26/06/2026
MARI MENGENALI PEMAIN SMK PUSA! ⚽🔥
Hari ini admin nak perkenalkan salah seorang ubi muda dan pemain paling serba boleh dalam pasukan kita, iaitu DANISH HAKIM.
15TKB 2024-JUARA MSSB BETONG
18TKB 2025-TEMPAT KEEMPAT
18TKB 2026- NAIB JUARA
Kalau dalam bola sepak, pemain macam Danish ni memang jadi kesayangan coach sebab dia boleh bermain di hampir semua posisi. Letaklah dia dekat posisi pertahanan kiri, kanan, atau tengah, dia mampu jadi benteng yang kebal. Kalau diarahkan untuk menyerang p**a, larian lincahnya sebagai pemain sayap ataupun ketajamannya sebagai striker sentiasa bersedia untuk merobek gawang lawan.
Memang satu aset yang sangat berharga buat pasukan SMK Pusa kerana kualiti dan fleksibiliti yang ada pada dirinya. Semoga Danish terus konsisten, berdisiplin, dan mampu membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi!
Jom semua warga SMK Pusa, kita berikan kata-kata semangat buat Danish Hakim di ruangan komen! 🟡⚫