Kelab Penyokong MUFC Otai LD

Kelab Penyokong MUFC Otai LD Kelab Penyokong MUFC Otai LD

FRIENDLY FOOTBALL KPMU VS LD COPSIPD STADIUM 01.05.2026 FIRDAY
02/05/2026

FRIENDLY FOOTBALL
KPMU VS LD COPS
IPD STADIUM
01.05.2026 FIRDAY

24/07/2025
FRIENDLY MATCH KPMU OTAI VS KBLK MIX FC24.07.2025 KHAMISMARINE STADIUM
24/07/2025

FRIENDLY MATCH
KPMU OTAI VS KBLK MIX FC
24.07.2025 KHAMIS
MARINE STADIUM

30/06/2025
The Legend El Matador Edinson Cavani EC7
30/06/2025

The Legend El Matador Edinson Cavani EC7

30/06/2025

I got over 20 reactions on one of my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

Friendly Match KPMU OTAI VS VTRAN LASAI 29.06.2025 AHADIPD LD STADIUM
29/06/2025

Friendly Match
KPMU OTAI VS VTRAN LASAI
29.06.2025 AHAD
IPD LD STADIUM

26/06/2025

Salam Maal Hijrah

Setiap kali kedatangan awal Muharram, kita secara tidak sedar atau sedar akan melalui satu fasa baharu dalam kalendar Islam. Peristiwa Maal Hijrah adalah detik bersejarah yang penuh makna dan pengajaran bagi seluruh umat Islam di Malaysia khasnya di Negeri Sabah mahupun di seluruh dunia. Ia mengingatkan kita tentang perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, satu langkah strategik yang bukan sahaja menyelamatkan baginda dan umat Islam daripada ancaman penindasan malah menjadi titik tolak kepada perkembangan dan penyebaran Islam yang lebih luas.

Perjalanan hijrah ini merupakan simbol kekuatan iman, keberanian dan tekad untuk memperbaiki diri. Ia mengajarkan kita bahawa dalam menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan, sikap istiqomah dan keazaman yang tinggi perlu terus dipupuk. Tanpa menyedari, setiap dari kita melalui fasa kehidupan yang penuh liku dan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, baik yang manis mahupun pahit, adalah cermin dan pengajaran berharga untuk membentuk jati diri lebih matang.

Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah peluang terbaik untuk kita melakukan muhasabah diri. Ia mengingatkan kita bahawa hijrah tidak bermakna perpindahan fizikal sahaja tetapi lebih penting adalah hijrah hati dan mental ke arah kebaikan. Bagi kehidupan moden hari ini, hijrah bermaksud memperbaiki diri dari sudut akhlak, amalan dan keimanan kepada Allah SWT. Ia adalah satu proses perubahan berterusan yang memerlukan iltizam dan disiplin.

Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa setiap hijrah perlu diiringi dengan usaha dan keazaman untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Begitu juga, tahun baharu Hijrah ini harus menjadi titik tolak untuk kita memasang azam yang lebih tinggi, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan keimanan.

Dalam menyambut tahun baru Islam 1447 Hijrah ini, marilah kita memasang azam dan iltizam yang teguh untuk lebih berusaha dalam mencapai impian dan matlamat hidup. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran, keluarga mahupun ibadah, setiap langkah kecil jika dilakukan secara istiqomah akan membawa perubahan besar dan keberkatan dari Allah SWT. Jangan biarkan tahun baharu berlalu tanpa sebarang perubahan positif sebaliknya jadikan setiap hari sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan.

Selain itu, sambutan Maal Hijrah juga adalah peluang untuk kita muhasabah dan menilai sama ada amalan dan prinsip hidup kita telah selari dengan ajaran Islam. Sekali hijrah, kita perlu istiqomah dalam memperbaiki diri dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran. Ingatlah, setiap perjuangan dan usaha yang dilakukan demi kebaikan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Sebagai umat Islam, kita perlu menghayati makna Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Islam menghendaki kita sentiasa berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Ia adalah satu perjalanan hidup yang berterusan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan memperbaiki amalan dan memperkukuh keimanan, kita dapat menghadapi segala dugaan dan cabaran zaman dengan penuh kekuatan.

Selain itu, sambutan Maal Hijrah juga adalah masa yang sesuai untuk kita memperkukuh ukhuwah dan mempererat hubungan sesama umat Islam. Bersama-sama, kita boleh mengembalikan semangat persaudaraan dan saling bantu membantu dalam memenuhi tanggungjawab agama dan masyarakat. Ingatlah, berjaya di dunia dan akhirat bermula daripada usaha dan niat ikhlas untuk berbuat kebaikan.

Di kesempatan ini, Saya Ismail Cmc Presiden Serta Pimpinan AJKT Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, Tahun Baru Islam 1447H ( 01 Muharram 1447H bersamaan 27 Jun 2025M - Jumaat ) kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya di Daerah Lahad Datu dan Negeri Sabah serta seluruh dunia. Semoga tahun baharu ini membawa sinar kejayaan dan keberkatan lebih baik daripada sebelumnya. Semoga setiap langkah kita dipandu oleh iman dan takwa kepada Allah SWT dan setiap usaha kita diberkati serta dipermudahkan.

Kita semua pasti sudah membuat persediaan dan azam baharu untuk menyambut tahun Hijrah ini. Jangan lupa, sebelum menyambut tahun baharu, kita mendedikasikan ucapan Salam Maal Hirah dan doa kepada yang tersayang, sahabat handai dan seluruh umat Islam. Semoga hubungan silaturrahim dan keimanan kita semakin kukuh dan harmoni. Tetaplah istiqomah dan bersemangat dalam meniti jalan kebaikan. Sekali hijrah, tetap istiqomah.

-Admin-
26 Jun 2025 / Khamis
29 Zulhijjah 1446H

fans Riduan Mohd Salleh

Salam Perpisahan Perlawanan terakhir buat saudara Safie BilalBeliau akan berpindah ke Semenanjung MalaysiaSemoga beliau ...
26/06/2025

Salam Perpisahan
Perlawanan terakhir buat saudara Safie Bilal
Beliau akan berpindah ke Semenanjung Malaysia
Semoga beliau di lindungi Allah S.W.T dan semoga berjaya selalu

Friendly Match KPMU OTAI LD VS KDM MIX26.06.2025 KHAMISMARINE STADIUM
26/06/2025

Friendly Match
KPMU OTAI LD VS KDM MIX
26.06.2025 KHAMIS
MARINE STADIUM

Address

Lahad Datu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Penyokong MUFC Otai LD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category