Zero4 X Academy

Zero4 X Academy ZERO4X Academy Development
Building skills, discipline, and character. From Grassroots to Greatness

πŸ† TAHNIAH ZERO4X U12! πŸ†Alhamdulillah, tahniah buat ZERO4X U12 atas kejayaan muncul sebagai JUARA JX CUP 2026, yang berla...
01/09/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4X U12! πŸ†

Alhamdulillah, tahniah buat ZERO4X U12 atas kejayaan muncul sebagai JUARA JX CUP 2026, yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Padang Parit Nawi, Muar, Johor.

ZERO4X U12 berjaya membawa p**ang:

πŸ† Piala Juara
πŸ… Anugerah Pemain Terbaik
πŸ… Anugerah Jurulatih Terbaik
πŸ’° Wang Tunai RM500

Terima kasih kepada barisan coaches atas segala bimbingan dan komitmen, serta ibu bapa atas sokongan padu sepanjang kejohanan. ❀️⚽

Tahniah ZERO4X U12!
πŸ”₯ Perjalanan masih jauh. Ini baru permulaan! πŸ”₯

WE FIGHT, WE BELIEVE, WE ACHIEVE! πŸ†βš½



28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah diucapkan kepada tiga pelatih ZERO4 X Academy yang mewakili Negeri Melaka ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Pulau Pinang, pada 28 Ogos hingga 4 September 2026. πŸ‘βš½οΈ

⚽ Muhammad Zharif Norfal
⚽ Louis Sebastian Thomas
⚽ Muhammad Norhafiz

Seluruh pengurusan ZERO4 X Academy amat berbangga dengan pencapaian kalian. Teruskan berusaha, kekalkan disiplin dan berikan yang terbaik untuk membawa nama Melaka.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam kejohanan MSSM nanti.

Selamat berjuang, anak-anak ZERO4 X! πŸ’™β€οΈ
Bawa nama Melaka dengan bangga! πŸ‡²πŸ‡Ύ






πŸ†βš½ TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U12! βš½πŸ†Tahniah dan syabas kepada ZERO4 X Academy U12 yang berjaya muncul sebagai JUARA PLATE ...
19/08/2026

πŸ†βš½ TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U12! βš½πŸ†

Tahniah dan syabas kepada ZERO4 X Academy U12 yang berjaya muncul sebagai JUARA PLATE πŸ₯‡πŸ† dalam Melaka GP Unity Cup!

πŸ’° Membawa p**ang Piala dan wang tunai RM300 sebagai hadiah kemenangan.

πŸ“… 16 Ogos 2026
πŸ“ Stadium Hang Tuah, Melaka

Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pengurusan atas semangat juang serta usaha yang ditunjukkan. πŸ”₯πŸ’ͺ

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penyokong atas sokongan yang diberikan. ❀️

TERUSKAN BERJUANG, ZERO4 X U12!
ONE TEAM, ONE DREAM! ⚽πŸ”₯






THROWBACK βš½πŸ†Throwback pada 25 & 26 Julai 2026, ZERO4 X telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Football Hub, anjur...
19/08/2026

THROWBACK βš½πŸ†

Throwback pada 25 & 26 Julai 2026, ZERO4 X telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Football Hub, anjuran Mega Empire 5.0.

Alhamdulillah, ZERO4 X U10 dan U12 berjaya muncul sebagai NAIB JOHAN! πŸ₯ˆπŸ”₯

Tahniah dan syabas juga buat adik Muhammad Fayyad (U10) yang telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik! πŸ†πŸ‘

Terima kasih tidak terhingga kepada para jurulatih yang banyak membantu dan membimbing pasukan, serta ibu bapa yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak. β€οΈπŸ‘

Perjalanan masih jauh. Teruskan berjuang, ZERO4 X! πŸ’™βš½πŸ”₯





.0

πŸ† TAHNIAH U9 ZERO4X! πŸ†Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan U9 ZERO4X yang berjaya muncul JUARA Mega Empire 5.0 pada 25 ...
27/07/2026

πŸ† TAHNIAH U9 ZERO4X! πŸ†

Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan U9 ZERO4X yang berjaya muncul JUARA Mega Empire 5.0 pada 25 Julai 2026 di Puchong Football Hub. βš½πŸ’™

Terima kasih kepada barisan jurulatih, semua pemain atas semangat juang yang tinggi, serta ibu bapa yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan doa.

Kejayaan ini adalah milik kita bersama. Terus melakar lebih banyak kejayaan! πŸ’ͺπŸ†






✨ THROWBACK | MILO SUPER CUP 2026 βš½πŸ’™πŸ“… 30 Mei – 1 Jun 2026Alhamdulillah, perjalanan ZERO4X U8 & U12 di MILO Super Cup 202...
27/07/2026

✨ THROWBACK | MILO SUPER CUP 2026 βš½πŸ’™

πŸ“… 30 Mei – 1 Jun 2026

Alhamdulillah, perjalanan ZERO4X U8 & U12 di MILO Super Cup 2026 berakhir di Pra Separuh Akhir Plate.

Walaupun langkah kami terhenti di sini, ia menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat semua pemain. Ibu bapa, jurulatih dan pihak pengurusan amat berpuas hati dengan semangat juang, disiplin serta prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak sepanjang kejohanan.

Kalah adalah proses pembelajaran, manakala kemenangan adalah bonus. Perjalanan ini masih jauh dan kami tidak akan berhenti di sini.

Simpan di sini sebagai kenangan, dan jadikan ia pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan. πŸ’™βš½πŸ”₯







Throwback | 10 Julai 2026 ⚽πŸ”₯Tahniah kepada semua pelatih U12 & U10 di bawah program ZERO4X yang telah diberi kepercayaan...
27/07/2026

Throwback | 10 Julai 2026 ⚽πŸ”₯

Tahniah kepada semua pelatih U12 & U10 di bawah program ZERO4X yang telah diberi kepercayaan mewakili TSSX di JSE International Football Festival 2026

Walaupun perjalanan kami terhenti di Pusingan 16 (Round of 16), semangat juang, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.

Setiap pengalaman adalah satu langkah ke hadapan. Kekalahan hari ini bukan penamat, tetapi pembakar semangat untuk terus berusaha dan kembali dengan lebih kuat.

Insya-Allah, kami akan kembali. Lebih bersedia, lebih berani, lebih kuat! πŸ’™βš½








πŸ† TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U8! πŸ’™β€οΈSetinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain ZERO4 X Academy U8 atas aksi cemerlang di K...
01/07/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U8! πŸ’™β€οΈ

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain ZERO4 X Academy U8 atas aksi cemerlang di Kejohanan Akar Umbi Klang pada 28 Jun 2026.

πŸ₯‡ ZERO4 X Titans berjaya muncul sebagai JUARA hasil kolaborasi dan kerjasama strategik bersama BRPK FC, sekali gus membuktikan bahawa semangat berpasukan, disiplin dan kerja keras mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

πŸ… ZERO4 X Guardians p**a menamatkan saingan di tempat ke-4. Teruskan berusaha, menimba pengalaman dan melangkah lebih jauh pada kejohanan akan datang.

✨ Lebih membanggakan, skuad hasil kolaborasi ZERO4 X Academy dan BRPK FC bukan sahaja dinobatkan sebagai Juara Kategori Cup, malah turut menyapu bersih anugerah utama kejohanan, membuktikan penguasaan pasukan sepanjang pertandingan.

πŸ† Juara Kategori Cup
πŸŽ–οΈ Pertahanan Terbaik
🧀 Penjaga Gol Terbaik
⚽ Penjaring Terbanyak

Tahniah kepada semua pemain, barisan jurulatih, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih ramai bakat bola sepak berkualiti dari peringkat akar umbi.

Bersama membina bakat, bersama melahirkan juara. πŸ’™βš½πŸ”₯





⚽ Zero4X Academy Anjur Sesi Pemilihan Bersama Pencari Bakat Akademi JDT ⚽18 April 2026 - Zero4X Academy telah mengadakan...
27/06/2026

⚽ Zero4X Academy Anjur Sesi Pemilihan Bersama Pencari Bakat Akademi JDT ⚽

18 April 2026 - Zero4X Academy telah mengadakan satu program pemilihan pemain dengan menjemput barisan pencari bakat Akademi JDT ke Padang Penjara Dusun Datuk Murad, Melaka.

Program ini menghimpunkan kira-kira 60 hingga 70 orang pelatih berusia 10 hingga 11 tahun dari sekitar negeri Melaka bagi mempamerkan bakat, kemahiran dan potensi masing-masing di hadapan barisan pencari bakat Akademi JDT.

Sesi pemilihan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelatih menunjukkan kemampuan mereka, malah turut memberikan pendedahan kepada suasana pemilihan yang kompetitif dan profesional.

Zero4X Academy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kelab yang terlibat atas sokongan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan pencari bakat Akademi JDT atas kesudian hadir serta meluangkan masa untuk menilai bakat-bakat muda Melaka. Kepercayaan dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam usaha memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi di negeri ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan menjadi pemangkin kepada lebih ramai pemain muda Melaka untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.





πŸ† ALHAMDULILLAH, DOUBLE PODIUM! πŸ†20 Jun 2026 - Tahniah kepada seluruh pemain, barisan jurulatih dan ibu bapa MSK Zer04 F...
26/06/2026

πŸ† ALHAMDULILLAH, DOUBLE PODIUM! πŸ†

20 Jun 2026 - Tahniah kepada seluruh pemain, barisan jurulatih dan ibu bapa MSK Zer04 FC atas pencapaian cemerlang di Piala Datuk Razak 2026.

πŸ₯‡ MSK zero4 FC U10 B – JOHAN
πŸ₯‰ MSK zero4 FC U10 A – SECOND RUNNER-UP (Tempat Ketiga)

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, disiplin dan semangat berpasukan yang luar biasa. Teruskan melangkah, teruskan berjuang!

Dari Grassroot Ke Puncak Kejayaan! πŸ”₯

πŸ’ͺπŸ†βš½

Address

Malacca City
75000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zero4 X Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category