Team Elit Hoki SK Parit 4

Team Elit Hoki SK Parit 4 Halaman ini merupakan halaman rasmi Team Elit Hoki Sekolah Kebangsaan Parit 4, Sungai Besar Selangor.

WAKIL PASUKAN HOKI SK PARIT 4 KE KEJOHANAN HOKI PIALA DATO' ORANG BESAR DAERAH KLANGPada 26 dan 27 November yang lalu, p...
29/11/2022

WAKIL PASUKAN HOKI SK PARIT 4 KE KEJOHANAN HOKI PIALA DATO' ORANG BESAR DAERAH KLANG

Pada 26 dan 27 November yang lalu, pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Parit 4 telah menyertai Kejohanan Hoki 6 Sebelah Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang. Kejohanan ini berlangsung di Stadium Hoki MPK, Pandamaran dan disertai oleh 36 pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun dan 30 pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun.

Seramai 18 orang peserta daripada SK Parit 4 telah menyertai kejohanan ini di mana setiap pasukan lelaki dan perempuan mempunyai 9 orang wakil. Seramai 4 orang guru dan 3 orang ibu bapa hadir menemani sepanjang program 3 hari 2 malam ini. Program berjalan dengan lancar di mana guru ibu bapa pengiring serta para peserta berasa sangat gembira menyertai kejohanan ini.

Semoga pasukan Hoki Sekolah Kebangsaan Parit 4 Sungai Besar terus bergerak melaju seterusnya mengharumkan Sabak Bernam di peringkat yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

WAKIL PASUKAN HOKI SK PARIT 4 KE KEJOHANAN HOKI PIALA DATO' ORANG BESAR DAERAH KLANGPada 26 dan 27 November yang lalu, pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Parit ...

JUTAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMIKami daripada Team Elit Hoki SK Parit 4  m...
29/11/2022

JUTAAN PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMI

Kami daripada Team Elit Hoki SK Parit 4 mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada kami kepada kami selama ini terutama semasa Kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang pada 26 dan 27 November 2022 yanb lalu.

Terima kasih atas makan minum yang sedap dan berkhasiat. Terima kasih kerana sama-sama menemani kami di sepanjang malam. Terima kasih kerana mendoakan kami dari kejauhan. Terima kasih kerana menghantar dan mengambil kami dengan penuh kasih sayang. Terima kasih atas ilmu dan nasihat yang dicurahkan. Terima kasih atas wang ringgit dan segala kelengkapan yang diberikan. Terima kasih atas semua jasa dan peluang yang diberikan.

Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesilapan kami sepanjang sebulan lebih kita bertungkus lumus membuat persiapan ke kejohanan ini. Insyaallah kita akan teruskan usaha mengangkat sukan hoki ini di SK Parit selagimana ada ibu bapa, guru, para pentadbir dan masyarakat sekeliling yang memberikan sokongan untuk kami. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua. Budi dan jasa semua akan kami ingati sepanjang hayat kami.

Terima kasih.

Pagi yang ceria dengan sarapan nasi goreng special, donat dan air teh. Makan sedap -sedap, tidur pun selesa hasil muafak...
27/11/2022

Pagi yang ceria dengan sarapan nasi goreng special, donat dan air teh. Makan sedap -sedap, tidur pun selesa hasil muafakat pentadbir, ibu bapa, guru dan para dermawan budiman. Harap dapat membawa pulang sesuatu yang bermakna pada hari ini.

Malam ini para pemain hoki menikmati makan malam istimewa nasi putih ayam paprik telur dadar yang menyelerakan yang dita...
26/11/2022

Malam ini para pemain hoki menikmati makan malam istimewa nasi putih ayam paprik telur dadar yang menyelerakan yang ditaja oleh ibu bapa murid. Alhamdulillah. Sepanjang hari menikmati makanan dan minuman yang sangat menyelerakan buat anak-anak hoki. Esok ada permainan lagi. Semoga anak-anak hoki dapat menjulang tempat yang istimewa dalam kejohanan kali ini. Amin.

Terima kasih tidak terhingga Team Elit Hoki SK Parit 4 terhadap Tuan Haji Rizal bin Salimin, Penolong Kanan Hal Ehwal Mu...
26/11/2022

Terima kasih tidak terhingga Team Elit Hoki SK Parit 4 terhadap Tuan Haji Rizal bin Salimin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Parit 4 kerana turut hadir menyaksikan dan memberikan sokongan moral kepada para pemain hoki sekolah dalam Kejohanan Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang. Alhamdulillah. Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada seluruh ibu bapa guru, dan masyarakat kampung menjadi inspirasi untuk team kami untuk mengorak langkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara aksi-aksi para pemain hoki  Team Elit Hoki SK Parit 4 sepanjang Kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Kla...
26/11/2022

Antara aksi-aksi para pemain hoki Team Elit Hoki SK Parit 4 sepanjang Kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang.

Makan tengahari pun nasi lemak KFC yang ditaja ibu bapa pemain hoki 😁 Ini dah level kebangsaan dah ni penajaannya. Harap...
26/11/2022

Makan tengahari pun nasi lemak KFC yang ditaja ibu bapa pemain hoki 😁 Ini dah level kebangsaan dah ni penajaannya. Harap anak-anak hoki SK Parit semakin bersemangat bermain pada hari ini.

Gambar sebelum kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang bermula . Mohon doakan anak-anak SK Parit 4 diberikan...
26/11/2022

Gambar sebelum kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang bermula . Mohon doakan anak-anak SK Parit 4 diberikan ketenangan dan kemampuan dalam permainan hari ini.

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Parit 4, Encik Khairul Anwar menyampaikan amanat kepada para pemain hoki y...
25/11/2022

Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Parit 4, Encik Khairul Anwar menyampaikan amanat kepada para pemain hoki yang akan mewakili sekolah pada esok hari. Semoga amanat yang disampaikan ini mampu memberi semangat dan momentum saat saat akhir sebelum perlawanan esok hari.

Montaj Kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang.
25/11/2022

Montaj Kejohanan Hoki Piala Dato' Orang Besar Daerah Klang.

KEJOHANAN HOKI PIALA DATO' ORANG BESAR DAERAH KLANG 2022Bawah 12 tahun Tarikh:26 hingga 27 November 2022Tempat: Stadium Hoki Pandamaran, Klang

Address

Sekolah Kebangsaan Parit 4
Parit
45300

Telephone

+60176809583

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Elit Hoki SK Parit 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category