29/08/2026
AJK MENYANTUNI ANAK MERDEKA SEMPENA HARIJADI BULAN OGOS 🇲🇾
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Merdeka disambut penuh bermakna;
Buat warga KPK yang kami sayang,
Selamat hari jadi, moga bahagia! 🎉
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan & Selamat Hari Jadi buat seluruh Warga KPK yang lahir pada bulan Ogos! 🇲🇾🎂
Presiden Kelab KPK, En. Saravana Kumar, bersama barisan AJK Kelab KPK, telah meluangkan masa untuk menyantuni Warga KPK serta menyampaikan hadiah kepada warga yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos.
Semoga setiap langkah terus dipermudahkan, setiap usaha membuahkan kejayaan dan setiap pertambahan usia membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan. 🎉🎂✨ ❤️
“Merdeka Jiwa, Teguh Berbakti, Bersama Membina KPK.” 🇲🇾