24/08/2026
ZIARAH GAYONG JATI KE PUSAT LATIHAN TERTINGGI GWP GURUN, KEDAH
Alhamdulillah, rombongan dari Pertubuhan Seni Silat Gayong Jati Malaysia yang diketuai oleh Tok Pramu Zakaria bin Haji Muda (Wakil Amanah Mutlak), Cikgu Anuar bin Mohamed (Bentara Guru Apit Jinjang), Bonda Faizah binti Abdullah, Cikgu Mohd Suhaimi bin Abas (Pengerusi PSSGJM) serta barisan AJK Induk & Gurulatih Kanan telah datang menziarahi Guru Utama GWP, Tok Guru Ismail bin Chik di PLT Gurun.
Turut bersama menyambut rombongan ialah Guru Tua GWP, Tok Guru Omar Shariff, Pengarah Majlis Gurulatih Induk, Cikgu Dee, dan Wakil Mutlak GWP, Cikgu Roslan Darus serta barisan jurulatih dan AJK GWP.
Pertemuan ini amat bermakna kerana kedua-dua pihak berkongsi akar perjuangan dan salasilah warisan ilmu yang sama, di samping mengimbau kenangan bersama almarhum Guru Utama Gayong Jati, Haji Omar bin Mohamad.
Kunjungan ini diselangi dengan santapan mesra dan perkongsian ilmu persilatan demi keharmonian segayong.
Semoga hubungan silaturahim dan ukhuwwah segayong ini tidak berakhir di sini dan akan terus bersambung serta mekar di masa hadapan.