Persatuan Mendaki Negeri Melaka

Persatuan Mendaki Negeri Melaka Persatuan Mendaki Negeri Melaka | Climbing • Community • Safety • Development

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Persatuan Mendaki Negeri Melaka dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Ra...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Persatuan Mendaki Negeri Melaka dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli, rakan strategik serta komuniti pendaki yang dihormati.

Dalam keberkatan Syawal ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan sepanjang menjalinkan kerjasama dan ukhuwah bersama.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, memperkukuhkan hubungan silaturahim, serta terus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam setiap langkah dan usaha kita.

Terima kasih atas sokongan berterusan yang diberikan. Semoga kita terus melakar lebih banyak kejayaan bersama di masa hadapan.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨

12/02/2026Perjumpaan Santai Persatuan Mendaki Negeri Melaka bersama kelab-kelab rekreasi universiti di Melaka.Pertemuan ...
13/02/2026

12/02/2026
Perjumpaan Santai Persatuan Mendaki Negeri Melaka bersama kelab-kelab rekreasi universiti di Melaka.

Pertemuan ini bukan sahaja membuka ruang perbincangan kerjasama dan perancangan program akan datang, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh jaringan antara komuniti pendaki dan mahasiswa.

Semoga hubungan yang terjalin ini membawa kepada lebih banyak aktiviti bermanfaat dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan mendaki di Negeri Melaka.


✨ Salam Israk Mikraj ✨27 Rejab 1447HSemoga peristiwa agung Israk dan Mikraj menjadi pengajaran serta memperkukuh keimana...
17/01/2026

✨ Salam Israk Mikraj ✨
27 Rejab 1447H

Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj menjadi pengajaran serta memperkukuh keimanan kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Persatuan Mendaki Negeri Melaka

16/01/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara Malaysia dan Universiti Multimedia Melaka (MMU) akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap I bagi tahun 2026 di Negeri Melaka seperti ketetapan berikut:

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦: 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐈 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: 𝐂𝐃𝐏 𝐓𝐡𝐞𝐚𝐭𝐫𝐞 𝟏, 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐮𝐥𝐭𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚, 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟎𝟗 𝐅𝐞𝐛 - 𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟖.𝟎𝟎 𝐏𝐠 - 𝟔.𝟑𝟎 𝐏𝐭𝐠)

*Kuota Penyertaan: 𝟖𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (1𝙨𝙩 𝘾𝙤𝙢𝙚 1𝙨𝙩 𝙎𝙚𝙧𝙫𝙚)

Yuran Kursus:
Wargenegara - RM400

*Sarapan Pagi & Makan Tengahari disediakan

Bayaran kepada:
Akaun Majlis Sukan Negeri Melaka
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 04010000609718

Link Pendaftaran:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYz2jdFXxOEKsOrKYPoPe2M6KS8zTKt_l9PwdC1nhl8mcqPQ/viewform?usp=publish-editor

Syarat dan kelayakan serta tata cara pelaksanaan kursus:
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
- maklumat lanjut prosedur boleh rujuk di portal https://coachingacademy.isn.gov.my/.../sports-science.../1 (Sila baca prosedur permohonan kursus dengan teliti sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran).
- Komitmen peserta sepenuhnya semasa kursus berlangsung.

VP Shanmugam
Kerajaan Negeri Melaka







“Selamat Hari Jadi kepada Timbalan Presiden kita! Semoga terus sihat, ceria, dan diberkati dengan kejayaan dalam semua y...
15/01/2026

“Selamat Hari Jadi kepada Timbalan Presiden kita! Semoga terus sihat, ceria, dan diberkati dengan kejayaan dalam semua yang dilakukan. Terima kasih atas inspirasi dan kepimpinan yang diberikan. 🎉🎂”

06/01/2026

Hi guys! 😀

Are you interested in gaining new skills, valuable experience and exposure at both local and global levels through exchange programmes, conferences or workshops? 🤔

✨ This opportunity is for you! ✨

The Youth Opportunity and Exchange Programme 2026 is now OPEN for applications! 🖋️

Apply now by scanning the QR code on the poster or visit http://exchange.kbs.gov.my for more details. 🖥️

Application period: 5 - 23 January 2026 🗓️

Fly high, JBSN is committed. 💪

*Terms and conditions apply ✌️



Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026Persatuan Mendaki Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluru...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026

Persatuan Mendaki Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluruh ahli, rakan strategik, sukarelawan serta komuniti pendaki tanah air. Semoga kehadiran tahun baharu ini membawa sinar baharu, kekuatan semangat dan iltizam yang lebih tinggi dalam meneruskan usaha memartabatkan aktiviti pendakian dan sukan rekreasi secara selamat, beretika dan berdisiplin.

Sepanjang tahun yang lalu, pelbagai cabaran telah kita tempuhi bersama. Namun dengan kerjasama, komitmen dan semangat kebersamaan yang utuh, kita terus melangkah ke hadapan, menawan setiap cabaran ibarat mendaki ke puncak yang lebih tinggi. Semoga tahun 2026 menjadi medan untuk memperkukuh persatuan, melahirkan lebih ramai pendaki berkemahiran, serta memperluaskan jaringan dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Akhir kata, marilah kita melangkah ke tahun baharu ini dengan tekad yang segar, semangat yang membara dan keutamaan terhadap keselamatan dalam setiap aktiviti. Terus mendaki dengan ilmu, berbakti dengan jati diri, dan mara bersama Persatuan Mendaki Negeri Melaka.

Selamat Tahun Baru 2026.
Terus Melangkah Tinggi. Terus Mendaki Bersama.







Happy New Year 2026

Persatuan Mendaki Negeri Melaka extends its warmest New Year greetings to all members, strategic partners, volunteers, and the wider climbing community. May the new year bring renewed energy, stronger determination, and greater unity as we continue to develop and promote climbing activities in a safe, ethical, and disciplined manner.

Over the past year, we have faced various challenges together. Through teamwork, commitment, and a strong spirit of camaraderie, we have continued to progress—overcoming every obstacle much like a challenging climb toward higher goals. May 2026 be a year of growth, strengthening our association, nurturing skilled and responsible climbers, and expanding impactful programs for the community.

As we step into the new year, let us move forward with renewed purpose, strong passion, and safety as our top priority in every activity. Continue to climb with knowledge, act with integrity, and advance together with Persatuan Mendaki Negeri Melaka.

Happy New Year 2026.
Climb Higher. Stay Grounded. Move Forward Together.

🧗‍♂️ SEWAAN MOBILE TOWER WALL CLIMBING 🧗‍♀️Jadikan acara anda lebih menarik, aktif dan bermakna dengan aktiviti mencabar...
30/12/2025

🧗‍♂️ SEWAAN MOBILE TOWER WALL CLIMBING 🧗‍♀️

Jadikan acara anda lebih menarik, aktif dan bermakna dengan aktiviti mencabar ini!

🔥 Mobile Tower Wall Climbing
✔ Sesuai untuk karnival, hari keluarga, sekolah & acara korporat
✔ Selamat, menyeronokkan dan mencabar
✔ Dikendalikan oleh kru terlatih & berpengalaman
✔ Peralatan keselamatan lengkap disediakan

🏔 Disediakan oleh Persatuan Mendaki Negeri Melaka
Sebuah persatuan yang berpengalaman dalam aktiviti mendaki dan lasak.

📍 Kami datang ke lokasi anda!
📞 PM / WhatsApp sekarang untuk tempahan & harga!

www.wasap.my/60136853103/Towermobilewallclimbing
www.wasap.my/60136853103/Towermobilewallclimbing

www.wasap.my/60142215621/Towermobilewallclimbing
www.wasap.my/60142215621/Towermobilewallclimbing





🧗‍♂️ MOBILE TOWER WALL CLIMBING FOR RENT 🧗‍♀️

Make your event more exciting, active & memorable with our climbing attraction!

🔥 Mobile Tower Wall Climbing
✔ Suitable for carnivals, family days, school & corporate events
✔ Safe, fun and challenging
✔ Operated by experienced and trained crew
✔ Complete safety equipment provided

🏔 Provided by Persatuan Mendaki Negeri Melaka
A trusted organization with experience in climbing and outdoor activities.

📍 We come to your location!
📞 PM / WhatsApp us now for booking & pricing!
www.wasap.my/60136853103/Towermobilewallclimbing
www.wasap.my/60136853103/Towermobilewallclimbing

www.wasap.my/60142215621/Towermobilewallclimbing
www.wasap.my/60142215621/Towermobilewallclimbing

10/12/2025-Kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka Tuan Zailani Bin Siran.Objektif utama ...
16/12/2025

10/12/2025-Kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka Tuan Zailani Bin Siran.

Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama
antara JBS Melaka dan PMNM disamping itu dapat membincangkan halatuju sukan mendaki di Negeri Melaka.

Persatuan Mendaki Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan pengarah serta warga JBS melaka.

Address

Malacca City
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mendaki Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category