04/05/2026
Pada petang ini telah berlangsung Mesyuarat Teknikal dan Penyelarasan Kejohanan Hoki MSSD Sabak Bernam 2026 yang berlangsung di SMK Ungku Aziz.
Mesyuarat ini penting bagi memastikan perjalanan kejohanan hoki berjalan lancar, tersusun dan memberi peluang terbaik kepada murid-murid untuk menyerlahkan bakat mereka di peringkat daerah.
Semoga segala perancangan dipermudahkan dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan hoki khususnya di Sabak Bernam.