MaxSpin Sports

  • Home
  • MaxSpin Sports

MaxSpin Sports MaxSpin is a proudly Malaysian-made ping pong rubber cleaner, specially formulated to rejuvenate elasticity and maintain superior grip.

Designed for competitive players, MaxSpin delivers lasting performance, satisfaction, and confidence in every game.

Salam Ramadhan al-Mubarak kepada para jaguh ping pong sekalian.Selepas menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirny...
01/03/2026

Salam Ramadhan al-Mubarak kepada para jaguh ping pong sekalian.

Selepas menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya MaxSpin Sports berjaya melancarkan MaxSpin HP Glue secara rasminya pada 15/2/2026 di Scorpions Table Tennis Championship, Kg Rantau.

Hari ni, 1 Mac 2026 p**a, MaxSpin HP Glue secara rasminya dijual di Shopee.

Dapatkan MaxSpin HP Glue dan MaxSpin Rubber Cleaner Pro Kit di: https://my.shp.ee/bgVBhuAm

Cara guna MaxSpin HP Glue:
1. Sapu 1 lapisan nipis MaxSpin HP Glue ke sponge getah dan blade.
2. Biarkan lapisan glue kering sepenuhnya.
3. Sapu 1 lapisan MaxSpin HP Glue ke sponge getah (dan blade, jika perlu) sekali lagi.
4. Pastikan lapisan glue di sponge getah lebih tebal dari lapisan glue di blade.
5. Selepas lapisan glue kering sepenuhnya, lekatkan getah ke blade dan kenakan tekanan rata ke atas setup tersebut selama 10 minit.

*Untuk kesan yang lebih baik, pastikan blade anda sudah disapu water-based wood sealant. Personally, saya guna wood sealant berjenama WOODKARE (rujuk gambar kedua di bawah).
*Jika blade anda tidak mempunyai lapisan sealant, ada kemungkinan bila anda sapu glue, glue akan meresap masuk ke blade sehingga menyebabkan lapisan glue susah ditanggalkan.
*Pastikan glue kering sepenuhnya, tapi tidak sampai meruap, sebelum tampal getah ke blade. Kalau dah meruap, kena sapu glue sekali lagi.
*Jangan sapu glue di tempat yang berdebu atau terlalu panas.

16/02/2026

Video dan dibuat dan sedang di-edit. In shaa Allah, esok kita akan publish untuk rujukan semua pengguna MaxSpin HP Glue.
Stay tuned! 😁

16/02/2026

In shaa Allah, malam ni, MaxSpin Sports akan buat video pendek tentang cara glue getah ping pong yang terbaik untuk MaxSpin HP Glue.
Stay tuned! 😁

14/02/2026

Assalamualaikum, semua.

Jangan lupa temujanji kita esok (15 Februari 2026) pada jam 8 pagi hingga 4 petang di Kompleks Sukan Komuniti Rantau, Negeri Sembilan.

Esok, MaxSpin HP Glue akan dijual secara rasminya di pasaran bersama MaxSpin Clean dan MaxSpin Refresh.

5 pembeli produk MaxSpin yang terawal akan dapat menikmati diskaun istimewa untuk setiap pembelian.

Khidmat re-glue, deep cleaning dan boosting untuk getah ping pong anda juga akan disediakan pada kadar yang berpatutan.

Jumpa esok ya 😊

09/02/2026

Jom cabut getah yang dilekat ke blade Paduka Kinabalu ni menggunakan MaxSpin HP Glue

Alhamdulillah, prosesa testing MaxSpin HP Glue dah sampai ke fasa terakhir. Proses manufacturing glue ni akan bermula esok, in shaa Allah.

MaxSpin Sports akan memperkenalkan MaxSpin HP Glue ke pasaran pada 15 Februari 2026 di Kompleks Sukan Komuniti Rantau, in shaa Allah.

Hari ni, kita testing prototype MaxSpin HP Glue yang ke-3. Ada 7 getah dan 4 blade yang terlibat dalam uji kaji ni iaitu...
21/01/2026

Hari ni, kita testing prototype MaxSpin HP Glue yang ke-3.

Ada 7 getah dan 4 blade yang terlibat dalam uji kaji ni iaitu:

Getah
- Yinhe Moxa Young OX
- Saviga 27 (soft sponge 1.0mm)
- Dr Neubauer Grizzly (sponge anti 1.0mm)
- DHS Hurricane 3 (medium hard sponge, 38°, 2.2mm)
- Sanwei Target National 2 (cake sponge)
- Butterfly Dignics 09C (X Sponge, 2.1mm)
- 729 Battle 2 National (hard sponge, 39°, 2.1mm)

Blades
- Paduka Kinabalu Championship Edition
- Paduka Bisai Black Carbon Special
- Donic Burn Carbotox
- Kokutaku Mermaid (all-wood)

Alhamdulillah, berbanding prototype 2, masa pengeringan improve mendadak dengan lekatan yang lebih kuat.

In shaa Allah, malam ni kita boleh test grip dia sambil sparring di Bayu Apartment Table Tennis Club -BATT CLUB.

Jumaat nanti, kita tengok sama ada ia senang untuk dicabut seperti prototype 2 atau sebaliknya.

Later, guys. Assalamualaikum 🫰🏻




15/01/2026
Seperti yang dijanjikan, malam ni nak tunjuk moment kita tanggalkan gam dari getah.Cuma tak sangka moment tu tiba awal d...
14/01/2026

Seperti yang dijanjikan, malam ni nak tunjuk moment kita tanggalkan gam dari getah.

Cuma tak sangka moment tu tiba awal dari jangkaan.

Masa sparring tadi, elok-elok getah depan belakang terseret kat meja dan terkopek sikit. Jadi kita kira cabut terus je la.

Plan asal nak amek video, tapi takde videographer yang available..sorry la ya. Tapi saksi kejadian ni ramai memandangkan lokasi kejadian pun di Bayu Apartment Table Tennis Club -BATT CLUB.

Kalau tengok kat gambar, tu la hasilnya bila kita cabut getah dari blade.

Lapisan glue tu tertanggal sekeping ala-ala facial mask gitu.

Kalau tengok kat sponge getah tu pun tak ada apa-apa kesan rekahan baru ataupun cebisan sponge yang tercabut.

Alhamdulillah, kita boleh simpulkan bahawa prototype ke-2 MaxSpin HP Glue ni dah 90% berjaya. Kena improve sikit je lagi sebelum boleh dimasukkan ke pasaran. 😊

In shaa Allah kita akan usahakan untuk launch MaxSpin HP Glue (HP = High Performance) tak lama lagi.

Stay tune...

P/s: siapa nak test MaxSpin Rubber Cleaner dan prototype MaxSpin HP Glue, boleh datang ke Bayu Apartment TTC, Damansara Damai ya

MaxSpin Clean dan MaxSpin Refresh adalah 2 kombinasi penting yang semua player ping pong kena ada.Bila main ping pong, g...
13/01/2026

MaxSpin Clean dan MaxSpin Refresh adalah 2 kombinasi penting yang semua player ping pong kena ada.

Bila main ping pong, getah ping pong kita akan serap segala peluh, minyak dan habuk.

Lama-kelamaan, kotoran yang diserap tu akan membuatkan pori getah tu tersumbat.

Apa kesannya?

Getah akan hilang/berkurang sifat elastiknya dan lekitannya.

Senang cerita, getah jadi keras dan tak grip.

Bila cuci dengan air atau sebahagian cleaner lain, yang dicuci hanyalah permukaan getah sahaja.

Sesetengah cleaner lain p**a mengandungi kandungan alkohol yang tinggi.
Alkohol adalah komponen yang penting dalam rubber cleaners, tapi kandungan alkohol yang tinggi dan pekat akan menghakis getah.

Apa solusinya?

MaxSpin Clean dicipta khas untuk mengeluarkan segala kotoran di permukaan getah sehingga ke porinya.

Sebab tu awal-awal kita guna MaxSpin, bagi sesetengah orang, permukaan getah akan jadi berminyak dan berhabuk. Tu la minyak dan habuk terkumpul dalam getah tu.

MaxSpin Refresh p**a dicipta dengan formula khas untuk melambatkan hakisan dan me"refresh" getah ke keadaan asalnya iaitu tacky dan grippy.

Jom try guna MaxSpin. Pasti akan puas hati. 😊

Dapatkan set kombo MaxSpin Pro Kit di:

Shopee MaxSpin Sports:
https://my.shp.ee/H8vQkfV

TikTok Shop MaxSpin Sports:
https://vt.tiktok.com/ZSHspJ6tTfj4H-Du7zk/

Atau dari pengedar rasmi kami:

TikTok Shop Tajin.MaxSpin
https://vt.tiktok.com/ZSUgy3rqm/?page=TikTokShop

LG Sports Trading, Jalan Loke Yiew, KL
https://my.shp.ee/FU5MZu5

Ashraf Kacak Trading, Batu Caves, Selangor
FB: Ashraf Kacak Trading Kedai Ping Pong 1 Malaysia

Project terbaru MaxSpin Team MaxSpin kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan high performance glue untuk melekatkan ...
13/01/2026

Project terbaru MaxSpin

Team MaxSpin kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan high performance glue untuk melekatkan getah ping pong ke blade.

Setakat ini, results yang terhasil adalah sangat memuaskan.

In shaa Allah, malam esok, kita akan share sebahagian hasil penggunaan MaxSpin HP Glue yang menjadikannya pilihan yang terbaik untuk getah ping pong anda.

Follow dan Like page MaxSpin Sports.

WTS NITTAKU HINO BLADE 5.22Setup C-pen profesional untuk dijual pada harga Jackpot!Lokasi: Sungai Buloh - DamansaraBlade...
03/01/2026

WTS NITTAKU HINO BLADE 5.22
Setup C-pen profesional untuk dijual pada harga Jackpot!

Lokasi: Sungai Buloh - Damansara

Blade: Nittaku Hino Blade 5.22 (Offensive)
FH: Donic BlueGrip C2
BH: Air Upupupup U5 (Long Pimple)

Kondisi: Excellent 9.9/10, baru guna 2 sesi

Harga set: RM580 (negotiable)
Free Gift: Rubber Protector Nittaku + Voucher diskaun MaxSpin Pro Kit bernilai RM10

Harga individu:
- Nittaku Hino Blade 5.22: RM420 (asal RM470)
- Donic BlueGrip C2: RM160 (asal RM180)
- Air Upupupup U5: RM20 (asal RM40)

Jika berminat, hubungi: https://www.wasap.my/601126069225/HinoBladeC2

LP Air Upupupup U5 ialah getah long pimple yang yang sederhana keras dan mudah dikawal. Mempunyai sweet spot yang besar untuk melakukan passive block, moving block, chop block dan push.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MaxSpin Sports posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share