Sembang Isu Lokal

Sembang Isu Lokal Sembang Isu Tanah Air, Ekonomi, Pendidikan, & Internasional

29/07/2026

Inilah kehebatan latar belakang calon-calon yang dipertaruhkan oleh Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.

1. Pengalaman mentadbir kerajaan negeri dibawa oleh Dato' Dr. Rafie Malek di DUN Ampangan. Sebagai bekas EXCO kanan Negeri Sembilan dan pemegang Doktor Falsafah, beliau membawa pengalaman yang luas dalam pentadbiran, pembangunan dasar dan pengurusan negeri.

2. Dalam aspek keselamatan p**a, Datuk Razali Abu Samah di DUN Sikamat menawarkan pengalaman sebagai bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka. Pengalaman memimpin organisasi besar, mengurus krisis dan menjaga keselamatan awam menjadi antara kekuatan yang dibawa beliau.

3. Turut melengkapkan pasukan ini ialah Ustaz Fatah di DUN Bagan Pinang, seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia yang membawa nilai disiplin, keberanian dan semangat berkhidmat hasil pengalaman mempertahankan negara.

4. Bagi memperkukuh aspek perundangan dan kepimpinan generasi baharu, Perikatan Nasional mengetengahkan dua peguam muda lulusan luar negara. Danni Rais di DUN Klawang, anak jati Jelebu yang memilih p**ang berbakti kepada negeri sendiri, dan Lee Boon Shian (Ah Boon) di DUN Bukit Kepayang, seorang peguam profesional yang membawa aspirasi generasi muda.

5. Di DUN Paroi, Haji Kamarol Ridzuan p**a membawa lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), kepakaran yang amat penting dalam aspek pengurusan risiko, tadbir urus dan pembangunan mampan.

6. Dalam usaha membina generasi masa depan, Ustaz Fairuz Isa di DUN Serting tampil dengan pengalaman sebagai agamawan dan pendidik. Penglibatan beliau dalam dunia pendidikan menjadikan pembangunan modal insan dan pembentukan generasi berilmu sebagai antara fokus utama perjuangannya.

7. Perikatan Nasional turut menampilkan tokoh-tokoh yang telah lama berkhidmat di peringkat akar umbi. P.M. Kumar di DUN Lobak dikenali melalui penglibatan aktif dalam aktivisme masyarakat merentas kaum.

8. Di DUN Mambau, Erik Michael p**a membawa pengalaman sebagai usahawan dengan penekanan terhadap pembangunan belia dan peluang ekonomi.

9. Melengkapkan pasukan ini ialah Haji Ridzuan Ahmad di DUN Gemas, bekas wakil rakyat yang aktif dalam pembangunan sukan dan belia, serta Dato' Sathes Kumar di DUN Lukut, seorang usahawan dan pemegang MBA yang turut aktif dalam pembangunan komuniti.

10. Lebih menarik lagi, barisan ini turut mencerminkan kepelbagaian masyarakat Negeri Sembilan. Daripada 11 calon yang ditampilkan, terdiri daripada 7 calon Melayu, 3 calon India dan seorang calon Cina. Kepelbagaian ini bukan sekadar pada kaum, tetapi juga pada pengalaman, kepakaran dan perspektif yang dibawa.

Akhirnya, sebuah negeri tidak dibangunkan dengan retorik atau slogan semata-mata. Ia dibangunkan oleh mereka yang mempunyai pengalaman memimpin, keberanian membuat keputusan dan kesungguhan memikul amanah.

Itulah tawaran sebenar Perikatan Nasional.
Bukan sekadar barisan calon. Tetapi sebuah pasukan yang lengkap, berpengalaman dan bersedia mentadbir Negeri Sembilan.


29/07/2026

β€œ5 Calon. 1 Tekad. Demi Negeri Sembilan.”

Lima calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional hadir dengan satu tekad yang sama menjadi suara rakyat, membawa politik berteraskan integriti, kebajikan dan amanah.

Mereka bukan sekadar menawarkan diri sebagai calon, tetapi bersedia memikul amanah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat dan membina Negeri Sembilan yang lebih sejahtera.

πŸ—³οΈ Pada hari mengundi, berikan sokongan anda kepada calon-calon PAS terutamanya dalam Perikatan Nasional.

Tidak lupa juga, pihak Pena Selatan menyeru rakyat Nismilan memberi sokongan dan undian untuk calon PN yang dari parti berbaki dan afiliate kita dalam Muafakat Nasional iaitu BN..

"NISMILAN KITA JAGO"







29/07/2026

🀝 GELOMBANG BIRU, GELOMBANG PENYATUAN

Demi kestabilan dan masa depan Negeri Sembilan, kita memilih jalan muafakat, bukan perpecahan.

Setiap undi membawa harapan. Setiap pangkah menentukan hala tuju negeri.

Undi Penyatuan. Undi PN & BN.

Beradat β€’ Muafakat β€’ Berkat







21/07/2026

AGENDA PENYATUAN UMMAH SEKALI LAGI BAKO JADI DI NOGORI SOMBILAN! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Bona ko Penyatuan Ummah sekali lai di PRN Nismilan?

Angin penyatuan nan mombawo suaro rakyat, muafakat & kestabilan kini dah mulai botiup koncang di Nismilan ni ha.

Buek maso dopan tanah air, buek kemakmuran kito bersamo, ayuh kito kotopikan pebezaan. Rapatkan saf, bulek kan hati & tekad.

Bersamo Perikatan Nasional, Barisan Nasional & Perikatab Nasional, kito bawo somangat perpaduan sontak sampai jadi.

Ayuh urang Nismilan, bingkeh bangun bersamo! Jago Nismilan kito. Insya-Allah, bulek aie dek kerano pembotung, bulek manusio dek kerano muafakat.". πŸ’›πŸ–€β€οΈ




21/07/2026

πŸ”₯ CERAMAH UMUM PERDANA PN Γ— BN DUN SERTING πŸ”₯

Ayuh seluruh warga DUN Serting hadir memeriahkan program himpunan rakyat yang menghimpunkan barisan kepimpinan dan tokoh-tokoh berpengalaman untuk berkongsi pandangan mengenai masa depan negeri dan kesejahteraan rakyat.

πŸŽ™οΈ Barisan penceramah:
β€’ YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor
(Menteri Besar Kedah)

β€’ YB Dato' Ustaz Rosli Abdul Jabar
(ADUN Tanjung Lumpur)

β€’ YB Dato' Haji Shamsulkahar Mohd Deli
(Ahli Parlimen Jempol)

β€’ Dato' Seri Haji Mohd Salim Sharif
(Mantan Ahli Parlimen Jempol)

β€’ Dato' Haji Ahmad Yahya
(Ahli Parlimen Pokok Sena)

β€’ Ustaz Mohd Fairuz Haji Mohd Isa
(Calon N.05 DUN Serting)

πŸ“… 23 Julai 2027 (Khamis)
πŸ•– 7.00 Petang – 12.00 Malam
πŸ“ Hadapan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Serting
https://maps.app.goo.gl/7dtkGnRXottf7wgv7

Datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Kehadiran anda menjadi tanda sokongan kepada usaha membina masa depan yang lebih baik untuk DUN Serting.

Jumpa anda di sana!







PAS Istiqmah dan taat pada pimpinan
12/07/2026

PAS Istiqmah dan taat pada pimpinan

KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN PILIHANRAYA NEGERI JOHOR KE - 16

Credit to :
Dato’ Dr. Mahfodz bin Mohamed
PAS JOHOR

12/07/2026

Harapan yang disiram setiap hari, akhirnya tetap layu. 🌿

Rakyat Johor sudah memberi jawapan di peti undi. Yang kekal bukan propaganda, tetapi mandat rakyat.

Salam 48 - 8 πŸ”΅πŸ”΄

BERKAT β€’ PRIHARIN β€’ SEJAHTERA"






11/07/2026

Johor kita, tanggungjawab kita, masa depan kita.

Setiap pilihan hari ini menentukan masa depan Johor. Justeru, negeri ini memerlukan pemimpin yang berintegriti, berprinsip dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap amanah yang dipikul.

Pihak Pena Selatan ajak kita semua kenali calon-calon PN–PAS Johor yang komited berkhidmat, membawa suara rakyat dan berusaha membina Johor yang lebih sejahtera. Bersama, jom jaga Johor.

BERKAT β€’ PRIHARIN β€’ SEJAHTERA"







11/07/2026

𝗣𝗔𝗦 π——π—”π—›π—¨π—Ÿπ—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—¦π—§π—”π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯, π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑

Inilah prinsip yang dibawa PAS Johor.

Kesediaan PAS untuk mengambil pendirian matang sekiranya tiada parti memperoleh majoriti bukanlah kerana mengejar jawatan atau habuan politik. Sebaliknya, ia demi memastikan Johor terus stabil, rakyat terbela dan kepimpinan yang bertanggungjawab dapat diteruskan.

PAS tidak meminta-minta untuk berada dalam kerajaan. Keutamaan kami tetap sama:
βœ… Kestabilan negeri.
βœ… Kesejahteraan rakyat.
βœ… Masa depan Johor.

Kerjasama yang dihulurkan adalah tanda kematangan politik, bukan kelemahan.

Kerana bagi PAS, kepentingan negeri sentiasa mengatasi kepentingan parti dan jawatan.

BERKAT β€’ PRIHARIN β€’ SEJAHTERA"







11/07/2026

Bangsa Johor, masa untuk bertindak! Pastikan anda turun mengundi. Sila rujuk Panduan Mengundi Nyata di bawah untuk memastikan undi anda dikira mengikut strategi parti.

πŸ“‹ PANDUAN MENGUNDI NYATA:
1. 01: Undi PN-PAS di 11 DUN Johor.
2. 02: Undi PN di SEMUA DUN yang bertanding.
3. 03: Undi BN HANYA di DUN yang tiada calon PN.
4. 04: PENTING! ❌ PASTIKAN TIDAK UNDI PH.

Pihak Pena Selatan mengajak seluruh warga Johor untuk menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan di seluruh Johor.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lebih ramai mendapat maklumat yang benar dan bersama-sama menjayakan tanggungjawab kita.

BERKAT β€’ PRIHARIN β€’ SEJAHTERA"







Address

Malacca City
75250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Isu Lokal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share