Sukan Melastik Pekan

Sukan Melastik Pekan Sukan Melastik Pekan,Tujuan Kelab Ini ditubuhkan,Untuk Jadikan Sukan Melastik ini Ikon Pekan.

Untuk Latihan Asas dan Konsisten pelajar B15 dan B18 tahun.
21/06/2026

Untuk Latihan Asas dan Konsisten pelajar B15 dan B18 tahun.

Cari Penaja Durian Kampung..! Sedang mencari insan atau peniaga yang sudi menaja sebakul durian kampung untuk dijadikan ...
17/06/2026

Cari Penaja Durian Kampung..!
Sedang mencari insan atau peniaga yang sudi menaja sebakul durian kampung untuk dijadikan hadiah pertandingan mingguan di Kem Latihan Sukan Melastik di Pekan.
Jika ada yang ingin menyokong sukan tradisional dan aktiviti belia setempat, sumbangan anda amat dihargai. Semoga ada rezeki untuk memeriahkan lagi program ini.
Terima kasih kepada semua yang sudi membantu dan berkongsi hebahan ini.

6 SARANG TELUR ITIK DAN 1 SARANG TELUR AYAM.Pertandingan kali ini lebih bertujuan sebagai persediaan untuk mengenal past...
17/06/2026

6 SARANG TELUR ITIK DAN 1 SARANG TELUR AYAM.
Pertandingan kali ini lebih bertujuan sebagai persediaan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu, khususnya dalam kalangan pelajar bawah 12 tahun. Walau bagaimanapun, sambutan yang diterima agak kurang memberangsangkan. Oleh itu, pendekatan yang lebih berkesan perlu dirancang dan dilaksanakan agar lebih ramai pelajar berminat untuk menyertai pertandingan sebenar pada bulan julai nanti.

🎯 PERTANDINGAN MENEMBAK HADIAH TELUR πŸ₯šβ€œUji Ketepatan Anda, Bawa Pulang Hadiah Telur!”Tarikh: 17 Jun 2026Masa: 10.00 Pagi...
16/06/2026

🎯 PERTANDINGAN MENEMBAK HADIAH TELUR πŸ₯š
β€œUji Ketepatan Anda, Bawa Pulang Hadiah Telur!”

Tarikh: 17 Jun 2026
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Kem Melastik Pekan

Kategori:
πŸ₯š Telur Itik – 10 meter
πŸ₯š Telur Ayam – 10 meter
πŸ₯š Telur Ayam – 25 meter
πŸ‘¦ Bawah 12 Tahun – 7 meter

Terbuka kepada semua. Jom meriahkan sukan
tradisi melastik! 🎯

PAHANG SLINGSHOT - PERSATUAN PELASTIK REKREASI

KAMI ASAL PEKAN PAHANG WARGA PEKAN BANDAR DIRAJA (PAHANG) Warga Kuantan Info Dan Iklan Viral Pekan πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


Di samping aktiviti berkhemah, para peserta daripada Campers Crew Pahang (CCP) dan Pahang Slingshot turut menyertai akti...
14/06/2026

Di samping aktiviti berkhemah, para peserta daripada Campers Crew Pahang (CCP) dan Pahang Slingshot turut menyertai aktiviti melastik yang menjadi salah satu tarikan utama program. Bagi menambahkan kemeriahan, pertandingan melastik turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri kehebatan dan cabaran sukan ini. Hadiah disedia dan disampaikan oleh Tuan Jaz dari Campers Crew Pahang.
Alhamdulillah, semua peserta Solo Camping menunjukkan keterujaan yang tinggi dan memberikan sambutan yang amat menggalakkan. Aktiviti ini bukan sahaja menambah keseronokan sepanjang program, malah membuka peluang kepada peserta untuk mengenali serta mendekati sukan melastik dengan lebih dekat.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya membantu memperkenalkan serta memajukan sukan melastik agar terus berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat

Suasana mini game Pantai Cempaka Kuantan.
14/06/2026

Suasana mini game Pantai Cempaka Kuantan.

Alhamdulillah, dua kumpulan iaitu Campers Crew Pahang (CCP) dan Pahang Slingshot telah bergabung tenaga dalam menjayakan...
14/06/2026

Alhamdulillah, dua kumpulan iaitu Campers Crew Pahang (CCP) dan Pahang Slingshot telah bergabung tenaga dalam menjayakan program Solo Camping yang mendapat sambutan amat menggalakkan serta berlangsung dengan meriah.
Program turut diisi dengan pertandingan melastik, manakala hadiah-hadiah telah disediakan oleh CCP untuk para peserta.
Kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak ini membuktikan komitmen bersama dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan, dan mengukuhkan ukhuwah sesama ahli.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Baju Kem Latihan Sukan Melastik Pekan
10/06/2026

Baju Kem Latihan Sukan Melastik Pekan

Address

Lapang Sasar Melastik Pekan, Lot Parking Hadapan Klinik Kesihatan Peramu Pekan
Pekan
26600

Telephone

+60139391700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukan Melastik Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category