GFit.FC

GFit.FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GFit.FC, Sports Team, No 23B Jalan Rusa 1, Taman Scientex, Pasir Gudang.

AKADEMI FUTSAL & BOLASEPAK (U6-U12)
-AFC FUTSAL L1
-SPORTS SCIENCE L2
-FAM GRASSROOTS
S&C - YOUTH ATHLETE WITH ACTIVATE
S&C - ADULTS ATHLETE WITH ACTIVATE
-SPORTS NUTRITION
-GYM OWNER

LATIHAN
Bandar Seri Alam & Tmn Nusa Damai
+60167704933 JM0960322D

23/05/2026

Orang luar mungkin hanya melihat keputusan perlawanan, tetapi kami melihat setiap inci kemajuan anak-anak ini.

Biar apa pun tanggapan orang, misi G-FIT tetap sama:

Memberi ruang untuk mereka berjuang dan bangga dengan keringat sendiri di atas gelanggang. 🔥

23/05/2026

Ini realiti pasukan kecil kami. Realiti yang ramai orang tak nampak. 💯

Kami bermula sebagai akademi kecil yang membuka pintu buat anak-anak yang tercicir atau tidak terpilih dalam skuad sekolah

kami bina impian untuk menjadi tempat naungan buat anak-anak agar mereka juga berpeluang belajar bermain dan bertanding

21/05/2026

Anak Tak Terpilih Wakili Sekolah? Jangan Sedih, G-FIT Kan Ada! ⚽✨

Ibu bapa perasan tak anak ada minat mendalam dengan bola sepak, tapi selalu tercicir atau tak terpilih masa pemilihan di sekolah?

Ataupun anak langsung tak ada asas (zero basic), tapi teringin sangat nak menyepak bola?

*Jangan biarkan minat mereka terpadam begitu saja! Di G-FIT, kami mencari bakat-bakat cilik ini untuk kami asuh dari kosong.*

*Umur: 6 - 12 thn*

*Kriteria: Tiada asas bola sepak & tidak terpilih di sekolah*

*Kami tak cari yang dah hebat, kami cari yang nak belajar!*

21/05/2026

*Ramai yang nampak keputusan perlawanan di hujung minggu, tapi tak ramai yang nampak asas yang sedang dibina di sebalik tabir*

Untuk beralih ke tahap seterusnya, pasukan U11 kami kini sedang melalui fasa transformasi fizikal secara bertahap. Fokus kami? Memperbaiki satu persatu kelemahan, bermula dengan "enjin" utama mereka—sistem kardiovaskular.

*Sasaran Hujung Tahun 2026:* *Melahirkan barisan pemain utama dengan profil kecergasan gred tinggi (Score 8 - 10 Beep Test)*

*Kami tidak percaya pada keajaiban sekelip mata. Kami percaya pada perkembangan jangka panjang.*

Langkah demi langkah, 'shuttle' demi 'shuttle'. Skuad ini sedang dibina untuk mendominasi!

21/05/2026

Kelebihan Fizikal
Dominasi Intensiti Perlawanan

Keupayaan "Repeat Sprint" yang Tinggi:

Futsal U12 penuh dengan transisi pantas (semua menyerang, semua bertahan).

Atlet di Level 9 {VO2Max} mempunyai sistem aerobik yang matang untuk recover *dalam masa beberapa saat* sahaja selepas melakukan pecutan,

membolehkan mereka melakukan pecutan berulang kali tanpa penurunan prestasi

21/05/2026

Mempercepatkan Pembersihan Asid Laktik

Apabila atlet bermain pada intensiti tinggi, pengumpulan hidrogen ion dan laktat dalam otot akan *menyebabkan kelesuan (fatigue)

Sistem kardiovaskular yang optimum mempunyai keupayaan [VO_2 max ] yang tinggi,

membolehkan penghantaran oksigen ke otot berlaku secara maksimum bagi membantu mengitar semula laktat menjadi tenaga semula,

sekaligus melambatkan fasa muscle burnout.

15/05/2026

Fasa hipertrofi ini adalah jambatan. Kita akan teruskan konsistensi ini untuk 2 bulan lagi sebelum kita beralih ke fasa *Maximum Strength*

https://wa.me/60167704933?text=bakatcilikGFit

*Sabar dengan proses*

Kita bukan nak bina pemain yang nampak kuat saja, tapi pemain yang mempunyai kualiti fizikal yang mampu bertahan di tahap tertinggi!

Volume (reps & sets) dikawal selia dengan baik bagi mengelakkan overtraining, memandangkan mereka juga mungkin mempunyai jadual latihan teknikal padat di padang atau gelanggang.

15/05/2026

Berbeza dengan treadmill atau basikal, Rower menggunakan hampir 86% otot badan dalam satu kitaran strok.

https://wa.me/60167704933?text=bakatcilikGFit

Ia melibatkan kaki (quads, hamstrings), teras (abs, belakang), dan bahagian atas badan (bahu, lengan).

Melakukan rower sebagai warm-up memastikan seluruh sistem otot "terbangun" serentak.

*Dari Latihan Asas ke Elit*Bila sebut tentang atlet tahap tinggi, rahsia kejayaan mereka bukan sekadar "latih keras seti...
12/05/2026

*Dari Latihan Asas ke Elit*

Bila sebut tentang atlet tahap tinggi, rahsia kejayaan mereka bukan sekadar "latih keras setiap hari," tetapi Latihan Berfasa (Periodisasi).

*Kenapa Asas Itu Penting?*
Tanpa sedar, latihan step-by-step yang anda lalui sekarang—dari teknik asas hingga ke fasa strength di gym—adalah persediaan mental dan fizikal untuk fasa ini.

Apabila rezeki anda sampai ke peringkat negeri atau kebangsaan, anda tidak lagi terkejut.

Address

No 23B Jalan Rusa 1, Taman Scientex
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GFit.FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category