FiT4Fun Club

FiT4Fun Club Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FiT4Fun Club, Personal trainer, No 07-1 Jalan Eco Grandeur 1/9, Puncak Alam.

FITNESS & LIFESTYLE CLUB

FITNESS ACTIVITIES
Loss Weight | Personal Training | Boxing Fitness

LIFESTYLE ACTIVITIES
Camping | Hiking | Travel Fitness | Wall Climbing | Badminton

Topik : ARAH TUJU FITNESS KITASetiap dari kita mempunyai hala tuju apabila melakukan aktiviti kecergasan. Ada tujuan per...
25/11/2021

Topik : ARAH TUJU FITNESS KITA

Setiap dari kita mempunyai hala tuju apabila melakukan aktiviti kecergasan. Ada tujuan perkahwinan, turun berat badan, bercuti, Hari Raya, azam tahun baru dan bermacam lagi.

Semua target di atas tidak salah, malah ianya bagus sebagai pencetus kepada anda untuk mula berubah. Namun sejauh mana target tu akan berkekalan. Adakah setelah mencapai target tu anda akan kembali kepada cara hidup yang lama ?

Tubuh badan kita memerlukan kecergasan dan kesihatan selama mana kita masih hidup di dunia ni. GAYA HIDUP SIHAT, perlu sentiasa bersama kita tak kira umur, status atau di mana kita tinggal.

Pilih GAYA HIDUP anda, pstikan anda boleh KONSISTEN apabila melakukannya.

Topik : BERKHEMAH DI BUKIT FRASERHujung minggu yang lepas, saya telah ke Bukit Fraser. Idea asalnya nak berkhemah di tep...
23/11/2021

Topik : BERKHEMAH DI BUKIT FRASER

Hujung minggu yang lepas, saya telah ke Bukit Fraser. Idea asalnya nak berkhemah di tepi sungai, tapi bila memikir kan keadaan cuaca yang agak tidak selamat dan banyak kejadian kepala air (orang kedah panggil Ayaq Bah) so lebih baik bertukar ke tempat yang lebih selamat dari air jika ingin tidur semalaman.

Idea yang terdetik pada masa itu adalah untuk mencuba cuaca baru ketika berkhemah (sejuk). Mula-mula nak ke Cameroon tapi fikirkan jarak yang agak jauh dan kemungkinan pengunjung yang ramai so bertukar ke Bukit Fraser.

Sebenarnya Bukit Fraser ni sangat menarik untuk mereka yang mencari ketenangan dan kedamaian sewaktu percutian. Keadaan yang tidak sesak dan udara yang nyaman ini membolehkan minda kita bertenang, dan bila orang tak ramai ni, risiko kepada penyakit ni kuranglah sikit.

Selain tu, jika pergi bersama keluarga dan anak-anak, terdapat juga aktiviti menunggak kuda, mengayuh boat, berjalan-jalan di taman, melihat pemandangan serta kayuhan basikal. Jangan p**ak pergi cari Roller Coaster, memang takde lah.

Makanan camping ni biasalah kan takde nak havoc-havoc sangat. Bawa beberapa ketul ayam dan ikan untuk di bakar dan di masak. Makanan sihat lah sikit. Selain tu, ada lah sedikit penambah perisa untuk makanan tu. Ayam dengan ikan pun dah perap awal dari rumah so rileks sikit untuk siapkan masa berkhemah.

Banyak tempat lain juga yang boleh kita jadikan tempat untuk keluar dari kesibukan kota raya.

Topik : PANDAI MAIN PANDAI SIMPAN LAH (RE-RACK EQUIPMENT))Usaha seseorang untuk bersenam di Gym atau di mana-mana fitnes...
12/11/2021

Topik : PANDAI MAIN PANDAI SIMPAN LAH (RE-RACK EQUIPMENT))

Usaha seseorang untuk bersenam di Gym atau di mana-mana fitness center adalah sangat positif dan baik. sekarang p**a dah memang banyak Fitness Center yang di buka berdekatan dengan kawasan perumahan. So lagi senang lah nak ke gym dan tiada alasan untuk tidak bersenam.

MALANGNYA, sikap positif itu tidak di terapkan ketika di Gym. Apa masalahnya ?? Masalahnya DAH PANDAI GUNA TAKKAN TAK PANDAI LETAK SEMULA.. Apabila kita dah selesai menggunakan alatan di Gym tolonglah letak semula di tempat asalnya. Tiada pembantu nak tolong anda, melainkan anda gajikan sorang untuk tolong letakkan semula alatan tu.

Anda kena tahu bahawa setiap orang di Gym mempunyai tahap kekuatan dan saiz yang berbeza. Mereka yang mungkin baru bermula dan juga bersaiz kecil mungkin tidak mempunyai kekuatan seperti anda yang besar atau dah lama bermain Gym. Mungkin saiz-saiz plate / dumbell yang berat tidak mampu untuk di angkat apabila mereka juga ingin mengunakan mesin senaman yang sama.

Selain itu, Ini boleh mengakibatkan KECEDERAAN kepada diri anda sendiri, apatah lagi jika anda p**a menjadi PENYEBAB kepada KECEDERAAN orang lain yang bersenam di situ.
Apabila tercedera boleh menyebabkan kepada bahana-bahana lain seperti :

1) Limitasi pergerakan
2) Kurangnya semangat
3) Kena keluarkan kos rawatan
4) Tak boleh bekerja
5) Penurunan tahap kecergasan

dan banyak lagi kesan lain yang boleh berlaku akibat KECEDERAAN ni sebenarnya.

Tempat Latihan samada di GYM, STUDIO FITNESS, RUMAH ANDA, TAMAN dan lain-lain perlulah dalam keadaan yang SELAMAT dan BERSIH. Dua faktor ni merukan faktor utama kerana kita bersenam untuk mengelak dari tercedera dan sihat dari penyakit. Kalau mendatangkan kecederaan dan tempat kotor yang boleh mendatangkan penyakit, tiada guna lah bersenam.

MELETAKKAN SEMULA PERALATAN di tempatnya akan menjadikan kawasan senaman kita lebih selamat dan kemas. Secara tidak langsung mempengaruhi suasana dan psikologi untuk kita bersenam. Marilah kita kekalkan DISIPLIN di mana sahaja tempat kita bersenam.

22/03/2021

Lower Body training akan memberikan impak pada upper body. Kalau lower body korang kuat secara tak langsung upper body korang jugak akan menjadi kuat.

Lepas turun tangga dah macam kain buruk. 🀣

TOPIK: KARDIO KARDIO KARDIO !Kita semua pernah mendengarnya sebelumnya ... "Sekiranya anda ingin menjadi besar dan kuat,...
11/12/2020

TOPIK: KARDIO KARDIO KARDIO !

Kita semua pernah mendengarnya sebelumnya ... "Sekiranya anda ingin menjadi besar dan kuat, F**K cardio. Kerana cardio jelas mencuri profit anda dan menjadikan anda lemah." Atau sesuatu seperti itu, kemungkinan kedengarannya kurang hebat.

Tetapi pada hakikatnya, jika anda merancang untuk menjadi manusia yang berfungsi tinggi dan sihat yang memandang serius prestasi dan umur mereka, kardio adalah wajib.

Ya, saya katakan. MANDATORI.

Masalahnya adalah dengan kesalahpahaman dan penyalahgunaan perkataan "cardio" yang sangat negatif. Jadi, apa itu kardio? Mengapa ia penting? Dan bagaimana anda menggunakannya untuk Mendapatkan lebih banyak otot dan kekuatan?

Apabila anda berfikir tentang kardio dan penyaman secara sederhana, tujuannya adalah untuk melatih HATI, dan kedua-dua latihan "otot" dengan pergerakan.

Tetapi, jelas ada cara untuk melakukan dua-dua, dan melakukannya dengan baik.

Itulah yang kita panggil penyaman yang lebih berfungsi. Memilih kaedah dan kaedah yang mudah dilakukan pada sendi, corak pergerakan, sambil memukul degup jantung dan zon yang menyalahi manfaat kesihatan, kesejahteraan dan pemulihan.

GYM: HEMPAS PLATE ?πŸ‹πŸ»β€β™‚οΈSetiap kali masuk je gym, boleh nampak kelompok2 ΓΏ berbeza. Kaki selfie, kaki sembang, kaki jeri...
22/11/2020

GYM: HEMPAS PLATE ?

πŸ‹πŸ»β€β™‚οΈ

Setiap kali masuk je gym, boleh nampak kelompok2 ΓΏ berbeza. Kaki selfie, kaki sembang, kaki jerit, dan bermacam kaki. Tapi ΓΏ paling β€œpower” adalah KAKI HEMPAS!

πŸ‹πŸ»β€β™‚οΈ

Tak kisahlah ΓΏ badan sador ke, kurus keding ke, memang geng2 ni tak sah kalau tak hempas. Owner gym beli brg tu mahal2, sediakan Ε« pengguna. Kesudahannya barang risak, persekitaran pon rosak. Ye paham, kau bayar tapi bro masuk Rm10 pastu kau rosakkan benda beratus.

πŸ‹πŸΌβ€β™€οΈ

Try balik rumah kau hempas barang2 kat rumah, agak2 orang dekat rumah menyirap tak? Paling best bila hempasan kau tu menyebabkan kecederaan pada orang lain. Banyak dah aku tengok datang gym nak sihat kesudahan balik lebam2.. 🀣

πŸ‹πŸ»β€β™‚οΈ

Beringat lah sikit, jaga lah keselamatan di gym bersama. Pegi gym tu dah bagus, tapi mentality tu pon kena sihat juga, jangan merosakkan barang orang dan menyebabkan kecederaan pada orang lain.

Address

No 07-1 Jalan Eco Grandeur 1/9
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00
Wednesday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00
Thursday 08:30 - 11:30
15:00 - 18:00

Telephone

+60179367636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FiT4Fun Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FiT4Fun Club:

Share