Kelab Bulu Tangkis Pandan

Kelab Bulu Tangkis Pandan Kelab Bulu Tangkis Pandan di tubuhkan pada tahun 2020 dan telah di berdaftar secara rasmi dengan ROS dan KBS pada Januari 2021.

Kelab di tubuhkan untuk menggalakan aktiviti sihat dalam kalangan anak muda khususnya dalam kawasan pandan.

Alhamdulillah hari ini 25/12/2021 team kami berkesempatan menjalankan misi bantuan mangsa banjir di Hulu Langat.Kami ber...
25/12/2021

Alhamdulillah hari ini 25/12/2021 team kami berkesempatan menjalankan misi bantuan mangsa banjir di Hulu Langat.

Kami bersama-sama team sukarelawan dari Gombak dan juga dari Bandar Baru Ampang menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah yang terjejas teruk oleh banjir tempoh hari.

Di samping itu kami juga menyampaikan barangan keperluan membersih diri, sejadah, telekung dan kain pelikat. Semua hasil dari sumbangan ikhlas anda semua dan kami telah sampaikan.

Berbanyak Terima kasih kepada anda yang menyumbang dan yang telah mendoakan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu mangsa banjir di kawasan yang terjejas di seluruh negara.

Marilah sama-sama kita teruskan berdoa agar urusan mangsa banjir di permudahkan.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang menyumbang kepada tabung bantuan mangsa banjir kami. Tak lupa juga kepada yan...
24/12/2021

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang menyumbang kepada tabung bantuan mangsa banjir kami. Tak lupa juga kepada yang banyak mendoakan. Ribuan terima kasih kami ucapkan.

Setakat pagi ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 2,380.00. Tabung masih di buka sehingga malam ini kepada sesiapa yang ingin menyumbang. Hasil kutipan ini akan kami sampaikan dalam bentuk barangan keperluan kepada mangsa banjir di kawasan Hulu Langat.

Team kami akan menjalankan misi ini pada hari esok Sabtu 25/12/2021. Doakan urusan kami dipermudahkan dan kami dapat menyampaikan yang terbaik untuk manga banjir di sana. Insyaallah.

Assalamualaikum w.b.t,*Berat Sama dipikul, ringan sama dijinjing*Ekoran daripada musibah banjir di sekitar Lembah Klang,...
21/12/2021

Assalamualaikum w.b.t,

*Berat Sama dipikul, ringan sama dijinjing*

Ekoran daripada musibah banjir di sekitar Lembah Klang, ramai dalam kalangan kita yang tidak bersedia menghadapi banjir dan telah mengakibatkan kehilangan harta benda.

Rentetan itu, Kelab Tangkis Pandan dengan rendah hati melancarkan *Tabung Bantuan Mangsa Banjir Tangkis Pandan* untuk membantu menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada keluarga2 yang terjejas di Sekitar Hulu Langat khususnya.

*Anda menyumbang, kami menyampaikan*

Kami memohon keikhlasan tuan puan yang diberi rezeki yang lebih untuk sama2 menyumbang ke Tabung kami dan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan boleh disalurkan kepada Akaun Timbalan Presiden Tangkis Pandan Saudara Aiman Amir Bin Amirruddin Jamal di akaun *7062854715* (CIMB BANK)

Semoga dengan sedikit sumbangan tuan/puan dapat memberi sesuap makanan buat mereka yang memerlukan.

Terima Kasih.

Sekitar gerak kerja agihan bantuan makanan asas kepada yang mermerlukan hari ini 24 Julai 2021.Alhamdulillah proses agih...
24/07/2021

Sekitar gerak kerja agihan bantuan makanan asas kepada yang mermerlukan hari ini 24 Julai 2021.

Alhamdulillah proses agihan hari ini berjalan lancar dan baik.

Hari ini kami telah agihkan sekitar 40 pek bantuan makanan asas dan juga sedikit bantuan seperti susu dan pampers untuk anak-anak.

Di sini juga kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda yang menyokong kami dari mula inisiatif ini.

Kami bermula dengan sasaran 10 keluarga dan Alhamdulillah selepas 3 minggu berlansung kami berjaya mengutip RM5800 dan telah mengagihkan lebih 100 pek bantuan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.

Terima kasih, terima kasih , terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda. Semoga anda di murahkan rezeki dan di permudahkan urusan.

Terima kasih juga kepada team kami yang tanpa berbelah bahagi mengerah tenaga untuk menjayakan bantuan ini.

Dengan berat hati kami hentikan program bantuan makanan asas kami buat sementara waktu dan sebarang maklumat kami akan sampaikan kelak.




Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, WalillahhilhamdSelamat Hari Raya Aidiladha dari seluruh kepimpinan dan ahli Ke...
19/07/2021

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Walillahhilhamd

Selamat Hari Raya Aidiladha dari seluruh kepimpinan dan ahli Kelab Tangkis Pandan buat seluruh Rakyat Malaysia khususnya rakyat2 di Negeri Selangor.

Semoga Ibadah Qurban kita pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T & dijauhkan kita semua dari Wabak Covid-19.

Mudah mudahan tahun ini adalah tahun terakhir kita beraya dengan suasana pandemik dan dapat mengerjakan ibadah seperti selalunya pada tahun hadapan..

Tulus Ikhlas : Tangkis Pandan

Sekitar gerak kerja agihan bantuan bantuan makanan asas hari ini 17 Julai 2021.Alhamdulillah agihan bantuan berjalan lan...
17/07/2021

Sekitar gerak kerja agihan bantuan bantuan makanan asas hari ini 17 Julai 2021.

Alhamdulillah agihan bantuan berjalan lancar dan telah berjaya di sampaikan kepada lebih kurang 25 keluarga yang memerlukan.

Terima kasih kepada anda yang menyumbang dan yang sentiasa menyokong inisiatif kami ini. Kami sekadar menyampaikan amanah yang telah di beri sebaik mungkin.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak kami juga telah menghentikan kutipan dana kami buat sementara waktu sehingga di beritahu kelak.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻



Tabung Bantuan Covid19 Tangkis Pandan pada asalnya hanya memperuntukkan bantuan makanan asas seperti beras, telur, minya...
13/07/2021

Tabung Bantuan Covid19 Tangkis Pandan pada asalnya hanya memperuntukkan bantuan makanan asas seperti beras, telur, minyak dan sebagainya.

Team kami juga menerima permintaan seperti susu dan pampers. Atas dasar prihatin Team kami penuhi permintaan untuk bekalkan susu dan pampers untuk anak- anak yang memerlukan.

Seperti orang dewasa, anak-anak ini juga perlukan bantuan. Mereka masih kecil dan belum kenal erti kesusahan.

Bantu kami untuk bantu lebih ramai keluarga dan anak-anak kecil yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Kami mengalu-alukan bantuan dari anda.
Salurkan bantuan terus ke :-
CIMB 7062854715
*Aiman Amir selaku Timb Presiden Kelab Bulu Tangkis Pandan

Atau boleh hubungi kami di talian 011-60672063




12/07/2021

Bantu kami untuk bantu lebih ramai keluarga yang memerlukan.

Alhamdulillah usaha kami mendapat sokongan yang menggalakkan dari anda semua. Justeru itu kami terus membuka dana kami dan mengalu-alukan sumbangan dari anda.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada
CIMB 7062854715
Atas nama Aiman Amir selaku Timb. Presiden kelab Bulu Tangkis Pandan.

Sumbangan anda amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Boleh juga hubungi kami di talian 011-60672063 untuk sebarang pertanyaan.

Agihan bantuan makanan asas kepada yang memerlukan di teruskan hari ini 11 Julai 2021.Alhamdulillah, bantuan di sampaika...
11/07/2021

Agihan bantuan makanan asas kepada yang memerlukan di teruskan hari ini 11 Julai 2021.

Alhamdulillah, bantuan di sampaikan kepada lebih 15 keluarga hari ini. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang menyokong kami.

Pelbagai cerita yang kami dengar hari ini, dan kami berharap dapat membantu lebih banyak keluarga yang memerlukan.





Alhamdulillah, sekitar gerak kerja agihan bantuan bekalan makanan asas untuk hari ini 10 Julai 2021. Bekalan di sampaika...
10/07/2021

Alhamdulillah, sekitar gerak kerja agihan bantuan bekalan makanan asas untuk hari ini 10 Julai 2021.

Bekalan di sampaikan kepada yang memerlukan di kawasan Pandan, Ampang dan juga kawasan sekitar.

Berbekalkan semangat atas sokongan dari anda team kami sedaya upaya menyampaikan kepada yang memerlukan.

Alhamdulillah kami berjaya sampaikan lebih kurang 30pek bantuan makanan asas dan di samping itu juga kami turut membantu menyampaikan bahan tambahan seperti susu dan pampers untuk keperluan anak-anak.

Terima kasih kepada anda yang menyumbang dan kepada team kami yang turun padan dan meyumbang tenaga untuk menjayakan program ini.

Kami akan teruskan usaha kami untuk membantu lebih ramai keluarga.

Sokongan dan sumbangan anda amat kami alu-alukan.

Mari kita bantu-membantu !!






09/07/2021

Alhamdulillah.. Team Tangkis Pandan beraksi.. Terima Kasih kepada para penyumbang yang menghulurkan bantuan kewangan..

Kami yang menyampaikan Amanah..



Sekitar perjalanan agihan bantuan makanan asas kepada yang memerlukan. Terima kasih kepada anda yang menyumbang dan meny...
08/07/2021

Sekitar perjalanan agihan bantuan makanan asas kepada yang memerlukan.

Terima kasih kepada anda yang menyumbang dan menyokong usaha kami ini.

Berhujan berpanas kami akan cuba bantu.




Address

Pandan
Pandan

Telephone

+601160672063

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Bulu Tangkis Pandan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Bulu Tangkis Pandan:

Share

Category