28/07/2026
π’ PENGAMBILAN PELATIH BAHARU β KELAB SOLID FC β½οΈ
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ibu bapa / penjaga.
Kelab Solid FC kini membuka pengambilan pelatih baharu bagi sesi Ogos 2026 kepada anak-anak yang berminat untuk mempelajari dan mengembangkan kemahiran dalam sukan bola sepak. β½οΈπ₯
Kami mengalu-alukan penyertaan anak-anak yang baru ingin mengenali bola sepak mahupun yang sudah mempunyai asas permainan, kerana latihan akan diberikan mengikut tahap dan kemampuan pelatih.
π MATLAMAT SOLID FC
Kami bukan sahaja memberi fokus kepada kemahiran bola sepak, tetapi turut menitikberatkan aspek:
β
Disiplin dan komitmen
β
Kerjasama berpasukan
β
Keyakinan diri
β
Kecergasan fizikal
β
Teknik dan asas bola sepak
β
Pembentukan sahsiah yang positif
Insya-Allah, sasaran kami adalah untuk membangunkan bakat-bakat muda secara berperingkat dan membentuk sebuah pasukan yang kompetitif bagi mewakili sekolah serta menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
π MAKLUMAT LATIHAN
β½οΈ Tempat: Padang Bola SRAB, Benut.
π Hari: Setiap Sabtu
π Masa: 4.00 petang β 6.30 petang.
π
Kekerapan: 4 kali sebulan.
π΅Yuran Bulanan : RM35 sebulan.
β
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7β12 tahun.
πMAKLUMAT PENDAFTARAN
π° Pendaftaran + Set Jersi : RM70
π° Yuran Bulan Pertama: RM35
JUMLAH RM105.00.
Jika ibu bapa berminat untuk memberikan peluang kepada anak-anak menyertai latihan bola sepak Solid FC, boleh PM / WhatsApp pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat pendaftaran.
π Untuk Pendaftaran boleh hubungi nombor dibawah:
Coach Khalid: 019-457 1418
Coach Din: 019-795 3350
β½οΈ Jom kita bina minat, bakat dan keyakinan anak-anak melalui bola sepak.
Kelab Solid FC
"Membangunkan Bakat, Membina Masa Depan."