15/08/2026
MINIT CURAI MESYUARAT PENYELARASAN LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026 – STAGE 6
Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Rembau
Pengerusi: Pegawai Daerah (D.O.), Rembau
Tujuan: Mesyuarat penyelarasan dan pembentangan perancangan pelaksanaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026, khususnya bagi Stage 6 yang melibatkan Pekan Rembau sebagai lokasi penamat.
1. Kehadiran Wakil Ghombau Cycling Club (GCC)
1. Encik Zaidi – Presiden
2. Encik Izzat Aiman – Setiausaha
3. Encik Abdullah Rezal –Bendahari
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada agensi dan pihak berkepentingan berkaitan, antaranya:
- Majlis Daerah Rembau
- Le Tour de Langkawi (LTDL)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
- SAINS
- Serta agensi-agensi berkaitan yang lain.
2. Tujuan Mesyuarat
Mesyuarat diadakan bagi membentangkan dan menyelaras perancangan pelaksanaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026 Stage 6, termasuk laluan perlumbaan, lokasi penamat, penggunaan kawasan sekitar Pekan Rembau serta peranan dan keperluan kerjasama daripada agensi-agensi yang terlibat.
Ghombau Cycling Club (GCC) telah dijemput sebagai wakil komuniti/rider tempatan bagi memberikan pandangan dan input berkaitan keadaan laluan serta aspek yang berkaitan dengan komuniti berbasikal setempat.
3. Pembentangan dan Perbincangan
3.1 Maklumat Acara
Mesyuarat dimaklumkan bahawa:
- Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
- Stage: Stage 6 Le Tour de Langkawi 2026
- Lokasi penamat: Pekan Rembau
- Lokasi garisan penamat: Di kawasan berhampiran Majlis Daerah Rembau
- Anggaran masa penamat: Sekitar jam 11.00 pagi.
3.2 Laluan dan Pengurusan Acara
Pihak penganjur membentangkan cadangan laluan perlumbaan serta kawasan-kawasan yang akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan acara.
Peranan dan keperluan kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan turut dibincangkan, termasuk aspek:
- Kawalan dan pengurusan trafik;
- Keselamatan peserta dan orang awam;
- Pengurusan laluan perlumbaan;
- Keperluan marshal dan sukarelawan;
- Kemudahan serta peralatan berkaitan;
- Aktiviti sampingan dan persembahan;
- Penglibatan komuniti setempat; dan
- Keperluan lain berkaitan kelancaran penganjuran acara.
3.3 Pandangan Ghombau Cycling Club
Presiden Ghombau Cycling Club, Encik Zaidi, telah memberikan pandangan dan input berdasarkan perspektif komuniti serta rider tempatan.
Beliau memaklumkan bahawa laluan yang dicadangkan berpotensi menyebabkan kesesakan lalu lintas, mengambil kira beberapa faktor seperti:
1. Laluan yang digunakan merupakan antara laluan utama penduduk Rembau untuk menuju ke Pekan Rembau bagi urusan harian;
2. Acara berlangsung pada hari Jumaat;
3. Waktu penamat perlumbaan adalah hampir dengan waktu tengah hari; dan
4. Keadaan tersebut turut mengambil kira waktu murid sekolah pulang, yang berpotensi meningkatkan jumlah trafik di kawasan berkenaan.
Pandangan tersebut dikemukakan sebagai input daripada komuniti/rider tempatan untuk pertimbangan pihak penganjur dan agensi berkaitan dalam penyelarasan laluan serta pengurusan trafik.
4. Maklum Balas dan Perkara Dipersetujui
Hasil perbincangan, perkara-perkara berikut telah dimaklumkan:
- Pihak Le Tour de Langkawi (LTDL) mengambil maklum pandangan dan kekangan yang dibangkitkan, khususnya berkaitan keadaan trafik, waktu persekolahan dan penggunaan laluan oleh penduduk setempat.
- Agensi-agensi berkaitan termasuk PDRM, RELA, JKR, KKM, PPD, Jabatan Bomba dan Penyelamat, TNB, JPJ dan agensi lain yang terlibat mengambil maklum keperluan masing-masing serta menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran penganjuran acara.
- Pihak LTDL akan memaklumkan kepada pihak-pihak berkaitan sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap perancangan, laluan, masa atau perkara berkaitan dari semasa ke semasa.
5. Peranan Ghombau Cycling Club
Mesyuarat mengambil maklum bahawa penyertaan Ghombau Cycling Club dalam mesyuarat ini adalah sebagai wakil komuniti/rider tempatan untuk memberikan input dan pandangan berkaitan laluan serta keadaan setempat.
Tiada sebarang tugasan, tanggungjawab operasi, komitmen kewangan atau peruntukan khusus diberikan kepada Ghombau Cycling Club dalam mesyuarat ini.
6. Tindakan Susulan
Tiada tindakan susulan khusus diperlukan daripada Ghombau Cycling Club pada masa ini.
Sebarang perkembangan atau perubahan berkaitan perancangan acara akan dimaklumkan oleh pihak penganjur/agensi berkaitan dari semasa ke semasa.
7. Perkara Untuk Dibawa Ke Mesyuarat AJK GCC
Tiada.
Mesyuarat tidak melibatkan sebarang keputusan atau komitmen yang memerlukan kelulusan lanjut daripada Jawatankuasa Ghombau Cycling Club pada masa ini.
Disediakan oleh :
Mohd Izzat Aiman Tajuddin
Setiausaha
Ghombau Cycling Club
Tarikh: 14 Ogos 2026
📸 : Abdullah Rezal