Tellian New Generation Legacy Football Club

Tellian New Generation Legacy Football Club TNG LEGACY FC

🤝⚽ SATU AMANAH, SATU TANGGUNGJAWAB BERSAMA📅 7 Ogos 2026-Hari ini menjadi satu detik bermakna buat TNG Legacy FC apabila ...
07/08/2026

🤝⚽ SATU AMANAH, SATU TANGGUNGJAWAB BERSAMA

📅 7 Ogos 2026-Hari ini menjadi satu detik bermakna buat TNG Legacy FC apabila secara rasminya menerima amanah mengurus dan menjaga Padang Bola Sepak serta Padang Futsal Kampung Tellian.Kepercayaan ini bukan sekadar tanggungjawab menjaga fasiliti, tetapi amanah untuk memastikan padang terus menjadi ruang mencungkil bakat, membina disiplin dan menyatukan komuniti. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Penghulu Tellian, KK Tellian Uli, KK Tellian Tengah dan KK Tradisi Tellian atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama kepada TNG Legacy FC.Terima kasih juga kepada seluruh komuniti Tellian yang terus menyokong usaha pembangunan sukan dan belia.

Bersama kita jaga amanah.
Bersama kita bangunkan sukan Tellian.

Jaga Fasiliti • Bangunkan Bakat • Satukan Komuniti

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA MUKAH 2026Anjuran TNG L'cy FC Program Pembangunan Sukan Tellian​TARIKH & TEMPAT📅 4, 5 & 6 Septe...
17/07/2026

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA MUKAH 2026
Anjuran TNG L'cy FC
Program Pembangunan Sukan Tellian

​TARIKH & TEMPAT
📅 4, 5 & 6 September 2026
📍 Padang Futsal Kampung Tellian, Mukah
​YURAN PENYERTAAN
👨 Lelaki: RM200 | 👩 Wanita: RM150
​REBUT HADIAH TUNAI
🏆 Kategori Lelaki:
• Johan: RM2,000
• Naib Johan: RM1,000
• Ketiga: RM500
​🏆 Kategori Wanita:
• Johan: RM1,000
• Naib Johan: RM700
• Ketiga : RM400
​⚠️ TARIKH TUTUP: 20 Ogos 2026
📞 DAFTAR SEKARANG: 014-842 0396 / 011-1991 8491

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH KAMPUNG TELLIAN 2026 Ayuh buktikan semangat juang pasukan anda di gelanggang! 🔥Program...
17/07/2026

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH KAMPUNG TELLIAN 2026
Ayuh buktikan semangat juang pasukan anda di gelanggang! 🔥
Program ini terbuka kepada semua kampung di Mukah bagi mengeratkan silaturahim, mencungkil bakat baharu serta memeriahkan kembali suasana bola sepak di Kampung Tellian.
📅 Tarikh: 4, 5 & 6 September 2026
📍 Tempat: Padang Bola Sepak Kampung Tellian
💰 Yuran Penyertaan: RM200 satu pasukan
⏳ Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Ogos 2026
🏆 Hadiah Menarik Menanti! 🥇 Johan: RM2,000
🥈 Naib Johan: RM1,000
🥉 Tempat Ketiga: RM500
⚽ Pemain Terbaik: Trofi & Hadiah Istimewa
https://forms.gle/7qW63G5RSCkPaa3p9 link untuk pendaftaran
📞 Daftar sekarang:
0148420396 / 0138444987
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi juara dan sama-sama menghidupkan semula semangat bola sepak di Kampung Tellian!


* Syarat penyertaan 9 sebelah
1. Penyertaan adalah tertutup mukah, hanya kpg area di mukah sahaja.. 1 kpg boleh wakil sebanyak mungkin mereka mahu,asalkan wakil dari kpg terbabit.
2. Manakala bagi agensi @ jabatan ingin menyertai, mereka dilabelkan sebagai pasukan jemputan (yuran sama), dan para pemain hendaklah warga mukah .
3. Dalam setiap pasukan wajib ada 2 pemain Veteran 40 keatas bermain di atas padang semasa perlawanan.
4. Setiap pasukan diwakili 12 pemain sahaja.
5. Tiada istilah import dalam pertandingan ini.
6. Jika berlaku pergaduhan @ pertelingkahan, penyertaan pasukan tersebut serta-merta dibatalkan & yuran tidak akan dikembalikan.
7. Booking slot deposit rm100. First come first serve.

⚽ PENCARIAN BAKAT U16 TNG LEGACY FC ⚽ANDA BERBAKAT DALAM BOLA SEPAK? Inilah peluang anda!Tellian New Generation Legacy F...
17/07/2026

⚽ PENCARIAN BAKAT U16 TNG LEGACY FC ⚽
ANDA BERBAKAT DALAM BOLA SEPAK? Inilah peluang anda!

Tellian New Generation Legacy FC (TNG Legacy FC) kini membuka Pencarian Bakat U16 bagi membentuk pasukan yang bakal mewakili kelab ke Piala Petronas 2026.

📢 Keutamaan diberikan kepada anak-anak tempatan (Local Tellian).
Jika anda mempunyai minat, disiplin dan semangat tinggi untuk bermain bola sepak, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan anda!

📅 Tarikh Pemilihan
🗓️ Bermula 20 Julai 2026
📍 Lokasi
Padang Bola Sepak Kampung Tellian, Mukah

Syarat Penyertaan
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur bawah 16 tahun
✅ Berminat dan komited dalam bola sepak
✅ Berdisiplin serta mampu bekerja dalam satu pasukan
✅ Sihat tubuh badan

📞 Maklumat & Pendaftaran
Pengurus: Sylvester
📱 013-844 4987

🔥 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga TNG Legacy FC!
"Bina Bakat, Kejar Impian!"
LOCAL TELLIAN DIUTAMAKAN!

07/02/2026

Final Piala Asia Futsal 2026Indonesia vs Iran Final Piala Asia Futsal 2026Indonesia vs Iran Live StreamIran vs Indonesia Live StreamIndonesia vs Iran finalLi...

Kejohanan futsal HHT CUP E.3.. TNG FC TNG L'CY
27/01/2026

Kejohanan futsal HHT CUP E.3..
TNG FC
TNG L'CY

25/12/2025

Merry Christmas & happy New year 2026.

Dari back up kitman terus menjadi MOTM utk perlawanan kalah singkir.. Tak lain tak bukan the one and only Norman Abdulla...
06/10/2025

Dari back up kitman terus menjadi MOTM utk perlawanan kalah singkir.. Tak lain tak bukan the one and only Norman Abdullah(Peter). Harap tahun depan msh bersama TNG.. Market makin menaik.

Pihak TNG Legacy FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi ...
06/10/2025

Pihak TNG Legacy FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan, sumbangan serta dorongan dalam menggerakkan pasukan ini.Penganjur kejohanan, pihak MUFA serta semua pegawai yang terlibat.Persatuan Pengadil Mukah yang telah memastikan kelancaran perjalanan perlawanan.N57, N58, dan P213 atas sokongan yang diberikan kepada pembangunan bola sepak di peringkat tempatan.
Penghargaan khusus ditujukan kepada semua pemain anak Kampung Tellian yang sentiasa menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak dilupakan juga kepada pemain dari luar Mukah serta anak-anak Tellian yang kini berkhidmat di Johor, Bintulu dan kawasan lain, yang sanggup kembali bersama pasukan dalam usaha mengangkat nama TNG Legacy FC.Ucapan terima kasih yang sebesar-besarnya ditujukan kepada penaja utama Satu Borneo Sdn. Bhd. atas sokongan berbentuk wang tunai dan penajaan jersi utama pasukan. Tidak ketinggalan juga kepada Sarawakthenewgeneration Stng atas sumbangan peralatan sukan, yang amat membantu kelancaran aktiviti latihan dan perlawanan.Kami turut menghargai QR Fashion sebagai penaja baju warming up, serta miaw Seng dan Garrie McNeil yang sedikit sebanyak turut menyalurkan sumbangan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Media My Studio Mukah dan Nuel the nga"ngam Live Nuel The Ngangam yang sentiasa mendukung pasukan melalui liputan dan promosi. Tidak lupa juga kepada dua individu yang sudi menyumbang yuran penyertaan dan Tn. Misteri. Sesungguhnya, dalam arena bola sepak, kalah dan menang merupakan adat permainan. Namun begitu, biarpun kita kalah di sini, kita tetap bersatu untuk pembangunan – khususnya dalam membangunkan bola sepak di Kampung Tellian. Harapan besar diletakkan agar bola sepak terus menjadi medium penyatuan, penggilapan bakat belia, serta landasan membina jati diri generasi muda.Akhir kata, TNG Legacy FC percaya bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi dengan semangat kebersamaan, sokongan padu dan kesungguhan yang berterusan, pasukan ini akan terus melangkah ke hadapan dan menjadi kebanggaan seluruh masyarakat Kampung Tellian.

Address

NO 61A KAMPUNG TELLIAN DAYA MUKAH
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tellian New Generation Legacy Football Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tellian New Generation Legacy Football Club:

Shortcuts

Share

Category