NADI Bukit Besar

Website Contact the business

NADI Bukit Besar ICT Services and Training

22/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

NADI SIHAT, NADI CERGAS! 🩺✨Pada 18 September 2026, warga NADI daripada Kluster Yan, Kuala Muda dan Kulim telah bersama-s...
22/09/2026

NADI SIHAT, NADI CERGAS! 🩺✨
Pada 18 September 2026, warga NADI daripada Kluster Yan, Kuala Muda dan Kulim telah bersama-sama menyertai Bengkel Latihan Fizikal NADI Wellbeing & Program REACH Saringan Kesihatan Negeri Kedah yang berlangsung di NADI PPR Paya Nahu.
Pelbagai aktiviti dan sesi yang dijalankan memberi peluang kepada warga NADI untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta mengetahui tahap kesihatan diri melalui saringan kesihatan yang disediakan.
💚 Kesihatan diri adalah aset penting dalam memastikan kita terus bertenaga dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program ini! Semoga terus kekal aktif, sihat dan ceria. 😊🙌
Jaga kesihatan, tingkatkan kecergasan, terus berbakti kepada komuniti!

22/09/2026
Penutupan sementara operasi NADI Bukit Besar pada 16 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia🎊
15/09/2026

Penutupan sementara operasi NADI Bukit Besar pada 16 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia🎊

Penutupan sementara NADI sempena Cuti Hari Kebangsaan Malaysia 2026 🎊
30/08/2026

Penutupan sementara NADI sempena Cuti Hari Kebangsaan Malaysia 2026 🎊

Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 bersama petugas-petugas NADI Bukit Besar dan komuniti setempat yang diadakan di ...
29/08/2026

Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 bersama petugas-petugas NADI Bukit Besar dan komuniti setempat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar pada 29 Ogos 2026. ☺️

Jemput semua harini untuk memeriahkn senamrobik di SK Bukit Besar anjuran NADI Bukit Besar. Bersama cipta rekod MALAYSIA...
28/08/2026

Jemput semua harini untuk memeriahkn senamrobik di SK Bukit Besar anjuran NADI Bukit Besar. Bersama cipta rekod MALAYSIA BOOK OF RECORDS senamrobik serentak bersama 1099 cawangan NADI di semenanjung dan sabah sarawak😃

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI BUKIT BESAR SEMPENA CUTI UMUM MAULIDUR RASUL PADA 25 OGOS 2026.
24/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA NADI BUKIT BESAR SEMPENA CUTI UMUM MAULIDUR RASUL PADA 25 OGOS 2026.

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
14/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Tuan/Puan,JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNE...
14/08/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Dewan Badminton, Kompleks Sukan Langkawi

3. Sehubungan dengan itu, pihak MCMC Negeri Kedah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan sekeluarga dapar hadir menyertai karnival komuniti tersebut.

4. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada seluruh warga agensi dan komuniti bagi memeriahkan karnival ini. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bukit Besar, No. 2, Lot 9314, Jalan Baru Bukit Besar, Kota Sarang Semut
Sala Besar
06800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Bukit Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Bukit Besar:

Shortcuts

Share