Southern KV

Southern KV Southern KV merupakan sebuah kelab yang aktif dalam membangunkan budaya sukan dan rekreasi secara sihat dalam komuniti.

Kelab ini berperanan sebagai platform penyatuan ahli melalui pelbagai aktiviti sukan, riadah dan kemasyarakatan

Alhamdulillah
10/08/2026

Alhamdulillah

Orang Lain Kalah, Kita yang berdarah. Piala Hyundai ASEAN: Panas! Insiden pergaduhan luar Stadium Cheras cetus kontrover...
09/08/2026

Orang Lain Kalah, Kita yang berdarah.

Piala Hyundai ASEAN: Panas! Insiden pergaduhan luar Stadium Cheras cetus kontroversi

Situasi bertukar tegang di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas tamat perlawanan Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN antara Malaysia dan Filipina malam tadi.

Menurut hantaran di media sosial, difahamkan ia pergaduhan daripada beberapa kumpulan penyokong tempatan dengan masing-masing melakukan provokasi melampau sehingga pertumpahan darah berlaku.

P/S - Kereta President Southern KV terletak berhampiran tempat kejadian, Alhamdulillah tiada apa2 berlaku.

Berita dari Stadium Astro

Aston Villa Boleh Tuntut Waranti Tak?Baru harungi pramusim, tapi ramai dah tak puas hati dengan beliau!Selepas mengharun...
07/08/2026

Aston Villa Boleh Tuntut Waranti Tak?

Baru harungi pramusim, tapi ramai dah tak puas hati dengan beliau!

Selepas mengharungi beberapa perlawanan pramusim, Aston Villa dilihat masih sedang menyesuaikan diri dengan Unai Emery sering membuat beberapa rombakan dalam kalangan para pemain.

Tampil selaku juara Europa League, sudah tentu ramai melihat Aston Villa bagi saingan musim 2026/2027 selaku salah satu pasukan tumpuan dengan sentuhan Unai terus dikekalkan.

Selain itu, beberapa muka baharu seperti Joao Gomes, Johan Manzambi, dan Alejandro Garnacho juga dianggap sangat penting dalam memperkukuhkan lagi pasukan berkenaan di pentas domestik dan antarabangsa.

Sehingga kini, mereka sudah pun mengharungi beberapa perlawanan di Eropah dan turut membuat siri jelajah Asia Tenggara untuk menguji kekuatan semasa daripada segi taktikal dan para pemain.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara kurang disenangi para penyokong sepanjang melihat Aston Villa mengharungi saingan pramusim tersebut dengan salah satunya melibatkan pemain ini, Alejandro Garnacho.

Tiada impak positif daripada Garnacho

Garnacho dibawa masuk Aston Villa menerusi pinjaman dilakukan kelab tersebut daripada Chelsea untuk tempoh satu musim penuh, dengan membawa pelbagai jangkaan dalam kalangan peminat.

Dalam dua aksi pramusim ini, pemain serangan Argentina itu gagal memberikan sebarang impak yang positif ketika bertemu Pilihan Indonesia dan BG Pathum (Thailand), daripada segi sumbangan gol.

Malah, tular video di media sosial kini menunjukkan salah satu hantaran sia-sia yang dilakukan oleh Garnacho gagal untuk dibaca oleh mana-mana rakan sepasukan di atas padang.

Pemain tersebut juga tidak beraksi penuh, kerana dinyatakan mengalami kecederaan sebelum digantikan oleh George Hemmings pada penghujung separuh masa pertama perlawanan.

Malah, setiap gerakannya dilihat kurang lincah dan beberapa kali berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan yang hanya beraksi di saingan Asia Tenggara sahaja.

Peminat gusar dengan Garnacho
Timbul persoalan dalam kalangan penyokong kelab tersebut, jika kelab berkenaan membuat keputusan yang salah ketika menandatangani khidmat bekas tonggak Manchester United itu untuk saingan akan datang.

Umum mengetahui, Garnacho gagal memberikan impak yang bagus sejak beberapa musim ini, termasuk ketika mewakili Chelsea pada saingan musim lalu di beberapa kejohanan.

Pada saingan musim lalu menyaksikan Garnacho hanya mampu menyumbang 12 gol sahaja daripada 43 penampilan bersama The Blues dalam semua kejohanan disertai kelab tersebut, termasuk saingan UEFA Champions League.

Malah, Garnacho bukanlah pilihan utama kelab, dengan hanya beliau diberi peluang di kesebelasan terbaik dalam 22 perlawanan sahaja, selain diketepikan di bangku simpanan serta faktor kecederaan.

Ketika ramai melihat beliau selaku salah satu pemain muda terbaik meningkat naik, pada usia 22 tahun kini Garnacho dilihat sukar untuk membuktikan keupayaanya dalam saingan peringkat tertinggi.

Dari - semuanyabola

Selepas dominasi kancah Albania, bekas pemain Kosovo mahu lakar sejarah bersama SelangorArbenit Xhemajli dari Kosovo men...
06/08/2026

Selepas dominasi kancah Albania, bekas pemain Kosovo mahu lakar sejarah bersama Selangor

Arbenit Xhemajli dari Kosovo menjadi pertaruhan terbaharu di bahagian pertahanan Selangor untuk menghadapi cabaran musim depan 2026/2027.

Produk Zurich FC di Switzerland berusia 28 tahun itu berpengalaman luas di peringkat antarabangsa apabila pernah di kancah antarabangsa selain pusingan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dan pusingan kelayakan Liga Konfederasi UEFA, malah sempat menyertai Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Sunderland.

Xhemajli hadir dengan reputasi tengah setelah melakukan 124 penampilan bersama KF Egnatia untuk membantu kelab Albania itu merekodkan hatrik kejuaraan liga, Piala Albania dan Piala Super Albania.

Sumber: stadiumastro

MALAYSIA vs INDONESIA
04/08/2026

MALAYSIA vs INDONESIA

Individu berpengalaman kancah bola sepak India telah mengeluarkan analisis tentang perbezaan kualiti skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia.

PUNCA FIFA TIDAK LAGI DIYAKINI.
04/08/2026

PUNCA FIFA TIDAK LAGI DIYAKINI.

NEW YORK: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berdepan laluan sukar untuk mempertahankan jawatannya selepas beberapa persatuan bola sepak kebangsaan menarik balik sokongan susulan cadangan kontroversi menjual pegangan ekuiti Piala Dunia kepada pelabur swasta.

04/08/2026

Assalammualaikum

πŸ”₯ FRIENDLY MATCH πŸ”₯SOUTHERN KV πŸ†š GOB FCAksi persahabatan yang bakal menyaksikan dua pasukan turun dengan semangat dan aks...
02/06/2026

πŸ”₯ FRIENDLY MATCH πŸ”₯

SOUTHERN KV πŸ†š GOB FC

Aksi persahabatan yang bakal menyaksikan dua pasukan turun dengan semangat dan aksi terbaik! πŸ’ͺ⚽

πŸ“… Selasa | 2 Jun 2026
πŸ•” Kick Off : 5.00 Petang
πŸ“ Turf Presint 4, Putrajaya

Jangan lepaskan peluang untuk hadir memberi sokongan dan menyaksikan perlawanan penuh aksi serta semangat kesukanan! πŸ™Œ

Terima kasih kepada semua penaja dan rakan kerjasama yang sentiasa menyokong pembangunan bola sepak komuniti ❀️



πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga SOUTHERN KV serta semua rakan kerj...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga SOUTHERN KV serta semua rakan kerjasama dan penyokong. 🀲🐐

Semoga setiap ibadah korban diterima Allah SWT, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan sepanjang musim perayaan ini.

Hargailah setiap pengorbanan, eratkan silaturahim dan semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan buat kita semua. πŸ’›

Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang. πŸš—βœ¨

Ikhlas daripada,
πŸ”₯ SOUTHERN KV πŸ”₯




πŸ”₯ Keputusan Penuh Perlawanan πŸ”₯Southern KV terus garang apabila berjaya menewaskan Putrajaya Cops dengan keputusan 3-1 di...
24/05/2026

πŸ”₯ Keputusan Penuh Perlawanan πŸ”₯

Southern KV terus garang apabila berjaya menewaskan Putrajaya Cops dengan keputusan 3-1 di Stadium Pancarona, Putrajaya πŸ’ͺ⚽

Tahniah buat seluruh pasukan Southern KV atas aksi penuh semangat dan komitmen sehingga wisel penamat πŸ‘πŸ”₯

Address

Putrajaya
62000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Southern KV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share