31/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, akhirnya perjalanan IRC Sendayan City S.A. dalam Liga Remaja Negeri Sembilan Bawah 17 Tahun telah sampai ke penghujungnya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak pengurusan IRC Sendayan City S.A., terutamanya Coach Lee, atas segala usaha, masa, tenaga, tunjuk ajar dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk memimpin pas**an ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Coach Bai, Mr Sara dan Coach2 yang membantu sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Tidak dilupakan kepada para pemain yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan pengorbanan dalam setiap perlawanan. Walaupun kita bukan pas**an pilihan berbanding pas**an-pas**an yang hebat, kita tetap berani bersaing, tidak mudah menyerah dan membuktikan bahawa kita mampu berdiri bersama mereka.
Kepada ibu bapa, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang anak-anak, memberikan sokongan, dorongan, masa dan pengorbanan. Kehadiran serta sokongan anda semua amat besar maknanya buat pas**an ini.
Terima kasih juga kepada para penaja yang telah membantu dan menyokong perjalanan pas**an sepanjang kejohanan ini. Tanpa sokongan semua pihak, mungkin perjalanan ini tidak akan semudah yang kita lalui.
Akhir kata, tahniah kepada semua yang terlibat. Kita mungkin belum mencapai segala yang kita impikan, tetapi kita telah mencipta satu perjalanan yang penuh pengalaman, cabaran, s**a dan duka.
Alhamdulillah, kita berjaya menamatkan liga di kedudukan 5 terbaik daripada 14 pas**an. Ini bukan sekadar tentang kedudukan, tetapi tentang usaha, keberanian dan perjalanan yang telah kita lalui bersama.
Terima kasih semua.❤️⚽💪🏻
Coach Angah
Coach U17