MTSB Football Club

MTSB Football Club MTSB FC ialah sebuah pasukan bola sepak amatur yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda Terengganu

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada YB ADUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong...
24/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada YB ADUN Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong kerana sudi meluangkan masa bertandang ke Majlis Jamuan dan Kesyukuran MTSB Football Club. Kehadiran YB ADUN amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan besar buat seluruh warga MTSB FC.

Terima kasih juga diucapkan atas cenderahati yang diberikan sempena perlawanan akhir Piala Tok Guru yang lalu. Sokongan dan keprihatinan YB ADUN menjadi suntikan semangat kepada pasukan untuk terus berjuang dan melakar kejayaan.
Semoga ukhwah dan silaturahim yang terjalin ini terus berkekalan, insya-Allah, demi kebaikan sukan dan komuniti setempat.

Dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja tetap MTSB Football Club  atas sokong...
24/01/2026

Dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja tetap MTSB Football Club atas sokongan, jasa dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi. Kepercayaan serta komitmen yang diberikan menjadi nadi kekuatan pasukan untuk terus melangkah gagah, bersaing secara kompetitif dan merebut mana-mana kejuaraan dalam liga bola sepak tempatan di dalam Terengganu.

Sokongan anda adalah pembakar semangat perjuangan kami.

Terima kasih Boss Keri Ayie Nazri

Alhamdulillah...Majlis Jamuan dan Kesyukuran MTSB Football Club diserikan dengan semangat kekeluargaan, gelak tawa, dan ...
24/01/2026

Alhamdulillah...

Majlis Jamuan dan Kesyukuran MTSB Football Club diserikan dengan semangat kekeluargaan, gelak tawa, dan rasa syukur atas setiap kejayaan yang dikecapi bersama.

Selamat menjamu selera ye Tuan² & Puan²...

24/01/2026

Sekitar majlis jamuan dan Kesyukuran MTSB Football Club (MURAI TEGUH SDN BHD)..

JEMPUTAN MAJLIS JAMUAN & KESYUKURANMTSB FOOTBALL CLUB dengan penuh rasa kesyukuran dan hormatnya menjemput seluruh warga...
23/01/2026

JEMPUTAN MAJLIS JAMUAN & KESYUKURAN
MTSB FOOTBALL CLUB dengan penuh rasa kesyukuran dan hormatnya menjemput seluruh warga Pengkalan Berangan serta warga sekitar untuk hadir ke Majlis Jamuan dan Kesyukuran yang diadakan pada SABTU 24 JANUARI 2026 (11.00 pagi hingga 4.30 petang) di LOT 1822, JLN JERONG, KG. BKT PARIT, 21600 MARANG (KANDANG KERI).

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan, pengukuhan silaturrahim dan perkongsian kegembiraan bersama masyarakat setempat. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kejiranan.

Semoga majlis ini diberkati dan menjadi medan kebersamaan yang membawa kebaikan buat semua.
“Bersama Komuniti, Bersatu Dalam Kesyukuran.”

Ikhlas daripada,
MTSB FOOTBALL CLUB

“Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj. Semoga iman diperkukuh, disiplin dipertingkat, dan semangat terus menyala....
16/01/2026

“Selamat Memperingati Peristiwa Israk Mikraj. Semoga iman diperkukuh, disiplin dipertingkat, dan semangat terus menyala. — MTSB Football Club”

Setelah berhempas pulas di perlawanan akhir  , akhirnya takdir menentukan kemenangan belum milik MTSB Football Club ...T...
07/01/2026

Setelah berhempas pulas di perlawanan akhir , akhirnya takdir menentukan kemenangan belum milik MTSB Football Club ...
TAHNIAH juga diucapkan buat para pemain, pengurusan, dan juga Sponsor Tetap kami Ayie Nazri .. kita jumpa pada edisi akan datang 2026...

Today is a MATCHDAY!!!!Dengan lafaz bismillah... Sepenuh pengharapan dan langkah perjuangan di atas padang, kita serahka...
05/01/2026

Today is a MATCHDAY!!!!

Dengan lafaz bismillah...

Sepenuh pengharapan dan langkah perjuangan di atas padang, kita serahkan mutlak pada Sang Khaliq.. persediaan pasukan yang cukup rapi membawa bulatan semangat juang yang cukup ampuh bagi merealisasikan titik kejuaraan...

MTSB Football Club inilah masanya!!!!



Address

MARANG
Marang
21400

Telephone

+601139179196

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MTSB Football Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share