24/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐๐๐
Merafak sembah dengan penuh takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, sempena ulang tahun kelahiran Ke-77 pada 24 Ogos 2026, bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.
Semoga Allah SWT mengurniakan TYT Tun kesihatan, kesejahteraan, keberkatan dan dipanjangkan usia, serta terus diberi kekuatan dalam mencurahkan khidmat bakti dan memimpin Negeri Melaka ke arah kemajuan dan kemakmuran.
Sampan sarat dengan muatan,
Bawak dagangan melintas paya;
Tun Ali ibarat permata intan,
Gilang - gemilang dalam cahaya.
Pokok kasturi di pinggir kali,
Tepian nanas tumbuh melata;
Selamat Hari Lahir buat Tun Ali,
Tulus ikhlas daripada MAFA.
Setulus Ikhlas daripada :-
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh - Ketua Menteri Melaka Merangkap Presiden MAFA,
Timbalan Presiden, Barisan Kepimpinan, Warga Kerja & Ahli-ahli Kelab Gabungan Bola Sepak Melaka (MAFA)