15/06/2026
Tahniah Pemain ICATS VC di Liga Sukan Komuniti.
Syabas diucapkan kepada barisan pemain ICATS VC yang telah memamerkan aksi hebat mewakili kelab masing-masing dalam saingan Liga Sukan Komuniti yang berlangsung pada 13 hingga 14 Jun lalu, bertempat di SM Chung Hua No. 1, Pending.
*Edmund*
Mewakili UVC A (Bahagian Samarahan), muncul sebagai Juara
*Nicrouch, Darren, & Syed*
Mewakili CVS (Bahagian Samarahan), mara ke peringkat Suku Akhir
*Ryan*
Mewakili PJVC (Bahagian Kuching), mara ke peringkat Suku
Akhir
Ucapan tahniah ditujukan kepada Edmund dan pasukan UVC A atas pencapaian luar biasa sehingga bergelar juara.
Kejayaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain merentasi pelbagai kelab serta bahagian ini amat dihargai. Pengalaman berharga yang ditimba sepanjang kejohanan pastinya menjadi landasan terbaik dalam mempertingkatkan lagi kualiti serta mutu permainan masing-masing.
Pada masa hadapan, kita amat berharap agar pencapaian ini dapat memberi inspirasi dalam melahirkan lebih ramai pelapis berbakat yang bakal mengikut jejak langkah mereka demi meneruskan legasi kecemerlangan ICATS VC.
Teruskan usaha, kekalkan momentum kecemerlangan, dan semoga terus sukses di gelanggang.
Ikhlas Daripada,
Jawatankuasa
Kelab Bola Tampar