28/05/2025
๐๐ฅ Final eRacing Malaysia (MyRL) Online Siri #8๐ฅ๐
Inilah dia โ penutup kepada seluruh siri Liga eRacing Malaysia (MyRL) (Online) ! Saksikan aksi terbaik para pelumba maya malam ini jam 9.30 malam, yang akan menutup tirai MyRL dengan penuh bergaya. ๐ฅ
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang sepanjang siri ini. Terima kasih kerana menyertai dan menjadikan MyRL sebuah kejohanan yang penuh dengan persaingan sengit dan semangat kesukanan! ๐ช
Selepas ini semua player akan merebut mata leaderboard secara OFFLINE ataupun ONSITE p**a ! ๐ฅ๐ฅ
*MYRL Siri OFFLINE akan diumumkan kepada peserta-peserta setelah dapat tarikh daripada Top Management!
=======================================
Liga eRacing Malaysia (MyRL) merupakan sebuah liga esukan rasmi bagi sukan eracing di Malaysia yang dianjurkan oleh Malaysia Esports Federation dan dikendalikan oleh rakan pelaksana kejohanan, Esports Putrajaya.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem pembangunan sukan esports negara, MyRL memainkan peranan penting dalam mencungkil dan mengasah bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Liga ini juga menjadi medan pemilihan pemain-pemain eRacing terbaik untuk mewakili Malaysia di kejohanan dan temasya esports peringkat dunia.
Teruskan menyokong MyRL dan semoga maju jaya kepada semua pelumba! ๐ฒ๐พ๐๏ธ