hubungan sillaturahim akan terus kekal abadi

Dari kami warga KGMBT memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa . Sudilah kiranya menerima sedikit buah tangan dari kami KGMBT buat kenang-kengangan.





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah selesai perlawanan persahabatan di antara BUKIT TUNGGAL FC VS MUAFAKA...
03/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah selesai perlawanan persahabatan di antara BUKIT TUNGGAL FC VS MUAFAKAT YAYASAN FC pada malam ini. Terima kasih pada semua anak2 muda KGMBT yang berjaya meluangkan masa bersama2 dalam perlawan persahabatan ini. Terima kasih juga pada coach Mohd Arsyad Mohd Dah yang bertanggungjawab menguruskan pasukan pada malam ini.

Sekian terima kasih.




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah selesai perlawanan persahabatan di antara BUKIT TUNGGAL FC VS GEMAS F...
30/09/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah selesai perlawanan persahabatan di antara BUKIT TUNGGAL FC VS GEMAS FC pada petang ini. Keputusan penuh perlawanan BTFC(2)-(2) Gemas FC.

Sekian terima kasih.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Kami dengan rendah hati mengajak sek...
27/09/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Kami dengan rendah hati mengajak sekalian para muslimin dan musliman untuk turut bersalawat ke atas junjungan kita sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah selesai Kejohanan Bola sepak 7 sebelah Tertutup Bukit Tunggal 2023 An...
16/09/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah selesai Kejohanan Bola sepak 7 sebelah Tertutup Bukit Tunggal 2023 Anjuran Kelab Generasi Muda Bukit Tunggal dan Sk Bukit Tunggal Jementah. Terima kasih dan tahniah kepada semua belia serta vateran kampung Bukit Tunggal yang telah menjaya kan pertandingan ni. Anda semua memang luar biasa.

kami memohon kemaafan kepada semua jika ade kekurangan sepanjang pertandingan berlansung.

sekali lagi TERIMA KASIH SEMUA.




SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾Hari Malaysia diraikan pada setiap 16 September bagi memperingati penubuhan Malaysia yang berlak...
15/09/2023

SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

Hari Malaysia diraikan pada setiap 16 September bagi memperingati penubuhan Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963. Pada hari ini, Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) serta Sabah dan Sarawak bersatu untuk membentuk negara Malaysia.

Semoga kita terus menjaga warisan perpaduan dan keharmonian serta berusaha untuk memajukan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia 🇲🇾



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makluman Kepada Peminat Sukan Bola Sepak  kampung Bukit Tunggal,Pada Tarikh : 16/09...
15/09/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman Kepada Peminat Sukan Bola Sepak kampung Bukit Tunggal,

Pada Tarikh : 16/09/2023 [Sabtu]
Masa. : 8.00 Pagi
Tempat : Padang Sk Bukit Tunggal

Jemputan kepada warga Bukit Tunggal bagi KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP BUKIT TUNGGAL 2023



Address

Segamat

Telephone

+60177453536

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Generasi Muda Bukit Tunggal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category