31/08/2024
31 OGOS 2024 | PADANG AWAM JELAI
PESTA BOLA MERDEKA 9'S PIALA PRESIDEN KBSJ 2024
Alhamdullilah, selesai sudah penganjuran pertama Kelab Bola Sepak Jelai di pertandingan Pesta Bola Merdeka 9sebelah bagi merebut Piala Presiden Kelab Bola Sepak Jelai bagi tahun 2024.
Sebanyak 24 pasukan yang mengambil bahagian di dalam kejohanan ini adalah kesemuanya di dalam kawasan Parlimen Larut.
Majlis disempurnakan oleh Saudara Mohd Shafiq Fhadly selaku perasmi kejohanan, En Mohamad Amin selaku Presiden Kelab Bola Sepak Jelai dan turut hadir Abg Chik Ketua Pemuda Larut, Maklong Liza Ahli Majlis Perbandaran Taiping, En Muzamil Ketua Kampung Jelai dan semua dif-dif kehormat.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya menghabiskan kejohanan ini dengan mendapat tempat:-
Juara - KPG PAYA
N. Juara - TEISAR B
Ketiga - Jelai FC B
Keempat - PUSPEN FC