Kelab Sukan & Rekreasi Stesen Penyelidikan MPOB Sarawak Zon 2

Kelab Sukan & Rekreasi Stesen Penyelidikan MPOB Sarawak Zon 2 Memaparkan perkembangan semasa aktiviti Kelab Sukan & Rekreasi Stesen Penyelidikan MPOB Sessang

12/07/2025

Sekitar Program Tanam Pokok Hutan di Koridor Hijau Ladang Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang dirasmikan oleh Ketua Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Dr Mohd Arfan bin Johari. Program turut dihadiri oleh Penyelaras Penyelidikan, Pn Bettycopa Amit, Pengurus Ladang, En Irman Fareez Kadir dan anggota yang bertugas di Stesen Penyelidikan MPOB Sessang.

πŸ“’ **HARI TERBUKA MPOB 2025Sempena Ulang Tahun ke-25 MPOB**πŸ“… Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2025πŸ•— Masa: 8:00 pagi – 1:30 petangπŸ“ L...
05/07/2025

πŸ“’ **HARI TERBUKA MPOB 2025
Sempena Ulang Tahun ke-25 MPOB**

πŸ“… Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2025
πŸ•— Masa: 8:00 pagi – 1:30 petang
πŸ“ Lokasi: Stesen Penyelidikan MPOB Sessang

πŸŽ‰ Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Hari Terbuka MPOB dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga:

🎣 Fiesta Joran (Mancing)
⭐️ Anyam ketupat & Selorot
🎨 Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
🏹 Slingshot fiesta (Lastik)
🎯 Pertandingan Dart
🎲 MPOB Mini Fun Games
🌴 Pameran Sawit & Inovasi Penyelidikan

🎁 Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para peserta & pengunjung!
βœ… Kemasukan adalah PERCUMA

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali lebih dekat dunia penyelidikan sawit sambil berhibur bersama keluarga dan komuniti.

πŸ“Œ Sebarkan kepada rakan-rakan & keluarga. Jumpa anda di sana!

Pendaftaran Penuh!Kami mohon maaf, penyertaan untuk Sawit Run 2.5km telah ditutup kerana had maksimum peserta (200 orang...
12/06/2025

Pendaftaran Penuh!
Kami mohon maaf, penyertaan untuk Sawit Run 2.5km telah ditutup kerana had maksimum peserta (200 orang) telah dipenuhi.

Terima kasih diatas sokongan semua.πŸ™πŸ™

Jumpa anda di garisan mula!

Sekitar Program Penanaman Pokok Buah Buahan di kawasan Stesen Penyelidikan MPOB Sessang. Program dihadiri oleh Ketua Ste...
11/04/2025

Sekitar Program Penanaman Pokok Buah Buahan di kawasan Stesen Penyelidikan MPOB Sessang. Program dihadiri oleh Ketua Stesen Penyelidikan MPOB Sessang merangkap Penasihat KSSM Sarawak Zon 2, Dr Mohamad Arfan Johari, Pengerusi KSSM Sarawak Zon 2, En Jeffery Mos, Pengurus Ladang, En Irman Fareez Kadir serta anggota MPOB dan PHK yang berkhidmat di Stesen Penyelidikan MPOB Sessang.

Sekitar Program Majlis Kesyukuran Anugerah Stesen Penyelidikan MPOB Terbaik tahun 2024 di Stesen Penyelidikan MPOB Sessa...
18/01/2025

Sekitar Program Majlis Kesyukuran Anugerah Stesen Penyelidikan MPOB Terbaik tahun 2024 di Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Sarawak. Disamping itu, Majlis Perpisahan Anggota MPOB Stesen yang akan bersara (En. Jeaperi Baduei) dan meletak jawatan (Tn. Hj. Zulfaika Mohamad) turut diadakan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Stesen, YBrs. Dr. Mohamad Arfan bin Johari, Penyelaras Penyelidikan Stesen, Pn. Bettycopa Amit, Pengerusi KSSM Stesen, En. Jeffery Mos, anggota stesen, pekerja harian bekalan kontrak (PHBK) dan kontraktor yang turut memainkan peranan dalam kejayaan Stesen.

Majlis diserikan dengan Pertandingan Stall Tercantik, Microphone Challenge, dan King & Queen Majlis. Ucapan syabas ditujukan kepada JK Penganjuran Majlis dan anggota yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis.

Pada 2 November 2024, telah berlangsung Program Sukaneka MPOB H.E.B.A.T KSSM Sarawak Zon 2 di Kingwood Resort Mukah. Pad...
10/11/2024

Pada 2 November 2024, telah berlangsung Program Sukaneka MPOB H.E.B.A.T KSSM Sarawak Zon 2 di Kingwood Resort Mukah. Pada malam hari, majlis makan malam bertemakan 'Anime & Movie Night' turut diadakan. Acara ini disertai anggota MPOB dari Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Pejabat Cawangan Mukah, Sibu, Sarikei dan juga Betong.

Acara diserikan dengan kehadiran Penasihat KSSM Sarawak Zon 2, Dr. Mohamad Arfan Johari, yang juga merupakan Ketua Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, En. Jeffery Mos (Pengerusi, KSSM Sarawak Zon 2) dan Ketua Pejabat MPOB Cawangan Mukah, Sibu, Sarikei, dan Betong.

Terima kasih kepada AJK KSSM Sarawak Zon 2 dan juga anggota MPOB Sarawak Zon 2 dan keluarga yang bersama-sama menjayakan penganjuran program.

Sehingga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Oooohaaaa!!!

Sekitar lawatan Ketua Pengarah MPOB, YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmata...
04/03/2024

Sekitar lawatan Ketua Pengarah MPOB, YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Dr. Ramle Moslim ke Ladang Stesen Penyelidikan MPOB Sessang dan Kompleks Pejabat Penyelidikan MPOB Sessang pada 3/3/2024 (Ahad) dan 4/3/2024 (Isnin).

Rombongan diiringi oleh Ketua Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Dr. Mohamad Arfan Johari, Pengurus Ladang, En. Irman Fareez Kadir, dan Penyelaras Penyelidikan, Pn. Bettycopa Amit.

Pada 6/2/2024 telah berlangsung Mesyuarat Kelab Sukan dan Sosial MPOB Sessang dengan tujuan perlantikan AJK Induk Baru s...
06/02/2024

Pada 6/2/2024 telah berlangsung Mesyuarat Kelab Sukan dan Sosial MPOB Sessang dengan tujuan perlantikan AJK Induk Baru serta pembubaran AJK Induk yang telah menjalankan khidmat yang cemerlang bagi sesi 2020/2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Penasihat KSSM MPOB Sessang, Dr. Mohamad Arfan Johari dan turut dihadiri oleh kakitangan MPOB dari Zon 2 (Pejabat Cawangan Betong, Sarikei dan Sibu).

Tahniah diucapkan kepada En Jeffery Mos (Pengerusi) Pn Bettycopa Amit (Naib Pengerusi), En Leom Tatom (Timbalan Pengerusi) dan juga AJK Induk atas lantikan ini.

Terima kasih juga buat En Rosman (Pengerusi), En Jonathan Anderson (Timbalan Pengerusi) dan juga AJK Induk yang telah menjalankan tugas yang cemerlang.

Sebahagian daripada kakitangan Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang sama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1445H...
28/09/2023

Sebahagian daripada kakitangan Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang sama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 di Saratok, Sarawak. Kontinjen ini disertai oleh seramai 29 kakitangan stesen yang berarak sejauh 5.02km yang bermula di Pentas Utama Sri Kalaka Saratok berakhir di Masjid Al-Muhtadin Saratok.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Sekitar Majlis Iftar Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang telah diadakan pada 12/4/2023. Majlis telah diserikan dengan ...
11/04/2023

Sekitar Majlis Iftar Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang telah diadakan pada 12/4/2023. Majlis telah diserikan dengan kehadiran pelajar pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz Saratok, yang memimpin bacaan yasiin dan tahlil bersama sama kakitangan Stesen. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Stesen Penyelidikan MPOB Sessang, Dr Mohamad Arfan Johari dan Pengerusi KSSM MPOB Sessang, En Mohamad Rosman Sulaiman. Sekaling penghargaan buat semua kakitangan yang turut sama memeriahkan majlis tersebut. Semoga majlis seumpamanya dapat dianjurkan lagi di masa hadapan.

- AJK Sosial KSSM MPOB Sessang

Address

Stesen Penyelidikan MPOB Sessang Kompleks MPOB Jalan Saratok/Roban Lama Peti Surat 69
Saratok
95407

Telephone

+6083436252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Rekreasi Stesen Penyelidikan MPOB Sarawak Zon 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Sukan & Rekreasi Stesen Penyelidikan MPOB Sarawak Zon 2:

Share