04/12/2022
You are the best bos....
SIAPA
YB DATO' VERDON BAHANDA?
-------------------------------
Kecil orangnya, tetapi besar semangatnya.
Begitulah gambaran terhadap seorang yang bernama Yb Dato' Verdon Bahanda.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai CEO Sabah FC namun melepaskan jawatan tersebut pada penghujung tahun 2020.
Selepas melepaskan jawatan CEO Sabah FC,
Beliau mengorak langkah dengan menubuhkan kelab beliau sendiri Kinabalu Jaguar FC.Penubuhan kelab Kinabalu Jaguar FC objektifnya menurut beliau adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda di Sabah bermain diperingkat yang lebih tinggi iaitu Liga M3 Malaysia.
Menguruskan kelab dan menggunakan dana peribadi sendiri bukanlah begitu mudah
Tetapi, berkat pengurusan yang konsisten dan sistematik kita dapat melihat perjalanan kelab beliau begitu sistematik ditambah lagi dengan dibantu oleh CEO KJFC Tuan Adzhar Mohamad yang mempunyai pengalaman luas dalam urus tadbir pasukan bolasepak.
Bagi musim ini, perjalanan kelab KJFC dilihat agak baik bagi sebuah kelab yang baru.
Melayakkan diri hingga ke pusingan suku akhir adalah satu pencapaian yang tidaklah begitu teruk bagi musim ini, memandangkan kelab ini baru dibentuk pada awal 2021.
Kelab ini juga telah membuka peluang kepada bekas-bekas pemain negeri antaranya
Leopold Alfonso Otong, Jenius karib, Sabri Sahar, Mohd Azwan Fattah, Ariusdius Jais dan ramai lagi.
Pada pertengahan tahun lalu (2021), sekali lagi Yb Dato'Verdon Bahanda membuat satu pembaharuan dengan membawa Liga M5 (AFL) ke daerah Kudat.Menurut rekod, Liga M5 Kudat merupakan Liga M5 yang pertama di negeri Sabah.
Usaha beliau ini harus kita lihat sebagai satu usaha yang sangat positif dan sudah semestinya,usaha beliau ini akan dapat melahirkan pemain-pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,samada mewakili Sabah FC, Kinabalu Jaguar FC mahupun kelab di seluruh negara di masa akan datang.
Buat YB DATO'VERDON BAHANDA,
Teruskan usaha, semoga usaha anda akan dapat melahirkan pemain dan seterusnya kelab yang akan mampu bersaing di peringkat tertinggi dalam liga Malaysia.
selamat maju jaya juga kepada
Kinabalu Jaguar FC bagi musim 2023.
Kredit gambar : KJFC Media Official