Kelab Olahraga Semekar

Kelab Olahraga Semekar Rumah Rasmi Olahraga Semekar. Jemput follow kami.

Semekar Athletics memerlukan dana untuk pertandingan RS Athletics Championship 2026. Oleh yang demikian, pihak kelab mem...
26/08/2026

Semekar Athletics memerlukan dana untuk pertandingan RS Athletics Championship 2026. Oleh yang demikian, pihak kelab memohon ehsan daripada orang ramai untuk menyumbang dana bagi tujuan tersebut.

Dana untuk makan dan minum, serta kebajikan seperti ubat-ubatan dan peralatan pertandingan sudah mencukupi.

Tetapi kami masih kekurangan dana untuk pengangkutan dan penginapan pasukan sepanjang 5 hari 4 malam di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Kami memerlukan tambahan dana sebanyak RM1500.00 untuk tujuan di atas. Setakat hari ini, dana terkumpul mencecah RM500.00, bermakna kami masih memerlukan dana sekitar RM1000.00 sahaja lagi.

Kami mencari 100 orang untuk menyumbangkan RM10.00 seorang.

Kami mohon jasa baiknya. Terima kasih banyak, orang baik! ๐Ÿ™๐Ÿป

16/08/2026

10M FLY.

Menurut Haugen et. al (2019) dan Dillon, et. al (2026), 10m Fly merupakan cara dan penanda aras terbaik dalam melatih top speed.

Kedua-dua berpendapat bahawa melatih top speed mampu meningkatkan daya tahan (endurance). Agak kontroversi bagi sesetengah pihak kerana ramai yang berdebat bahawa endurance hanya boleh ditingkatkan dengan latihan endurance saja.

Tapi kajian mereka mendapati sebaliknya. Terdapat dua kumpulan;

Kumpulan A dilatih dengan latihan 10m fly.

Kumpulan B dilatih dengan latihan jarak jauh.

Hasil kajian, kumpulan A dan Kumpulan B mempunyai kapasiti aerobik yang sama. Tiada beza sama sekali dari segi kemampuan dan kapasiti aerobik.

Tapi, kumpulan A mempunyai tahap kecergasan dan kelajuan lebih tinggi berbanding Kumpulan B.

Kesimpulannya, latihan top speed meningkatkan endurance. Tapi latihan endurance tidak meningkatkan top speed.

Oleh yang demikian, mengikut saranan kajian terkini; jurulatih pecut Olahraga Semekar menggunakan 10m fly sebagai alat conditioning sewaktu General Prep-Phase 1 (GPP1) sejak tahun lepas.

Dan ia akan berterusan jua untuk tahun ini dan tahun depan.

06/08/2026

Disclaimerโ€ผ๏ธ
๐™บ๐š˜๐š—๐š๐šŽ๐š— ๐š’๐š—๐š’ ๐š–๐šž๐š—๐š๐š”๐š’๐š— ๐š”๐š˜๐š—๐š๐š›๐š˜๐šŸ๐šŽ๐š›๐šœ๐š’๐šŠ๐š• ๐š‹๐šŠ๐š๐š’ ๐šœ๐šŽ๐šœ๐šŽ๐š๐šŽ๐š—๐š๐šŠ๐š‘ ๐š™๐š’๐š‘๐šŠ๐š”.

โ€œTop speed builds endurance, and endurance doesnโ€™t build top speedโ€ฆโ€

Masih ramai beranggapan bahawa Top Speed itu dibina dengan jarak larian panjang. Ada yang percaya bahawa semakin jauh atlet berlari, maka semakin laju atlet itu.

Sedangkan dalam dunia elit pecut, ia tidak begitu. Atlet pecut elit dunia tidak banyak melakukan conditioning run kerana mereka percaya ia tidak membantu meningkatkan top speed.

Menurut Dr. Dillon, et. al (2026) & Buchet, et. al (2014), โ€˜top speedโ€™ memberikan kelebihan endurance kepada atlet. Semakin tinggi top speed, maka semakin meningkatlah endurance.

Bahasa mudahnya begini;

Atlet yang meningkatkan top speed daripada 17mph ke 20mph kini boleh berlari pada top speed lama dengan โ€˜effortโ€™ yang kurang.

Mereka boleh tahan pace lebih lama. Boleh mengulangi speed itu berulang kali, dan recover lebih cepat berbanding atlet dengan top speed rendah.

Bahkan, dalam pertandingan sebenar yang penuh dengan saringan, separuh akhir dan akhirโ€”mereka mampu mengekalkan prestasi pada tahap terbaik. Jika jatuh pun, ia pada peratusan yang sedikit memandangkan mereka mempunyai siling top speed yang tinggi.

Mereka lebih cergas dan tak cepat penat.

Ini yang dinamakan sprint capacity. Kesan berantai ini hanya bermula daripada satu (1): Top Speed. Dan ia hanya perlu dilatih menggunakan simple workout seperti 10m fly.

Sudah tentu, latihan speed endurance tetap diperlukan sebagai bentuk sokongan kepada top speed bagi mengajarkan tubuh menangani asid laktik dan mengekalkan postur tubuh dan mekanik larian semasa pertandingan.

Speed endurance builds endurance and efficiency not speed.

Top speed builds speed and endurance.

Rujukan:
Dr. Dillon. M, Dr. Ray, M. & Eddie, H. (2026). Breaking The Speed Barrier: How Elite Coaches Teach Speed. Get Fast LLC.

Bucheit, et. al. (2014). Mechanical determinants of acceleration and maximal sprinting speed in highly trained young soccer players. Journal of Sports Sciences, 32(20), 1906-1913.

02/08/2026

BLOCK STARTS BIOMECHANICS.
According to latest research in 2026.

โ€œQuadruple Extension of the ankle, knee, hip and shoulder.โ€ Dr. Dillon, et. al (2026).

Langkah pertama hingga lima atlet (Dalam Video) sudah cukup baik. Hanya minor change saja yang diperlukan seperti shin angle.

Selain itu, drive phase dia perlu dipanjangkan ke sekitar 20m memandangkan drive phase-nya sekarang sekitar 10-12m saja.

Dia harus diajar memanfaatkan horizontal force sebaik dan seoptimum mungkin.

Rujukan:
Dr. Dillon, M., Dr. Ray, M., & Eddie, H. (2026). Breaking the speed barrier: How Elite Coach Teach Speed.

02/08/2026

Training Diary:
18/06/2026 (Thursday)

Active Recovery: Isometric Exercises

Workouts:
Warm up drills
5-Minutes Slow Jog
Glute Bridges 45s x 2
R/L Single Leg Iso 45s x 2
Lunge Iso 45s x 2
Wall Sits 50s x 2
Cool down

our prep practice for MSSD Kudat 2026.

Isometric Exercises adalah cara kami menjalankan active recovery kerana ia tidak membebankan CNS atlet. Isometric tidak memerlukan banyak pergerakan, jadi ia tidak mendedahkan atlet kepada kecederaan.

Ia turut terbukti menguatkan beberapa segmen otot sprinter โ€” Glutes, Hamstring, Quads, Archilles Tendon, Patellar Tendon dan Hip Flexors.

31/07/2026

Training Diary:
17/06/2026 (Wednesday)

TOP-END SPEED

Workouts:
Warm up drills
30m Acceleration x 3
30m Fly x 2
4x100m Practice
Cool down

: This is our prep practice 2 weeks before MSSD Kudat.

Semekar Athletics.

29/07/2026

Training Diary:
16/06/2026 (Tuesday)

ACTIVE RECOVERY

Workouts:
Warm up drills
Extensive Tempo at 75% Effort: Broken 100m (50+50) x 6
Over-Under Hurdles 4 x 2
Wickets High Knees 4 x 2
Wickets A-Switch 4 x 2
Ins-Outs Ladder 4 x 2
Cool down

โ€”

Throwback. This is our prep practice before MSSD Kudat 2026.

Semekar Athletics.

TERIMA KASIH. Terima kasih kepada semua atlet atas perjuangannya. Terima kasih kepada semua jurulatih dan pegawai pengir...
26/07/2026

TERIMA KASIH.

Terima kasih kepada semua atlet atas perjuangannya.
Terima kasih kepada semua jurulatih dan pegawai pengiring.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan dan keselamatan kontinjen.

Syabas dan tahniah kepada enam orang atlet Olahraga Semekar yang layak ke Kejohanan Olahraga MSS Sabah Kali Ke 58 Tahun 2026. Kalian sudah berjuang dan berusaha sehabis baik.

P15 4x100m
Separuh Akhir 2: 55.25 (
- Carol Viviyanie Nirison: 13.58* Split Time

L15 4x100m
Separuh Akhir 1: 45.11
- Adam Rio Aqashya: 11.30* Split Time

L18 4x100m
Separuh Akhir 2: 43.33s (Tempat Pertama)
- Darren Isacc, Shafie Khamar, Sahirul Izznur (SEMEBA), Christopher Danny, Salomo Makuji (Simpanan)

Akhir: 42.77 (Tempat Kelima)
- Darren Isacc, Shafie Khamar, Sahirul Izznur (SEMEBA), Christopher Danny, Salomo Makuji (Simpanan)

L18 100m
Separuh Akhir 1: 11.23 (Tempat Keempat)
Mohammad Shafie Khamar

L18 200m
Separuh Akhir 2: 23.02 (Tempat Kelima)
Mohammad Shafie Khamar

Separuh Akhir 3: 22.73 (Tempat Kedua)
Akhir: 22.67 (Tempat Kelima)
Christopher Danny Anak Toda

โ€”

Meski tanpa pingat tahun ini, tapi setidaknya ini menjadi batu loncatan untuk Olahraga Semekar pergi lebih jauh lagi selepas ini.

Ini baru permulaan untuk Olahraga Semekarโ€”kita tiada di MSSS tahun lepas tapi tahun ini kita layak secara merit. Oleh yang demikian, kita pasti kembali hadir lebih hebat pada edisi yang mendatang.

Semekar Athletic tidak akan pernah matiโ€”semangat dan perjuangannya!

SEJARAH BAHARU! TAHNIAH! Pentas final sudah melabuhkan tirainya petang tadi dengan menyaksikan Kuartet Kudat menduduki t...
22/07/2026

SEJARAH BAHARU! TAHNIAH!

Pentas final sudah melabuhkan tirainya petang tadi dengan menyaksikan Kuartet Kudat menduduki tempat kelima dengan catatan masa 42.77s!

Berdasarkan data Jsports, ini merupakan masa terpantas Kudat dalam tempoh 7 tahun. Juga merupakan pentas final pertama Kudat dalam tempoh yang sama. Meski tanpa pingat sekali pun, ini merupakan SEJARAH baharu yang tak mampu disangkal.

Catatan masa 42.77s bermakna โ€˜Average Split Timeโ€™ mereka adalah 10.69s ๐Ÿคฏ Dengan kata lain, setiap orang mencatatkan masa 10.69s per 100m.

Syabas kepada semua atlet dan jurulatih! Perjuangan ini baru permulaan, dengan pecahnya dinding 43s ituโ€”bermakna laluan untuk adik-adik tahun depan sudah terbuka luas. Adik-adik mereka pastinya menyedari bahawa stigma โ€˜Kudat Takkan Finalโ€™ itu boleh dipecahkan.

Syabas sekali lagi. Anda semua memang legend!

1st Leg: Darren Isacc
2nd Leg: Shafie Khamar
3rd Leg: Sahirul Izznur Iman
Anchor Leg: Christopher Danny
Reserve: Salomo Makuji

Tiada yang mustahil. Sistem latihan kita sudah terbukti mampu memberikan saingan di MSSS. Teruskan percaya!

TAHNIAH! KUARTET L18 KUDAT LAYAK KE FINAL! Selepas bertahun-tahun ketandusan, akhirnya ada kelibat Kudat di peringkat fi...
22/07/2026

TAHNIAH!

KUARTET L18 KUDAT LAYAK KE FINAL!

Selepas bertahun-tahun ketandusan, akhirnya ada kelibat Kudat di peringkat final acara L18 4x100m selepas memenangi saringan 2 dengan catatan masa 43.33s.

Ini merupakan catatan masa terbaik bagi kuartet Kudat selepas beberapa siri Kejohanan Olahraga MSSS.

Syabas dan tahniah kepada atlet dan jurulatih!

1st Leg: Darren Isaac (SMK Abdul Rahim)
2nd Leg: Shafie Khamar (SMK Abdul Rahim)
3rd Leg: Sahirul Iman (SMK Banggi)
Anchor Leg: Christopher Danny (SMK Abdul Rahim)
Reserve: Salomo Makuji (SMK Abdul Rahim)

Semoga mampu melakukan yang terbaik untuk memenangi pingat di peringkat final petang ini!

Selamat berjuang! Semoga berjaya!

Address

SMK Abdul Rahim
Kudat
89057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Olahraga Semekar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category