26/08/2026
ARAU 26 Ogos 2026-Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti Telah Menganjurkan Klinik Woodball Bertempat Di Laman Woodball UiTM Cawangan Perlis.Klinik Tersebut Dikendalikan Oleh En Mohamad Kairul Bin Salleh Penolong Jurutera Kanan Merangkap Pemain Woodball UiTM Cawangan Perlis Dan Dibantu Oleh En Noor Iman Bin Omar.
Seramai 30 Orang Staf Di Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti Terlibat Dalam Program Kali Ini Termasuk Ketua Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti En Ihsan Shadid Mohd Azmi.
Klinik Dimulakan Dengan Pengenalan Teori Asas Tentang Sukan Woodball Sebelum Para Peserta Diberi Peluang Untuk Mencuba Sukan Ini Secara Praktikal. Sesi Klinik Diakhiri Dengan Mini Pertandingan Woodball Antara Peserta Untuk Menambahkan Elemen Keseronokan, Semangat Kebersamaan Dan Persaingan Sihat Dikalangan Staf Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti.
UiTM Cawangan Perlis