Akademi DTN K3D

Akademi DTN K3D Mengubah Kehidupan Melalui Sukan

KLINIK PENJAGA GOL.2/9/2026 - Kg. Narandang, Matunggong.Terima kasih kepada Coach Ledy yang sanggup datang jauh dari Kot...
02/09/2026

KLINIK PENJAGA GOL.
2/9/2026 - Kg. Narandang, Matunggong.

Terima kasih kepada Coach Ledy yang sanggup datang jauh dari Kota Kinabalu untuk melayan permintaan kami untuk berkongsi sedikit ilmu kepada penjaga gol kami dan sekitar yang telah hadir. Meskipun sasaran awal kehadiran tidak tercapai disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, tetapi masih berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Terlalu banyak ilmu yang para pemain dapat belajar, malah coaches kami juga dapat extra ilmu khas tentang pengendalian latihan di padang khususnya penjaga gol.

Setinggi penghargaan kepada Coach Ledy atas komitmen, kerjasama yang padu dalam membantu untuk meningkatkan kemahiran penjaga gol kami khususnya di Matunggong/Kudat. Semoga ada penjaga gol yang berkaliber mampu dihasilkan dari daerah ini.

Yang pasti ini bukan akhirnya, tetapi pasti ada lagi program seperti ini akan menyusul di masa akan datang.

Perlawanan Persahabatan DTN-K3D Girls vs JUBILO Girls pada 1/9/2026 di padang Market Tokow sebagai persediaan Malaysia B...
02/09/2026

Perlawanan Persahabatan DTN-K3D Girls vs JUBILO Girls pada 1/9/2026 di padang Market Tokow sebagai persediaan Malaysia Borneo Cup 2026.

Terima kasih pasukan Jubilo sudi bertandang ke Matunggong.

Peluang untuk meningkatkan kemahiran anda sebagai penjaga Gol. Jom ramai-ramai datang! Slot terhad.
30/08/2026

Peluang untuk meningkatkan kemahiran anda sebagai penjaga Gol. Jom ramai-ramai datang! Slot terhad.

KEJOHANAN TITANS YOUTH CUP 2026-RANAU22-23 Ogos 2026TAHNIAH kepada pasukan U14 kerana telah menunjukkan semangat permain...
24/08/2026

KEJOHANAN TITANS YOUTH CUP 2026-RANAU
22-23 Ogos 2026

TAHNIAH kepada pasukan U14 kerana telah menunjukkan semangat permainan yang terbaik sepanjang kejohanan ini.

Berjaya mengungguli peringkat kumpulan dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan untuk layak ke suku akhir kejohanan.

Di peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan Talawa FC dari Kota Belud. Keputusan terikat 0-0 selepas 30 minit masa permainan walaupun dihidangkan beberapa peluang gol yang gagal disudahkan. Masuk ke penentuan sepakan penalti, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 3-1.

Nampak kekecewaan di muka para pemain yang bermain dengan semangat dan disiplin yang tinggi. Begitulah adat pertandingan, ada masa menang..ada masanya kalah.

Hold your head high boys, you did great! Jangan patah semangat. Kita cuba lagi di kejohanan yang lain. Kita akan kembali mencabar kejohanan di masa yang akan datang. Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk jadi lebih baik lagi.

Kekalkan fokus, disiplin..terus konsisten dalam latihan. Jumpa anda semua di padang latihan & kejohanan akan datang.

Terima kasih kepada semua ibubapa..para penyumbang..atas sokongan yang tidak berbelah bagi samada sokongan moral, tenaga, wang ringgit mahupun sumbangan barangan sepanjang perjalanan pasukan ini.

Kami di pihak akademi sangat menghargai sokongan² ini untuk terus memberi peluang kepada pemain² muda kita bermain dan bersaing dengan pasukan luar dari seluruh Sabah.

Semoga usaha dan kerjasama seperti ini berterusan di masa yang akan datang untuk kemenjadian anak² kita dalam sukan bola sepak🤝⚽.

TAHNIAH Istherlynna Jane Doddy @ Kunjoy ⚽✨️Pelatih tunggal DTN-K3D yang berjaya terpilih untuk mewakili pasukan futsal w...
08/08/2026

TAHNIAH Istherlynna Jane Doddy @ Kunjoy ⚽✨️

Pelatih tunggal DTN-K3D yang berjaya terpilih untuk mewakili pasukan futsal wanita Sukma Sabah 2026.

Satu kebanggaan buat keluarga besar DTN-K3D melihat bakat muda kita berada di tahap ini. Semoga ianya akan menjadi pembakar semangat kepada adik-adik junior untuk terus berusaha, disiplin dan kekal konsisten dalam mengejar impian bola sepak mereka.

Kunjoy..all the best. Terus berikan yang terbaik, kekalkan disiplin diri, sentiasa fokus & patuh arahan jurulatih. Inilah langkah besar menuju impian kamu..dream come true.

Kami di Akademi DTN-K3D sangat berbangga dengan pencapaian ini!

Tahniah pasukan U15 MSSD Kudat. Tahniah juga pemain Akademi DTN-K3D yang telah sedaya upaya membantu pasukan U15 Kudat s...
06/08/2026

Tahniah pasukan U15 MSSD Kudat.

Tahniah juga pemain Akademi DTN-K3D yang telah sedaya upaya membantu pasukan U15 Kudat sepanjang kejohanan MSSS bertempat di Tenom, Sabah.

Walaupun tersekat di R16 tapi itu satu pencapaian yang membanggakan walaupun kalah tipis melalui penalty shootout. Satu pengalaman yang sangat bernilai. Rezeki belum berpihak kepada team Kudat yang dipisahkan dengan satu sepakan penalti.

Semoga pengalaman ini akan lebih mematangkan anda semua. Teruskan usaha dan disiplin yang tinggi untuk terus berlatih. Kudrat anda pasti akan ditagih semula oleh pasukan ini di masa akan datang. Jangan putus asa..terus semangat!

Syabas & Tahniah ⚽⚽Syabas & tahniah kepada 7 pemain DTN-K3D yang telah terpilih mewakili MSSD Kudat U15 ke Kejohanan Bol...
03/08/2026

Syabas & Tahniah ⚽⚽

Syabas & tahniah kepada 7 pemain DTN-K3D yang telah terpilih mewakili MSSD Kudat U15 ke Kejohanan Bola Sepak MSSS Tenom 2026. Kejohanan ini telah berlangsung pada 3-7 Ogos 2026.

Pemilihan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi diri mereka dan pihak akademi. Ini hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang anda telah tunjukkan sepanjang latihan. Kami doakan anda semua dapat memberikan aksi terbaik, sentiasa mengamalkan semangat sukan yang tinggi seterusnya dapat mengharumkan nama daerah Kudat.

Pihak akademi DTN-K3D mendoakan kejayaan anda semua di kejohanan tersebut!

DTN-K3D U16⚽️⚽️Syukur..tahniah  kepada semua pemain, coaches & pengurusan Akademi DTN-K3D kerana julung kalinya berjaya ...
26/07/2026

DTN-K3D U16⚽️⚽️

Syukur..tahniah kepada semua pemain, coaches & pengurusan Akademi DTN-K3D kerana julung kalinya berjaya menghantar penyertaan ke kejohanan U16 di luar kawasan.

70% pemain tidak pernah bermain di kejohanan luar, tetapi mereka membawa semangat yang membara ke Jaguar Youth Championship Cup 2026 di padang INTAN Sabah.

Walaupun pertama kali menyertai tapi masih mampu memberikan saingan kepada pasukan lain yang sememangnya dikenali & jauh lebih berpengalaman.

Keputusan:
✅DTN-K3D x TBBKK Lion: 3-2
❌DTN-K3D x Jubilo U16: 0-1
❌DTN-K3D x TKFC: 0-1
❌DTN-K3D x AFJ U16: 0-1

Menang 1, kalah 3 hanya mampu menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan menamatkan impian ke peringkat suku akhir. Pencapaian ini agak membanggakan bagi pasukan & para pemain yang rata²nya pertama kali bersaing di pentas luar. Nampak kegugupan dan tekanan emosi para pemain sepanjang perlawanan berlangsung. Tetapi yang pasti mereka tetap melawan dan tidak takut walaupun diletakkan sekumpulan dengan sang juara Suparimau Sabah musim A.

Impian mau mencontohi Cape Verde dalam kejohanan ini tidak kesampaian. Tapi yang pasti mereka mendapat pendedahan dan pengalaman yang sangat besar artinya dalam pembangunan bola sepak mereka.

Semoga kekalahan ini menjadi kekuatan untuk memberikan saingan yang lebih baik di kejohanan akan datang. Teruslah berlatih..kekal fokus, konsisten & disiplin. Kekalahan ini hanyalah kemenangan yang tertangguh💪.

Khusus untuk para ibubapa, penyumbang & penyokong yang sentiasa percaya kepada para pemain ini...TERIMA KASIH!

-perjalanan hari ini akan mencorakkan siapa kita di masa hadapan. Kami pasti akan kembali lebih kuat nanti💪✨.

Tahniah Azriel Noiel Asangkin & Asyraf.Berjaya terpilih mewakili Pasukan U12 Matunggong ke MSSD Kudat 2026.Wakil dari SK...
23/07/2026

Tahniah Azriel Noiel Asangkin & Asyraf.

Berjaya terpilih mewakili Pasukan U12 Matunggong ke MSSD Kudat 2026.

Wakil dari SK Garau yang juga pelatih Akademi DTN-K3D. Semoga pengalaman ini akan menjadi memori manis dan terus semangat untuk menjadi pemain bola nanti.

Kami akan terus komited menghasilkan ubi muda untuk SKG khususnya.

MSSD Bola Sepak Kudat 2026.Tahniah kepada SMKPI U15 yang menjadi juara edisi kali ini. Hampir semua pemain dari akademi ...
03/07/2026

MSSD Bola Sepak Kudat 2026.

Tahniah kepada SMKPI U15 yang menjadi juara edisi kali ini. Hampir semua pemain dari akademi DTN-K3D bermain mewakili SMKPI. Tumpang berbangga dengan pencapaian mereka.

Tidak lupa juga SMKGONG yang turut dibarisi beberapa pemain akademi DTN-K3D berjaya meraih tempat ke-3.

Dengar² ramai antara mereka terpilih ke MSSS Tenom. Satu permulaan yang sangat baik untuk perjalanan bola sepak mereka✨.

Tahniah..terus FODISTEN (pinjam slogan SMKPI)💪💪

Address

Padang Bola Sepak Kampung Narandang
Kudat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi DTN K3D posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi DTN K3D:

Shortcuts

Share