18/08/2025
Pada 17 Ogos 2025, Kelab Bola Sepak Malaq akan menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan dan Sukaneka di Padang SK Paris 3, Kinabatangan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari. Program akan bermula seawal 7.30 pagi dengan pelancaran rasmi diikuti Liga Tertutup 7S KBSM. Seterusnya, suasana akan lebih meriah dengan acara sukaneka melibatkan ibu bapa seperti lari dalam guni, isi air dalam botol, pancing botol, sarung berangkai dan boling kelapa. Pada sebelah tengah hari, sesi cabutan bertuah akan diadakan sebelum diteruskan dengan sukaneka untuk ahli KBSM kategori U8 hingga U16 termasuk acara lari bawa bola dalam sudu, tiup tepung, bola sepit dan larian 100 meter. Menjelang petang, peserta akan dihiburkan dengan persembahan karaoke, diikuti cabutan bertuah sesi kedua, dan program akan ditutup secara rasmi pada jam 4.30 petang.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
On 17 August 2025, the Malaq Football Club will organize the Independence Month Program and Fun Sports Day at SK Paris 3 Field, Kinabatangan with various exciting activities throughout the day. The program will start as early as 7.30 AM with the official launch, followed by the KBSM 7S Closed League. The atmosphere will then be enlivened with fun games for parents such as sack race, water filling in bottles, bottle fishing, relay dressing, and coconut bowling. At noon, a lucky draw session will take place before continuing with fun games for KBSM members in categories U8 to U16, including spoon-and-ball race, flour blowing, clip-ball game, and 100-meter sprints. In the afternoon, participants will be entertained with a karaoke session, followed by the second lucky draw, and the program will officially conclude at 4.30 PM.